Thursday, 9 February 2023

TEKNIK INTERMITTENT FASTING YANG BETUL

Apa itu INTERMITTENT FASTING?






Fasting = Puasa
Intermitten fasting = Puasa secara berkala

Intermitten fasting ini lebih kepada amalan dan perubahan gaya hidup dan corak pemakanan. Ia mengehadkan tempoh waktu makan, waktu tidak makan(puasa) akan dipanjangkan dan kekerapan makan akan dikurangkan.


Tempoh IF? Terpulang kepada individu samada:

4-8 jam
12/12
14/10
16/8
18/6
Omad

Apa yang dimaksudkan dengan 12/12 atau 16/8 adalah tempoh jam berpuasa dan tempoh jam waktu makan. Contohnya:
12 jam berpuasa dan 12 jam dibenarkan waktu makan.
Maksud berpuasa adalah puasa makan tapi boleh minum air kosong dan air tiada gula.
Masa berpuasa pula bergantung pada pilihan sendiri mengikut rutin harian. Waktu puasa termasuk waktu tidur, jika waktu makan malam anda adalah pukul 8 selepas anda makan dikira waktu anda berpuasa. Anda dibenarkan minum sahaja selepas waktu itu.

Bagi yang ingin memulakan Intermittent Fasting ini disarankan untuk bermula dengan 12/12. 12 jam puasa dan 12 jam makan. Cuba selama dua minggu dan seterusnya tingkatkan jam kepada 14/10  atau 16/8.

"Apa yang saya perlu makan semasa berbuka puasa?"



Ramai yang susah hati bila time berbuka puasa, sebenarnya anda boleh makan apa sahaja dalam tempoh makan tersebut. Cumanya anda perlu pandai sesuaikan dengan keperluan badan kerana ada juga pengamal IF bila mereka berbuka puasa, mereka menjadi terlalu lapar dan akan makan tanpa henti. Jadi untuk mengelakkan keadaan ini berlaku, disarankan anda memulakan dengan makanan ringan seperti buah, biskut, telur, sayur kemudian baru makanan yang berat. Makan dengan tenang dan jangan gelojoh.

Ada juga yang sambil ber IF mereka mengamalkan eat clean dan DSSS(diet suku suku separuh). Maksudnya semasa berbuka puasa mereka mengambil protein, sayur, kurang carbo atau tinggalkan carbo terus dan semestinya cut gula. Pada permulaan mungkin badan akan mengalami sedikit perubahan seperti keletihan bila kita tidak mengambil gula, tapi percayalah bila badan dah selesa tanpa gula kita akan rasa lebih sihat dan badan lebih ringan.

Bagaimana menahan diri dengan Intermittent Fasting?




  1. Minum air dengan secukupnya. 
  2. Kawal diri semasa berbuka, jangan makan ikut nafsu.
  3. Tetapkan matlamat dan kawal rutin harian sesuai dengan IF
  4. Elakkan makanan fast food, bergoreng dan gula.
  5. Sibukkan diri dengan aktiviti harian tanpa memikirkan tentang makanan.
  6. Pastikan tidur mencukupi
  7. Pilih makanan yang lebih sihat.





Kebaikan mengamalkan Intermittent Fasting.
  • Menurunkan paras gula dalam darah dan memperbaiki fungsi insulin
  • Membantu mengaktifkan proses detoksifikasi
  • Menukarkan badan menjadi mesin 'pembakaran lemak' yang efektif
  • Meningkatkan metabolisme
  • Membantu mengawal rasa lapar
  • Mengurangkan inflamasi dan risiko penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, pengakit jantung
  • Memperbaiki fungsi otak dan meningkatkan daya ingatan
  • Memperbaiki kesihatan usus
  • Meningkatkan sistem imun
  • Mencantikkan kulit

Bagaimana Intermittent Fasting membantu menurunkan berat badan?




Obesiti adalah masalah hormon. Insulin yang tinggi dan tidak berfungsi menyebabkan lebih banyak lemak disimpan didalam badan. Ini adalah faktor utama yang perlu diambil kira dalam menangani obesiti. Lebih kerap kita makan, lebih tinggi insulin dan lebih banyak lemak akan disimpan.

Oleh itu, dengan berpuasa akan merendahkan dan menstabilkan paras insulin, dan seterusnya menukarkan penggunaan sumber tenaga badan dan glukosa kepada pembakaran lemak yang lebih efektif.

Keberkesanan IF ini adalah subjektif, ada yang mampu dan tidak mampu, yang penting jangan stress. Fokus utamanya adalah PUASA, keduanya CUT GULA, ketiga KUANTITI  makanan dan keempat adalah APA YANG KITA MAKAN.

Jika kita berjaya kawal semuanya, makanya IF ini berjaya dan bonusnya kita akan dapat kesihatan yang lebih baik dan badan yang lebih sihat. Nak lebih best dan lebih berkesan dalam penurunan berat badan, anda boleh seiringkan dengan senaman.

Untuk pengetahuan, shaklee ada supplement yang dapat membantu proses intermittent fasting ini berjalan lancar. Nanti saya ceritakan di entry yang seterusnya. Insyaallah.

Boleh rujuk artikel ini juga berkaitan INTERMITTENT FASTING.

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleemanjung




Wednesday, 8 February 2023

SET KURUS SHAKLEE SELAMAT DAN BERNUTRISI


Nak kurus?

Nak diet?

Tapi tekak craving nak makan macam-macam, fast food la, kek la, air boba la Semua tu bermain di minda. Ada yang rasa macam ni tak?

Saya adalah seorang yang suka dengan manisan, suka minum air manis-manis tetapi sejak saya naik penimbang awal bulan Februari 2023. Terkejut bila angkanya sudah mencecah nombor yang tidak pernah saya terbayang akan keluar sebegitu.

Bila datangnya keinsafan tu, saya mulakan dengan Set Kurus Shaklee. Set ini sangat membantu kerana ia memenuhi nutrisi badan yang kita perlukan. Ini antara produk yang terdapat didalam set kurus.







1. ESP

- Minuman soya berperisa vanila yang memberi tenaga berterusan, berasaskan sumber protin tumbuhan yang berkualiti tinggi.

- ESP boleh dijadikan sarapan kerana penyediaan yang SANGAT MUDAH, CEPAT dan MENGENYANGKAN.

- ESP sangat sesuai dengan orang yang ada masalah gasrtik kerana ia membantu menstabilkan asid di dalam perut sekaligus mengurangkan masalah gastrik anda.

- Mempunyai indeks glesemik yang rendah yang membuatkan sesiapa yang mengambil ESP ini akan rasa lebh bertenaga.

- ESP memberi rasa kenyang lebih lama dan membantu sesiapa yang diet untuk turunkan berat badan dengan mudah. Bila rasa kenyang akan membuatkan kita kurang makan.







2. OMEGA GUARD

-  Mengandungi omega-3, DHA & EPA yang mana sangat bagus untuk kesihatan otak seperti meningkatkan daya memori untuk orang dewasa & kanak-kanak.

- Bagus untuk mereka yang mempunyai masalah kolesterol, tekanan darah tinggi dan masalah berat badan.

- Membantu membakar lemak dalam organ & cepat kurus.

- Memelihara saluran darah dari tersumbat

- Bertindak sebagai pelincir sendi dan membantu mengurangkan kekejangan sendi, bengkak dan sakit sendi.





3. HERBLAX

- Kandungan herbanya seperti likuoris, alfalfa, akar kulver, kulit pokok buckthorn dan daun senna sangat membantu dalam proses detox dan melembutkan najis.

- Herblax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus, ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang terperangkap dan memendekkan masa transit dan mengelakkan penyerapan toksin.

- Membantu masalah sembelit 

- Mengempiskan perut

- Membantu membuang lemak dan toksin dalam badan.







4. CINCH TEA

- Hasil adunan dan diekstrak dari pelbagai jenis TEH terpilih yang tinggi khasiat seperti Matcha Green Tea, Red Tea Extract, White Tea & Rooibos Red Tea.

- Sesuai untuk semua golongan dan bukan untuk berdiet sahaja.

- Satu alternatif untuk penggemar kopi, soda dan manisan untuk memberi kecergasan kepada tubuh. Bebas gluten, tiada perisa, pewarna dan bahan pemanis tiruan.

- Dalam bentuk sachet kecil, mengandungi 17 kalori sahaja.

- Membantu meningkatkan metabolisma badan dan mengurangkan rasa mengantuk.



TESTIMONI SET KURUS SHAKLEE


















BAGI YANG INGIN DAPATKAN SET KURUS INI:


HUBUNGI Ela Ramli (Shaklee ID 1096765) 

www.wasap.my/60126203284 (whatsapp / sms / call) 

 FB : Rozila Ramli 

 COD Shaklee : Ayer Tawar, Sitiawan, Manjung, Lumut 
 PENGEPOSAN KE SELURUH MALAYSIA TERMASUK SABAH & SARAWAK

Saturday, 1 December 2018

Detok Boleh Buat Jadi Cantik?

Apa itu detoks? Mungkin ada yang tak tau apa itu detoks. Detoksifikasi ataupun detoks adalah proses pengeluaran racun dan zat yang bersifat  racun dari dalam tubuh. Antara organ yang menjadi sasaran proses pembersihan ini adalah usus. Selain olahraga atau bersenam, detoks juga merupakan cara bagus untuk mengembalikan kesegaran tubuh badan.

detoks



Wednesday, 28 November 2018

Pakaian Tema Retro

Hujung-hujung tahun ni biasalah, mesti ada jamuan akhir tahun kan. Bila dah ada jamuan, mesti la bertema-tema dan mestila nak havoc kan. So kali ini, SKSM punya jamuan akhir tahun bertemakan RETRO. RETRO wehhh. So bermula la sesi google men'google' pakaian retro hahaha. Retro pulak meluas, ada yang Retro Klasik, Retro English, Retro Moden, Retro Saloma. Haaamik kau nak pilih yang mano.

Mula-mula takde la excited sangat nak mencari baju Retro ni, tapi bila makin dekat makin terasa Retro nya.hahahah. Disebabkan takde preparation awal, so akak pakai je la ape yang ade dalam almari ajaib akak tu kan. Meh nak belanja gambar sepanjang majlis kami aritu.































Tuesday, 27 November 2018

Resepi Masak Asam Rebus aka Gulai Masam

Resepi ni sebenarnya bukan la feveret sangat. Dari kecik mak selalu masak tapi makan sikit-sikit je. Tapi haritu try la masak ni sebabnya paling mudah dan takde minyak pun nak masak ni. Lagi pulak si suami suke makan, kalau tak dulu pandang pun idak. Yang die pandang hanya masak lemak cili padi je hari-hari. 😁


Monday, 19 November 2018

Cara Nak Bayar Bil Astro


Haaa...tengok tajuk mesti korang nak gelak kan. Cara nak bayar bil astro, tak kan tak tau kot. Sekarang semuanya di hujung jari. Klik-klik je dah bayar. Entry ini dibuat pun bersebab, kalau takkk akak tak terpikir nak tulis entry ni. 😄 tiba-tiba blur cara nak bayar bil astro.


Monday, 5 November 2018

Pelembut Cucian Pilihan Ramai

Soft Fabric Concentrate membantu melembutkan pakaian dan kain, serta menjadikan tuala lebih gebu. Kedutan juga berkurangan kerana ia mengurangkan kesan statik dan menjadikan pakaian lebih mudah digosok.

KELEBIHAN

  • Bahan semulajadi : Pelembut fabrik daripada sumber semulajadi dan garam mineral
  • Melembut secara semulajadi, mengurangkan kedutan dan mengawal kesan statik, menjadikan pakaian lebih gebu dan lembut apabila disentuh.
  • Botol kecil yang mudah dibawa, dituang dan disimpan

KEISTIMEWAAN SHAKLEE

Selamat

  • Tidak bertoksik
  • Selamat untuk digunakan pada semua fabrik yang boleh dibasuh
  • pH seimbang untuk pelembutan berkesan

Berkuasa

  • Sangat pekat, hanya 15ml untuk melembutkan satu muatan sederhana basuhan
  • Membantu mengurangkan kedutan dan kesan statik

Mesra Alam

  • Bahan semulajadi
  • Surfektan terbiodegradasi- mengurai kepada hasil buangaan yang ditemui pada alam sekitar.
  • Tanpa fosfat, borat dan nitra - tidak menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem
  • Selamat untuk sistem septik- tidak membentuk mendapan.



Bagi anda yang ingin dapatkan produk ini, boleh hubungi maklumat dibawah




HUBUNGI Ela Ramli 
(Shaklee ID 1096765) 

 012-6203284 (whatsapp / sms / call) 

 FB : Rozila Ramli 

 COD Shaklee : Ayer Tawar, Sitiawan, Manjung, Lumut 

 PENGEPOSAN KE SELURUH MALAYSIA TERMASUK SABAH & SARAWAK

KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TAK TAHU

Wahhh dah kurus!!! Bestnya!!!  Bagi laa tips. "Saya buat diet Intermittent Fasting je" "Saya buat diet Keto" "Saya ...