Showing posts with label TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS. Show all posts

Monday 19 November 2018

Cara Nak Bayar Bil Astro


Haaa...tengok tajuk mesti korang nak gelak kan. Cara nak bayar bil astro, tak kan tak tau kot. Sekarang semuanya di hujung jari. Klik-klik je dah bayar. Entry ini dibuat pun bersebab, kalau takkk akak tak terpikir nak tulis entry ni. 😄 tiba-tiba blur cara nak bayar bil astro.


Friday 26 October 2018

7 Kesilapan Tabiat Buruk, Tidak Mempunyai Simpanan

Tiada simpanan setelah bekerja hampir 20 tahun. Ke manakah perginya wang anda? Cukup ke jumlah simpanan yang ada untuk anda bersara nanti? Sebab itu kita perlu membuat perancangan untuk pengurusan kewangan yang lebih baik supaya bersara nanti kita tidak perlu bersusah payah bekerja tambahan.


Tuesday 23 October 2018

Amalan Tradisional Dan Doa-Doa Untuk Mendapatkan Zuriat

Masalah kesukaran mendapatkan zuriat setelah sekian lama berkahwin adalah masalah yang sangat-sangat mengganggu emosi pasangan suami isteri tersebut. Masalah ini mungkin berpunca daripada pihak lelaki ataupun perempuan, tidak boleh hanya menyalahkan sebelah pihak sahaja.

petua mendapatkan zuriat



Sunday 23 September 2018

Tip Beli Pakaian Bayi

Teruja apabila anda bakal menjadi seorang ibu, tambah-tambah bila nampak pakaian bayi. Terasa keseronokannya dan anda semakin ghairah membeli-belah pakaian si kecil. Anda mulai rambang mata melihatkan pakaian yang pelbagai rekaan dan warna. Jika turutkan hati, semuanya ingin dibeli. Betul tak?



Tuesday 25 April 2017

AMALAN UNTUK KULIT YANG SIHAT

Setiap orang mesti menginginkan kulit yang putih, cantik, licin dan mulus. 
Mereka sanggup melakukan bermacam-macam cara untuk dapatkan hasil yang diingini dan bukan sahaja kaum wanita bahkan kaum lelaki zaman sekarang pun mementingkan kecantikan wajah. Tetapi kecantikan wajah bukan hanya perlukan rawatan dari luar, ia juga perlu dijaga dari dalam. Sebab itu, pengambilan nutrisi dari makanan dan amalan yang betul akan mendapatkan kulit yang sihat.


set cantik shaklee, set kulit cantik 



9 AMALAN NUTRISI UNTUK KULIT CANTIK


1. AIR

  • Air menjaga akar kulit agar sentiasa lembap, mengurangi garis-garis halus dan kerutan pada kulit, membantu sel untuk menyerap nutrisi dengan lebih baik dan mengeluarkan racun. Selain itu, air juga dapat membantu melancarkan aliran darah dan menjaga kulit agar tetap segar dan berseri.

2. SELENIUM

  • Selenium merupakan mineral yang membantu melindungi sel-sel kulit dari radikal bebas. Selain itu, mineral ini juga berfungsi mencegah kanser. Anda boleh mendapatkan selenium dari makanan seperti kacang Brazil, udang, daging, ikan kod, tuna, salmon, kerangn, sardin dan tak kurang juga dari pasta gandum putih.
3. COENZYME Q10 (CoQ10)
  • Coenzyme Q10 atau Coq10 merupakan antioksidan kuat yang dihasilkan di dalam tubuh secara semula jadi. Antioksidan ini melindungi kulit dan sel-sel tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas. Selain itu, ia juga terlibat di dalam penghasilan tenaga dan fungsi sistem kekebalan tubuh. Ia boleh didapati dari makanan seperti salmon, tuna, organ dalaman seperti hati serta bijirin penuh. 
4. ANTIOKSIDAN UNTUK SEL SIHAT
  • Antioksidan mencegah atau melambatkan kerosakan sel akibat radikal bebas. Kerosakan ini akan menyebabkan tanda-tanda penuaan seperti kerutan pada kulit dan kulit menjadi kering. Antioksidan boleh didapati dari semua jenis makanan khususnya buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna seperti pelbagai jenis beri, tomato, aprikot, labu, bayam, ubi jalar, cili, kacang soya dan limau.
5. VITAMIN A
  • Ingin kulit yang cerah dan halus? Hanya tambahkan pengambilan makanan seperti limau atau lobak merah. Buah dan sayuran ini kaya dengan vitamin A yang membantu memelihara kelembapan lapisan kulit bawah. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan vitamin A dari sayuran hijau, telur dan produk susu rendah lemak seperti keju dan susu.
6. VITAMIN C
  • Vitamin C membantu melindungi kulit dari sinar matahari. Selain itu, ia juga membantu memperbaiki kerosakan akibat radikal bebas. Radikal bebas umumnya merosakkan serat kulit seperti kolagen dan elastin. Vitamin ini juga boleh didapati dari makan seperti paprika merah dan buah sitrus, betik, kiwi dan sayuran hijau.
7. VITAMIN E
  • Vitamin E merupakan antioksidan lain yang boleh mencegah kerosakan kulit akibat sinar matahari. Vitamin ini juga berperanan sebagai anti-peradangan dan menguatkan sistem kekebalan tubuh. Ia boleh didapati dari minyak sayur, kacang-kacangan, biji-bijian, buah zaitun, bayam, asparagus dan sayuran hijau.
8. ASID LEMAK ESSENSIAL
  • Asid lemak esensial seperti omega-3 dan omega-6 membantu menghasilkan lapisan minyak pelindung semulajadi kulit serta mencegah timbulnya jerawat. Anda boleh mendapatkan minyak esensial ini dari minyak zaitun, minyak canola, biji rami serta jenis ikan seperti salmon, sardin dan makarel.
9. MINYAK SIHAT
  • Antara jenis minyak yang lebih kaya asid lemak esensial dibandingkan dengan minyak komersial yang lain adalah seperti minyak zaitun muda. Minyak ini membantu melembapkan kulit dan menjga kulit agar kulit kelihatan lebih sihat dan berseri.
sumber: MINGGUAN WANITA BIL1381





Ini pula tips wajah sihat.







kulit cantik, kulit mulus, kulit licin, kulit putih


Jika anda inginkan produk seperti diatas, anda boleh KLIK ICON BELI SEKARANG.

 SET CANTIK




 CALL/SMS/WHATAPPS : 012-6203284 

 FACEBOOK : ROZILA RAMLI 

 INSTAGRAM : shaklee_ela_ramli 

 PENGEDAR SHAKLEE AYER TAWAR 
 PENGEDAR SHAKLEE MANJUNG 
 PENGEDAR SHAKLEE SITIAWAN 
 PENGEDAR SHAKLEE LUMUT 

 COD : AYER TAWAR/SITIAWAN/MANJUNG/LUMUT 

 POSTAGE : SELURUH MALAYSIA

Tuesday 20 December 2016

BOTAK, APAKAH PENYELESAIANNYA?

Rambut semakin menipis membuatkan keyakinan diri juga semakin menipis. Betul dak? Masalah keguguran rambut merupakan mimpi ngeri kepada sesiapa yang menghadapinya, tak kira lelaki atau perempuan, terutamanya golongan muda yang gemarkan gaya terkini.


RAMBUT GUGUR

Thursday 24 November 2016

DULU TAKUT MAKAN UBAT,SEKARANG PENGGUNA TEGAR

Assalamualaikum....

Arini saya nak share vitamin-vitamin yang menjadi feveret saya sejak berkenalan dengan dunia vitamin. Sebelum tu saya nak ceritakan kisah saya dan ubat. 
Dulu, saya ini adalah seorang yang susah untuk makan ubat atau vitamin. Memang saya dikenali sebagai budak yang penakut makan ubat. 
Masih teringat lagi macam mana abah dan mak susah payah nak bagi saya makan ubat. Abah akan kepit tangan dan kaki, mak pulak akan pegang muka supaya bukak mulut. 
Bila dah masukkan ubat tu, saya tak telan pun..kadang saya luahkan balik. 
Sebelum tu dah menjerit-jerit, sampai satu taman dah kenal.hahaha. Saya sanggup tahan sakit berhari-hari atau berminggu-minggu sebab taknak makan ubat. 
Kalau dulu bila abah sebut je klinik, mesti dah nages..tapi sekarang kalau pegi klinik pun sebab nak MC je, makan ubat tak pun. 
Tragis sungguh penangan ubat...uwaaaa.


Sunday 13 November 2016

6 CARA KEKAL AWET MUDA

Setiap kali tengok iklan produk kecantikan kat tv, dalam hati mesti berdetik 'Bestnye dapat kulit camtu, putih, bersih, mulus, gebu dan bebas jerawat. Cantik betul model ni, dah la kulit cantik, badan pun solid molid. Bila la aku nak dapat kulit macam tuuu.' Ini la yang selalu bermain kat fikiran kita, terutamanya kaum wanita. Tambah-tambah kalau usia dah meningkat macam saya ni, tanda-tanda penuaan dah mula muncul. Kalau tak percaya cuba tengok garis halus di bahagian mata, tepi bibir dan dahi. Setiap hari bila tengok kat cermin, mesti nampak kan. Semakin meningkat usia, kulit jugak semakin berubah. Saya kongsikan beberapa tips untuk kekal awet muda.


tips awet muda

Wednesday 14 September 2016

TIPS DAPAT ANAK CANTIK, PUTIH, GEBU MENGIKUT CARA ISLAM DAN MODEN

Setiap ibu mesti mengimpikan anak yang comel, putih, gebu, bijak dan semua yang baik-baik kan. Sebab tu si ibu ni sanggup telan macam-macam ubat, berjenis-jenis produk dan macam-macam petua yang diamalkan untuk baby yang dikandung. Oleh itu, ibu perlulah rajin untuk makan makanan yang berkhasiat dan ambil tahu zat yang patut diambil ye. Ini penting supaya ibu kekal sihat sepanjang kehamilan dan anak dalam kandungan juga terhindar daripada risiko kecacatan. 


tips ibu hamil


KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TAK TAHU

Wahhh dah kurus!!! Bestnya!!!  Bagi laa tips. "Saya buat diet Intermittent Fasting je" "Saya buat diet Keto" "Saya ...