Monday 19 November 2018

Cara Nak Bayar Bil Astro


Haaa...tengok tajuk mesti korang nak gelak kan. Cara nak bayar bil astro, tak kan tak tau kot. Sekarang semuanya di hujung jari. Klik-klik je dah bayar. Entry ini dibuat pun bersebab, kalau takkk akak tak terpikir nak tulis entry ni. 😄 tiba-tiba blur cara nak bayar bil astro.




Ikutkan bil astro akak, akak bayar terus guna JomPay...senang je. Itu pun mula-mula tergagau jugak la. Sebenarnya masalah ini timbul bila anak buah suami mintak tolong bayarkan bil astro rumah dia. Ikutkan takde la masalah cuma, bila nak bayar guna JomPay akak perlukan maklumat dalam bil dia. Tapi bil astro pulak dah koyak dan hilang so maklumat reference tu takde la. Akak pun dah tak tau nak buat ape. Try daftarkan online untuk dapat id nombor, akaun astro tu pulak atas nama kakak suami dia. Adoiiii, nak contact kakak nya pulak nak mintak nombor ic. Issshhh...malas betul la. Dan last sekali jalannya akak pergi je Pejabat Pos bayar kat sana, kebetulan ada urusan terus je la sekali. Nasib baik orang tak ramai dan tak perlu tunggu lama untuk nombor di panggil.

Just bagi jer nombor akaun terus dorang bagi amaun dan bayar jela. Kalau bayar lebih pun tak pe nanti bil seterusnya dorang deduct la amaun yang dicajkan. Senang sangat, cuma yang penting mesti tau nombor akaun astro, bila tau senang nak ambil tindakan. 

KES : BIL HILANG, AKAUN ATAS NAMA ORANG LAIN DAN TIADA ONLINE BANKING 

Cara 1 : sms untuk semak baki

  • SMS (ASTRO<>BAL<>NO AKAUN)  ke 33310
  • Cara ini untuk semak baki jika tiada bil atau tiada emel.

Cara 2 : astro self service



  • Daftar ID kat laman web astro, bila dah dapat pin dah boleh bayar online terus. Ini cara paling mudah dan senang giler.
  • Nak daftar ini, kena ada maklumat seperti Nama, no IC, No akaun astro, emel.

Cara 3 : Online banking

  • Kalau guna M2u senang, kalau yang ade CIMB Click boleh guna JomPay. 
  • Cara guna JomPay yang pentingnya kena ada bil, sebab kat situ ada nombor reference.
  • Kena isi kod astro, reference 1..lepastu follow je step die 

Cara 4 : bayaran di Pejabat Pos



  • Ni paling senang, korang juz pegi je kaunter Pejabat Pos dan bagitau nak bayar bil astro. Tak perlu nak isi borang ape-ape, cuma bagi nombor akaun. Lepas tu dorang bagi amaun bil dan bayar.
  • Mudah kan.

Banyak pilihan yang boleh kita pilih. Bagi akak, akak pilih buat bayaran online je. Tak payah nak keluar nak ambil giliran bagai. Klik-klik jer settle bayar segala hutang piutang.

Semoga membantu. Adioss. 😉



No comments:

Post a Comment

Mohon kerjasama anda supaya membuat ulasan dengan baik. Ulasan bersifat spam tidak akan diterbitkan. Terima kasih.

KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TAK TAHU

Wahhh dah kurus!!! Bestnya!!!  Bagi laa tips. "Saya buat diet Intermittent Fasting je" "Saya buat diet Keto" "Saya ...