Showing posts with label BANGKIT. Show all posts
Showing posts with label BANGKIT. Show all posts

Saturday 6 August 2016

PERUBAHAN YANG TERBAIK

Assalamualaikum semua..harini terdetik ingin berkongsi apa yang dirasai. Perubahan yang tidak disangka memberi sinar harapan kepada diriku.

Setelah sekian lama kenal Shaklee dan berniat ingin berbisnes tetapi selalu tewas. Padahal telah lama dan selalu berjanji tetapi janji tinggal janji. Selalu membuat sesuatu perkara tidak konsisten, itu lah diri saya. Selalu tersedar dan selalu juga terlalai.

Tetapi semuanya bermula pada 1 April 2016 setelah saya mendapat surat bertukar tempat kerja. Dalam hati terlalu sedih, sedih kerana berpisah dengan kawan-kawan..sedih kerana terpaksa meningalkan kerja yang bertahun-tahun buat dan semakin mahir. Sedih kerana terpaksa keluar dari 'comfort zone'. Tempat kerja baru yang jauh dari rumah dan kawan-kawan sekerja yang baru. Semua ini menimbulkan rasa tidak seronok bekerja dan selalu malas ingin ke tempat kerja.

Tetapi setelah sebulan berlalu, terasa ade kebaikannya. Disini saya lebih konsisten solat dhuha kerana disini tempat solat disediakan. Jadi saya boleh curi-curi waktu solat dan banyak kelonggaran diberikan. Perjalanan ketempat kerja yang jauh membuatkan saya terpaksa keluar awal ke tempat kerja dan selepas solat subuh saya tidak lagi tidur dan sempat mengaji Al-Quran dalam 1-2 muka surat. Jika dibezakan dulu selepas subuh saya tidur sekejap kerana dirasakan awal lagi untuk keluar bekerja. Ya Allah sesungguhnya terlalu sempurna aturan hidupku yang diaturkan oleh Mu.

Kedatangan bulan Ramadhan yang lepas saya dan suami telah berjanji untuk mengumpul seberapa banyak pahala yang boleh. Kami telah berjanji ingin bersolat terawikh di surau dan jika tidak dapat pergi kami MESTI lakukannya dirumah bersendirian. Saya juga sudah konsisten melakukan solat-solat sunat seperti taubat, tahajud dan hajat. Kami juga telah menetapkan untuk berbelanja sebanyak RM2.00 sahaja di bazar ramadhan. Sempena bulan yang mulia ini, kami ingin melakukan penjimatan dan bukannya pembaziran. Alhamdulillah, kami berjaya melakukannya. Menjelang Syawal tiada lagi pembelian baju-baju atau kasut-kasut raya..kami lebih mementingkan perkara yang perlu sahaja.

Mengenai bisnes Shaklee pula, saya sudah mendapat rentak untuk bangkit semula. Saya sudah semakin berani dan tidak lagi malu untuk memberitahu saya adalah SID kawasan Manjung. Saya semakin berani untuk mempromosi kebaikan-kebaikan yang saya dapat daripada produk Shaklee. Tambahan saya sudah menyertai beberapa group otai Shaklee, saya kini lebih yakin dan lebih bersemangat. Syukur dipertemukan dengan group SGW dan OMS yang banyak membantu dari segi ilmu-ilmu produk dan ilmu kerohaniaan. Terima kasih mami Tinie Badri dan Ummi Mai yang banyak memberi semangat kepada ahli-ahli group.

Semoga saya akan terus istiqomah dengan apa yang saya lakukan sekarang dan mencapai segala impian yang dicita-citakan.


Ikhlas,
Rozila Ramli
Pengedar Shaklee Manjung



KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TAK TAHU

Wahhh dah kurus!!! Bestnya!!!  Bagi laa tips. "Saya buat diet Intermittent Fasting je" "Saya buat diet Keto" "Saya ...