Situasi apabila individu membuang air besar kurang dari 3 kali seminggu dan ianya berlarutan sehingga berbulan-bulan. Susah untuk membuang air besar dan rasa sakit ketika membuang air besar. Bila sembelit dan meneran najis yang keras dengan kuat, struktur ini akan membengkak dan akhirnya akan terjulur keluar dari dubur bersama titisan darah.
Posisi yg terbaik semasa membuang air besar adalah secara mencangkung. Kini kebanyakannya sudah terbiasa menggunakan tandas duduk. Betul tak? Sebenarnya tandas duduk ni mempunyai banyak kesan buruk.