Wednesday 22 March 2023

KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TAK TAHU

Wahhh dah kurus!!!
Bestnya!!! 
Bagi laa tips.

"Saya buat diet Intermittent Fasting je"

"Saya buat diet Keto"

"Saya buat diet Suku-suku Separuh"




Haa macam-macam jenis diet keluar, yang mana satu menjadi pilihan di hati anda. Jeng jeng jeng, yang penting sebelum berdiet kena ada ilmu. Jangan diet semberono, jangan diet menahan lapar sehingga merosakkan tubuh badan. Badan kita nak pakai lama dan ia juga anugerah Allah yang tidak ternilai, jadi jaga la ia sebaik-baiknya.

Kali ini saya ingin kupaskan tentang diet Intermittent Fasting, bila tengok tajuk ni macam tak munasabah kan? Sebabnya ramai je yang dapat hasil selepas follow diet Intermittent Fasting ini tetapi kenapa ada keburukan pulak? Tak logik!!

Tapi itu lah kebenarannya. Pada 18 Mac 2023 yang lalu, saya ada attend class online bersama Prof Dr Redza Rahman lulusan Universiti Harvard, beliau merupakan Genomics Scientist. Tajuk kelas beliau pada hari itu pula memang kena laa iaitu Nutrivention: Fasting for Weight Loss dan  Alhamdulillah, dari talk beliau saya banyak belajar tentang tubuh badan sendiri serta apa yang diperlukan oleh tubuh kita.

Intermittent Fasting bermaksud puasa secara berkala dan ia mempunyai teknik-teknik tertentu.

Sebelum ini saya ada bercerita tentang Teknik Intermittent Fasting dalam artikel yang lepas, rupanya ada tambahan info mengenai teknik tersebut yang dimaklumkan oleh Prof Dr Redza. Dan yang mengejutkan beliau mengatakan Intermittent Fasting yang sebenar adalah selama 72 jam. Teknik IF yang sedia ada seperti 12, 14, 16, 18 dan 20 jam sebenarnya belum lagi mencapai tahap membuang lemak. Sebab itu Intermittent Fasting ini ada keburukannya.

KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TAK TAHU

  1. Craving makanan - kaedah Intermittent Fasting ini juga menurunkan kadar ghrelin. Ghrelin ini memberi signal lapar kepada otak kita. Jika kadar ghrelin ini turun, itu yang menyebabkan kita sentiasa rasa ingin makan.
  2. Kolestrol tinggi - jika kita mengamalkan Intermittent Fasting tetapi portion makanan dan pengambilan makanan tidak dijaga, ini yang boleh menyebabkan kolestrol tinggi. Contoh, kita dah berpuasa, tetapi bila waktu makan kita ambil makanan bergoreng, berminyak, fast food, makanya rugi sahaja waktu kita menahan lapar itu.
  3. Tahap Kolagen menurun sebanyak 90% - bagi yang mengamalkan Intermittent Fasting pasti akan mengalami penurunan kolagen, kulit akan menjadi kering, keanjalan kulit berlaku. Sebab tu ada yang kurus tetapi kulit menggelebeh dan ada yang breast semakin jatuh. Sedih kan, sebabnya nak kurus cantiik tapi kelihatan semakin tua.


Rajah di atas menunjukkan fasa-fasa masa berpuasa bagi Intermittent Fasting. Macam biasa masa-masa yang dah biasa orang lakukan  4-8 jam, 12jam, 14 jam, 18-20 jam, 36 jam, 48 jam dan paling power 72 jam la. Tapi ada ke yang pernah melakukan IF selama 72 jam ini? Kenapa nak menyeksakan diri berpuasa selama itu jika ada cara lain yang boleh membantu untuk menurunkan berat badan. Betul kan?

Cuba lihat bilakah fasa Fat Burning bermula? Ia bermula pada tempoh 14-18 jam manakala autophagy berlaku pada fasa 18-20 jam dan waktu ini juga ketonese released. Haaa lama sungguh kan nak menunggu fasa penting tu berlaku.

NAK TAU APA MAKSUD AUTOPHAGY?
Ia adalah satu proses penting dalam Intermittent Fasting. Ia merupakan proses membersihkan badan dan menjana semula sel yang baru. Best kan. Autophagy ni boleh dicapai apabila kita berpuasa ikut cara Islam. Lagi mudah kan, so ya

Oleh itu, untuk memahami proses dengan lebih baik adalah penting untuk memahami faktor yang saling berkaitan. 

Kita perlu tahu bahawa otak adalah bahagian penting yang mengawal segalanya. Jika otak menerima signal yang betul, maka betul la jalannya dan jika otak menerima signal yang salah maka buruk lah padahnya.

Contoh, orang selalu cakap gula adalah RACUN tetapi yang sebenarnya TERLEBIH GULA adalah racun.  Bila kita ambil gula banyak, itu akan meningkatkan kadar insulin. Insulin adalah hormon yang dihasilkan oleh pankreas supaya membantu badan menyerap karbohidrat untuk dijadikan tenaga. Jika badan tidak memerlukan tenaga lagi, ia akan disimpan didalam hati sebagai glikogen, iaitu rantai glukosa. Lebihan glikogen akan disimpan sebagai lemak. Lebih banyak kita makan, lebih banyak insulin dan glikogen dihasilkan. Bila banyak insulin, akan buat kita rasa nak makan dan makan lagi dan boleh menyekat kesan leptin iaitu hormon kenyang. Leptin ini memberikan kita rasa kenyang, jika kita jaga leptin maka insulin pun akan menjadi normal. Masalah menstual kebanyakan adalah berpunca dari leptin.

Nampak tak proses tu?

Jika kita berhenti makan makanan yang berkalori, selepas 4-6 jam pankreas akan menghasilkan glukagon. Glukagon adalah berbeza dengan glikogen kerana ia membantu badan untuk menarik tenaga dari hati dan simpanan lemak. Jika badan tidak pernah pergi selama itu tanpa makanan, glukagon tidak pernah boleh melakukan tugasnya.

APA YANG TERBAIK?
Saya sarankan untuk lebih sihat tambahan pada bulan Ramadan ini, kita berpuasa mengikut cara Islam. Rahsia agong Rasullulah adalah jaga perut. 











No comments:

Post a Comment

Mohon kerjasama anda supaya membuat ulasan dengan baik. Ulasan bersifat spam tidak akan diterbitkan. Terima kasih.

KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TAK TAHU

Wahhh dah kurus!!! Bestnya!!!  Bagi laa tips. "Saya buat diet Intermittent Fasting je" "Saya buat diet Keto" "Saya ...