Wednesday 25 July 2018

Anak Sembuh Daripada HFMD

Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai ENTEROVIRUS meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. 

Mereka yang dijangkiti akan menunjukan satu atau lebih tanda seperti demam, luka(ulcer)di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.


(Sumber: Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia)


Kali ini Kak Yang nak kongsikan pengalaman ibu muda ini dalam menghadapi penyakit HFMD yang dihidapi oleh anak lelaki beliau.



[ANAK SEMBUH DARIPADA HFMD]


Nama Saya Nor Hawana Mohd Tahir. Saya bekerja sebagai Pembantu Pustakawan dan mempunyai 2 cahaya mata. Kali ni Saya nak berkongsi kisah anak lelaki Saya Naeem Akmal yang terkena penyakit tangan kaki mulut atau HFMD.

Kisah anak Saya bermula pada awal tahun 2017 yang lepas. Saya telah menghantar anak Saya ke sekolah tadika. Baru je mula sekolah sekitar 2 minggu macam tu dia dah kena cuti.

Alkisahnya, tangan siku kaki dan tepi mulut anak Saya tumbuh biji-biji merah dan biji air gelembung. Saya sedar biji-biji ni tumbuh pun hari kedua selepas anak Saya mengadu dia tak boleh nak berjalan dan memakai selipar. Biji- biji ni tumbuh selepas dia demam.

Kita ni bila dah jadi Ibu dengar ke tengok anak tak sihat mulalah jiwa tu berkocak semacam kan. Bukan apa risau tengok keadaan anak. Ibu mana lah sanggup tengok anak kecil kesakitan macam tu kan. Saya kurang pasti dia dapat HFMD dari mana.

Saya tunjuk pada kawan-kawan dan kakak. Masing-masing confuse sama ada anak Saya kena HFMD atau Chicken pox. Saya yang dengar ni mula lah gelabah. Petang tu lepas kerja, Saya terus bawa anak pergi Klinik.

Masa di klinik doktor pun tak pasti sama ada HFMD atau tak sebab dalam mulut anak takde tumbuh biji merah. Dapatlah ubat demam dan ubat sapu. Balik je rumah  Saya ambil herba blend dan mandikan anak Saya dengan basic H. Semua baju-baju anak pun Saya rendam dengan Basic H.

Kebetulan Saya ada dapat beberapa stick Nutriferon, Saya pun bagi pada anak. Chewable vita C pun Saya bagi juga. Tapi anak lelaki Saya ni kurang gemar benda masam jadinya susah gak la nak paksa dia makan vitamin tu.

Kalau nak tahu, Saya memang selalu sapu herbal blend dan mandikan anak dengan basic H bila badan anak-anak dah start dedor nak demam.☺ Kiranya ni tindakan pantas Saya sebelum bawa dorang ke klinik. Okay, sambung kisah tadi.

Alhamdulillah, lepas beberapa hari biji-biji merah yang ada di tepi mulut, tangan, siku dan kaki pecah dan kering. Lega sangat bila tengok keadaan anak beransur pulih dan boleh menjalankan aktiviti harian seperti biasa.

anak sembuh dari hfmd


Moga perkongsian Saya ni dapat memberi manfaat untuk kawan-kawan, ibu-ibu dan ayah-ayah  yang membaca yer.

Akhir kata, Alhamdulillah sekali lagi dan terima kasih Allah sebab temukan Saya dengan Shaklee.







HUBUNGI :

Ela Ramli 
(Shaklee ID 1096765)
  
012-6203284 (whatsapp / sms / call) 

 r_rozila@yahoo.com (email) 

 COD Shaklee : Ayer Tawar, Sitiawan, Manjung, Lumut 

PENGEPOSAN KE SELURUH MALAYSIA TERMASUK SABAH & SARAWAK

Friday 20 July 2018

Percutian Ke Vietnam - Day 1


Yeaaayyy....akhirnya hari yang ditunggu tiba jua. 
Ceeewaaahh. 
Percutian kali ini adalah ke Ho Chi Minh bersama suami dan saudara mara. 
Macam biasa tiket flight dan pakej ni dah di'booking' setahun sebelum.
 Dan lagi buat akak teruja adalah kali ni, kami naik Malindo Air. 
1st time wehhh, sebelum ni pilihan kami Air Asia je. 
Sekali sekala berubah citarasa pulak kannn. 😉

Sebelum bercuti ni, akak dah google dulu tentang Vietnam ni. 
Ape yang ok dan tak ok. Almaklum la, tempat orang kan.


Tips sebelum melancong ke Vietnam

1. Matawang

Okay, 1st akak tukar duit dulu. Matawang Vietnam adalah Dong, masa ni tukaran matawang adalah 1juta Dong = RM180. Tapi yang ni kena pandai survey la, sebab ada yang dapat tukar lagi murah. Selain dari dong, korang boleh bawak matawang USD dan juga RM. Orang sane terima je duit kita.

2. Beg

2nd, kami bawak beg luggage 1 dan di dalam beg tu ade lagi beg..hahhaha. Baju pun bawak ngam-ngam untuk 4 hari. Dan akak bawak sling bag, untuk pengetahuan kat Vietnam ni kena hati-hati dengan handbag dan belongings kita. Banyak kes, so sebelum ape-ape terjadi baik kita beringat.

3. Barang kemas

Untuk peringatan, jangan lupa tinggalkan la barangan kemas kite di rumah ye, akak tinggalkan pada mak.

4. Kasut

Pakai kasut yang sesuai ye. Akak aritu silap tak pakai kasut sport, sakit jugak la kaki ni.

5. Parking kereta

So kalini kami naik di KLIA 1, so bayaran parkingnye bole tahan la. 4 hari caj nya RM182.00 😱 Tapi nak buat macammane kan, asalkan kereta selamat. Dan jangan lupa untuk simpan token parking elok-elok ye dan ingat tempat parking masing-masing tau.

Okay settle tips, sekarang akak cerita pulak dari pertama hingga ke empat ye. Mintak-mintak la ada masa, bukan apa takut kalau tangguh-tangguh memang lupa terus nak update entry lain.😛

Day 1.

Flight akak jam 8.15 pagi, so sebelum subuh akak dah gerak ke KLIA dari rawang. Sampai KLIA kami terus check in luggage. Senang sikit nanti, tak payah nak terkejar-kejar. Lepas tu baru kami cari surau, surau di tingkat 5 tau ( ada surau kecik dan surau besar, masa ni kami jumpa surau kecik dulu so solat je la di sini)

Opps lupa nak bagitau, masa check in ni, dorang akan mintak pasport kite dan dorang akan tanya samada power bank ada di dalam bag atau tidak. Sebab power bank tak boleh bawak masuk ke dalam cabin. So settle check in luggage, kami bergerak masuk.


Ni kaum kerabat yang sempat bergambar, yang lain ntah mana perginya.😄


Sepupu akak ni, kecik-kecik dah melancong.

Kene naik aerotrain pulak.


Yeayyy dapat duduk.

Hari dah siang, maklum la dah bertapa kat KLIA tu dari jam 5 pagi.

 Nasib ade kerusi malas,sempat la akak tido dulu. 😁



Seronok dorang bergambar.

Perjalanan ke Ho Chi Minh ini mengambil masa selama lebih kurang 2 jam. So aktivit akak, hanya tidur la. 😂 Cuma akak terjaga bila suami kejutkan time makan. Terkejut jugak masa tu, bila flight attendant serve kami makanan. Mulanya ingat kena bayar, rupanya dah masuk sekali dengan bayaran flight.😄


Air panas boleh request kalau nak.


Best sangat ada snack bila naik Malindo Air ni.



Sedappppp sangat. Kenyang giler weii.



Okay bila dah touch down Ho Chi Minh, masing-masing pakat cari toilet. Satu hal, toilet kat airport sini takde air paip. 😭 Jenuh kami bergilir-gilir isi air dalam botol, semua orang pakat tengok kami.😂
Lepas tu satu hal, airport sini all pasport dalam satu line. Beratur dah la panjang dan imigresen punye la kerek.



Punya panjang beratur.


Airport Ho Chi Minh


Melilau mata mencari tour guide kami.


Banyak giler motosikal.

Tour guide kami dari Bismillah Tour, Salim namanya dan orang muslim cuma tak pandai cakap bahasa melayu. So dia terangkan sikit tentang tentatif kami, rupanya 1st day kami free. Pandai-pandai la nak buat apa. 😜 
Dari airport ke hotel tak jauh, dalam 40 minit macam tu la. Akak menginap di Queen Central Hotel dan memandangkan kami sampai awal, bilik pun tak siap lagi so terpaksa kami menunggu. Disebabkan lambat lagi, kami pun mencari la tempat makan tengahari. Lapar kott. Restoren makan depan hotel ni banyak, terpulang nak pilih yang mana. 


Ni pilihan kami. Kedai Hj Os Man


Akak order roti telur je, sebab dah kenyang kan. Roti telur kat sini rupe ni, telur kat sebelah. 














Abaikan model atas katil tu. Tak sempat nak amik gambar, dorang dah landing atas katil. Masing- masing dah penat, mandi, solat dan rehat kejap. Pastu jam 7 malam waktu vietnam, time makan. 



Banyak tempat makan depan hotel ni.




Orang jual buah pun ramai, cuma jangan tertipu.


Menu makan malam kami. Sedapppp.




Licin pinggan masing-masing. Lapar giler semuanya.


Ni kopi vietnam yang pooular tu.




Dah habis makan, kami amik masa jalan-jalan kat area hotel ni. Sekejap je sebab masing-masing dah mengantuk. Kena tidur awal esok pagi dah stat jalan-jalan.

Okay, settle untuk Day 1. Nanti akak sambung entry lain untuk hari seterusnya ya. 








KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TAK TAHU

Wahhh dah kurus!!! Bestnya!!!  Bagi laa tips. "Saya buat diet Intermittent Fasting je" "Saya buat diet Keto" "Saya ...