Sunday 22 January 2017

PSORIASIS SAKIT KULIT YANG MENYAKITKAN

Psoriasis adalah penyakit kulit yang menyerang kitaran hidup sel-sel kulit. Psoriasis menyebabkan sel-sel untuk terbina dengan cepatnya pada permukaan kulit, membentuk sisik yang gatal, tebal, kering dan bertompok kemerahan yang kadangkala menyakitkan. Ia adalah penyakit yang tidak hilangdan berlanjutan dalam jangka panjang(kronik). 

gatal-gatal, kudis, ruam, vivix


TANDA-TANDA DAN GEJALA PSORIASIS
  • Tompok-tompok merahpada kulit yang diliputi dengan sisik
  • Bintik bersisik kecil (biasa kelihatan pada kanak-kanak)
  • Kulit merekah, kering yang mungkin akan berdarah
  • Kegatalan, melepuh atau rasa nyeri
  • Kuku tebal, berlekuk-lekuk atau beralun-alun
  • Sendi kaku dan membengkak

FAKTOR RISIKO
  • Sejarah keluarga
  • Jangkitan virus dan bakteria
  • Stress
  • Kegemukan
  • Merokok

JENIS-JENIS PSORIASIS

1. PSORIASIS PLAK
  • Psoriasis menyebabkan kulit kering, timbul lesi atau plak (luka) kemerahan yang diselaputi dengan kulit bersisik. Plak ini gatal atau sakit dan muncul di sebarang tempat pada tubuh, termasuklah kemaluan dan tisu lembut dalam mulut. Plak ini boleh jadi sedikit atau banyak dan dalam kes yang teruk, kulit pada sekeliling sendi akan merekah dan berdarah.
2. PSORIASIS KUKU
  • Psoriasis boleh memberi kesan pada kuku jari dan kuku kaki. Ia menyebabkan kesan lekuk, pertumbuhan kuku abnormal dan warna tidak sekata pada kuku. Psoriasis kuku boleh menyebabkan kuku menjadi konggar dan berpisah dari dasar kuku. Kes yang teruk boleh menyebabkan kuku berderai.
3. PSORIASIS KULIT KEPALA
  • Psoriasis pada kulit kepala muncul dengan bentuk kemerahan, gatal dan bersisik. Penghidapnya akan menyedari terdapatnya kepingan kulit mati pada rambut atau bahu, terutamanya selepas anda menggaru kulit kepala.
set kulit cantik, gatal-gatal, kudis, ruam,sakit kulit

4. PSORIASIS GUTTATE
  • Keadaan ini biasanya memberi kesan kepada mereka yang berumur muda daripada 30 tahun. Ia biasanya dicetuskan melalui jangkitan bakteria. Ia boleh dikenali melalui tanda seperti bentuk seperti titisan air kecil pada badan, lengan, kaki dan kulit kepala.
  • Luka-luka ini diselaputi dengan sisik halus dan tidak setebal plak biasa. Penghidapnya boleh mengalami erupsi kulit yang akan hilang dengan sendirinya, atau mengalami episod berulangan, terutamanya jika anda mengalami jangkitan pernafasan berterusan.
5. PSORIASIS SONGSANG
  • Ia biasanya berlaku pada kulit di bahagian ketiak, groin, di bawah payudaran dan sekeliling kemaluan. 
  • Ia biasanya berlaku kepada meraka yang mengalami berat badan yang berlebihan dan diburukkan lagi oleh pergeseran dan perpeluhan.
  • Ia menyebabkan tompokan merah halus dan kemerahan pada kulit.
6. PSORIASIS BERPUSTUL
  • Psoriasis ini luar biasa dan boleh muncul dalam tompokan yang meluas atau dalam kawasan kecil pada tangan, kaki atau hujung jari.
  • Ia biasanya muncul dengan cepat dengan lepuhan bernanah yang muncul beberapa jam selepas kulit menjadi merah dan sakit apabila disentuh.
  • Lepuhan ini akan mengering dalam masa sehari atau dua tetapi akan muncul semula setiap beberapa hari atau minggu.
  • Proriasis berpustul ini boleh juga menyebabkan demam, rasa seram sejuk, kegatalan teruk dan kelesuan.
7. PSORIASIS ERITRODERMIK
  • Psoriasis ini boleh membuatkan keseluruhan tubuh mengalami ruam mengelupas kemurahan yang gatal atau pedih dengan teruk.
  • Ia boleh dicetuskan melalui selaran matahari teruk, corticosteroids dan ubatan lain atau melalui jenis psoriasis yang kurang kawalan.
8. PSORIASIS ARTRITIS
  • Ia menyebabkan kuku-kuku berlekuk, warna tidak sekata dan sendi membengkak dan menyakitkan. 
  • Ia juga membawa kepada keradangan konjunktivitis. Ia boleh bermula dari yang ringan kepada teruk.
  • Psoriasis artritis ini tidak mencacatkan seperti bentuk artritis yang lain, tetapi ia boleh menyebabkan kekaukan dan kerosakan sendiri bererusan yang boleh membawa kepada kecacatan kekal.
sumber: Majalah Wanita


RAWATAN 

Krim dan ubatan yang boleh melegakan adalah pelembab. Ia adalah penting untuk menjaga kulit supaya lembap sepanjang masa. Perlu diingatkan supaya

  • menggunakan pengganti sabun 
  • menggunakan sarung tangan
  • memotong pendek kuku jari tangan dan kaki untuk mengelakkan daripada menggaru supaya kulit tidak rosak


NASIHAT KEPADA PESAKIT PSORIASIS


  • Jangan menggaru kulit kerana ia akan melambatkan pemulihan
  • Jangan terlalu cepat berhenti mendapatkan rawatan kerana ianya mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk memberikan kesan
  • Jangan berhenti mengambil pil-pil yang dipreskripsi atau rawatan secara tiba-tiba kerana ianya boleh membuat Psoriasis lebih teruk.
  • Gunakan rawatan secara kerap
  • Amalkan keadaan kulit yang lembab kerana ini akan membantu mengurangkan rasa gatal dan pengupingan
  • Jangan dedahkan diri anda terlalu lama sehingga anda mendapat selaran matahari. Selaran matahari boleh membuatkan Psoriasis semakin teruk.
  • Jangan stress kerana ia boleh membuat Psoriasis semakin teruk. Belajar untuk tenangkan hati, bersenan dan mengambil masa rehat atau cuti.


TESTIMONI 


\
CADANGAN VITAMIN UNTUK PSORIASIS


 Mengandungi antioksidan yang tinggi yang berfungsi untuk melawan serangan radikal bebas yang menyebabkan kerosakan sel.


Penting untuk kolagen dan tisu penghubung

Meneutralkan radikal bebas yang merosakkan sel-sel kulit


Mengurangkan inflimasi

Mengukuhkan sistem imun
(mengaktifkan interferon)

Melindungi kulit

Pembersihan usus
(detox)

Krim yang mengeringkan kudis dan mengurangkan kegatalan

Membantu mengelakkan kekeringan

Membaiki dan membina semula sel-sel

Menggalakkan kulit yang sihat

Melindungi kulit

 Fungsi selular menjaga kulit sihat
Detox, anti-inflamasi

Jika anda inginkan produk ini, boleh hubungi seperti berikut:



CALL/SMS/WHATAPPS : 012-6203284 

 FACEBOOK : ROZILA RAMLI 

INSTAGRAM : shaklee_ela_ramli 

 PENGEDAR SHAKLEE AYER TAWAR 
 PENGEDAR SHAKLEE MANJUNG 
 PENGEDAR SHAKLEE SITIAWAN 
 PENGEDAR SHAKLEE LUMUT 

 COD : AYER TAWAR/SITIAWAN/MANJUNG/LUMUT 

 POSTAGE : SELURUH MALAYSIA

2 comments:

  1. Azab jg laa klu sakit2 kulit ni. Dgn vitamin2 yg baik Inshaallah simptom2 dpt dikurangkn 😍😍

    ReplyDelete

Mohon kerjasama anda supaya membuat ulasan dengan baik. Ulasan bersifat spam tidak akan diterbitkan. Terima kasih.

KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TAK TAHU

Wahhh dah kurus!!! Bestnya!!!  Bagi laa tips. "Saya buat diet Intermittent Fasting je" "Saya buat diet Keto" "Saya ...