Saturday 20 May 2017

CARA MENGHILANGKAN SEDU ORANG DEWASA



TERSEDU.

Siapa yang tak pernah alaminya? Keadaan yang merimaskan, menyeksakan dan memenatkan. Betul tak?? Jenuh pelbagai cara nak menghilangkan sedu ini.
Keadaan ini bukan sahaja berlaku pada bayi dan kanak-kanak, orang dewasa juga menghadapinya. Kalau berlaku kepada bayi, kata orang tua-tua bayi tersebut hendak membesar. Adakah relevan kata-kata orang tua, jika tersedu ini berlaku kepada orang dewasa?? Pikir-pikir kan lah.😊


petua hilangkan sedu dengan cepat



Tersedu berlaku disebabkan oleh angin yang menyerang badan. Dari sudut kesihatan, ia berlaku apabila pengecutan otot diafragma secara berulang kali. Sekaligus menyebabkan udara berebut-rebut masuk, melanggar kotak suara dan menghasilkan bunyi sedu yang memalukan.


PUNCA BERLAKUNYA SEDU

  1. Makan terlalu banyak dan gelojoh
  2. Minum alkohol/bikarbonat berlebihan
  3. Menelan udara
  4. Stress


CARA MENGHILANGKAN SEDUT

  • Tahan nafas anda dalam beberapa saat dalam keadaan yang tenang.
  • Lakukan urutan pada lelangit dalam mulut. Ia berbunyi agak pelik, tetapi ini banyak membantu. Ia merangsang saraf vagus, yang akan menundukkan kekejangan diafragma dan menghilang rasa sedu bagi sesetengah orang. 
  • Minum segelas besar air sejuk dengan cepat. Kaedah ini akan menghilangkan rasa tersedu tersebut. 

cara hilangkan sedu
  • Bernafas ke dalam beg kertas ataupun plastik beg untuk beberapa minit. Cara ini dapat meningkatkan kandungan karbon dioksida dalam badan dan membantu menghilangkan sedu dengan cepat.(cara ini memang berkesan sebab memang saya sudah lakukan, tak percaya cubalah)

tips hilang kan sedu
  • Makan satu sudu gula. Satu kajian dalam New England Journal of Medicine mendapati bahawa makan sesudu gula boleh membantu orang ramai dalam menyingkirkan masalah. Hanya meletakkan satu sudu teh gula di belakang lidah anda dan menikmatinya.

Ini antara cara-cara yang dikatakan oleh orang ramai dan ia terpulang kepada individu ingin mencuba ataupun tidak. Yang ingin mencuba, Selamat maju jaya. Entry ini dibuat pun disebabkan suami Kak Yang yang mengalami masalah sedu ini. Segala cara telah dicuba dan akhirnya cara yang ke4 sahaja memberi kesan kepada beliau. Syukur alhamdulillah.



Jika anda inginkan produk shaklee dan konsultasi secara percuma. Insyaallah yang terbaik dari Kak Yang. 

PM / Facebook : Rozila Ramli 
Page : Vitaminku Sihat 
Call / SMS / Whatsapp : 012-6203284 
Emel : r_rozila@yahoo.com 

PENGEDAR SHAKLEE PERAK 
PENGEDAR SHAKLEE MANJUNG 
PENGEDAR SHAKLEE LUMUT 
PENGEDAR SHAKLEE SITIAWAN 
PENGEDAR SHAKLEE AYER TAWAR

9 comments:

  1. bagus berkesan dgn tarik nafas pastu tahan nafas dlm 7second.ulang 3@4x.tq info bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome. semoga bermanfaat untuk semua orang.

      Delete
  2. bagus berkesan dgn tarik nafas pastu tahan nafas dlm 7second.ulang 3@4x.tq info bagus

    ReplyDelete
  3. Bernafas ke dalam beg kertas ataupun plastik beg untuk beberapa minit. Cara ini dapat meningkatkan kandungan karbon dioksida dalam badan dan membantu menghilangkan sedu dengan cepat.(cara ini memang berkesan sebab memang saya sudah lakukan, tak percaya cubalah)

    yg nie jadi . alhamdulillah

    ReplyDelete
  4. cucuk dalam mulut,biar muntah

    ReplyDelete
  5. menakutkan je nak cucuk sampai muntah.

    ReplyDelete
  6. Sangat berguna menggunakan beg kertas

    ReplyDelete

Mohon kerjasama anda supaya membuat ulasan dengan baik. Ulasan bersifat spam tidak akan diterbitkan. Terima kasih.

KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TAK TAHU

Wahhh dah kurus!!! Bestnya!!!  Bagi laa tips. "Saya buat diet Intermittent Fasting je" "Saya buat diet Keto" "Saya ...