Showing posts with label TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS. Show all posts
Monday, 19 November 2018
Friday, 26 October 2018
7 Kesilapan Tabiat Buruk, Tidak Mempunyai Simpanan
Tiada simpanan setelah bekerja hampir 20 tahun. Ke manakah perginya wang anda? Cukup ke jumlah simpanan yang ada untuk anda bersara nanti? Sebab itu kita perlu membuat perancangan untuk pengurusan kewangan yang lebih baik supaya bersara nanti kita tidak perlu bersusah payah bekerja tambahan.
Tuesday, 23 October 2018
Sunday, 23 September 2018
Tuesday, 25 April 2017
AMALAN UNTUK KULIT YANG SIHAT
Setiap orang mesti menginginkan kulit yang putih, cantik, licin dan mulus.
Mereka sanggup melakukan bermacam-macam cara untuk dapatkan hasil yang diingini dan bukan sahaja kaum wanita bahkan kaum lelaki zaman sekarang pun mementingkan kecantikan wajah. Tetapi kecantikan wajah bukan hanya perlukan rawatan dari luar, ia juga perlu dijaga dari dalam. Sebab itu, pengambilan nutrisi dari makanan dan amalan yang betul akan mendapatkan kulit yang sihat.
1. AIR
- Air menjaga akar kulit agar sentiasa lembap, mengurangi garis-garis halus dan kerutan pada kulit, membantu sel untuk menyerap nutrisi dengan lebih baik dan mengeluarkan racun. Selain itu, air juga dapat membantu melancarkan aliran darah dan menjaga kulit agar tetap segar dan berseri.
2. SELENIUM
- Selenium merupakan mineral yang membantu melindungi sel-sel kulit dari radikal bebas. Selain itu, mineral ini juga berfungsi mencegah kanser. Anda boleh mendapatkan selenium dari makanan seperti kacang Brazil, udang, daging, ikan kod, tuna, salmon, kerangn, sardin dan tak kurang juga dari pasta gandum putih.
3. COENZYME Q10 (CoQ10)
- Coenzyme Q10 atau Coq10 merupakan antioksidan kuat yang dihasilkan di dalam tubuh secara semula jadi. Antioksidan ini melindungi kulit dan sel-sel tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas. Selain itu, ia juga terlibat di dalam penghasilan tenaga dan fungsi sistem kekebalan tubuh. Ia boleh didapati dari makanan seperti salmon, tuna, organ dalaman seperti hati serta bijirin penuh.
4. ANTIOKSIDAN UNTUK SEL SIHAT
- Antioksidan mencegah atau melambatkan kerosakan sel akibat radikal bebas. Kerosakan ini akan menyebabkan tanda-tanda penuaan seperti kerutan pada kulit dan kulit menjadi kering. Antioksidan boleh didapati dari semua jenis makanan khususnya buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna seperti pelbagai jenis beri, tomato, aprikot, labu, bayam, ubi jalar, cili, kacang soya dan limau.
5. VITAMIN A
- Ingin kulit yang cerah dan halus? Hanya tambahkan pengambilan makanan seperti limau atau lobak merah. Buah dan sayuran ini kaya dengan vitamin A yang membantu memelihara kelembapan lapisan kulit bawah. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan vitamin A dari sayuran hijau, telur dan produk susu rendah lemak seperti keju dan susu.
6. VITAMIN C
- Vitamin C membantu melindungi kulit dari sinar matahari. Selain itu, ia juga membantu memperbaiki kerosakan akibat radikal bebas. Radikal bebas umumnya merosakkan serat kulit seperti kolagen dan elastin. Vitamin ini juga boleh didapati dari makan seperti paprika merah dan buah sitrus, betik, kiwi dan sayuran hijau.
7. VITAMIN E
- Vitamin E merupakan antioksidan lain yang boleh mencegah kerosakan kulit akibat sinar matahari. Vitamin ini juga berperanan sebagai anti-peradangan dan menguatkan sistem kekebalan tubuh. Ia boleh didapati dari minyak sayur, kacang-kacangan, biji-bijian, buah zaitun, bayam, asparagus dan sayuran hijau.
8. ASID LEMAK ESSENSIAL
- Asid lemak esensial seperti omega-3 dan omega-6 membantu menghasilkan lapisan minyak pelindung semulajadi kulit serta mencegah timbulnya jerawat. Anda boleh mendapatkan minyak esensial ini dari minyak zaitun, minyak canola, biji rami serta jenis ikan seperti salmon, sardin dan makarel.
9. MINYAK SIHAT
- Antara jenis minyak yang lebih kaya asid lemak esensial dibandingkan dengan minyak komersial yang lain adalah seperti minyak zaitun muda. Minyak ini membantu melembapkan kulit dan menjga kulit agar kulit kelihatan lebih sihat dan berseri.
sumber: MINGGUAN WANITA BIL1381
Ini pula tips wajah sihat.
Jika anda inginkan produk seperti diatas, anda boleh KLIK ICON BELI SEKARANG.
CALL/SMS/WHATAPPS : 012-6203284
FACEBOOK : ROZILA RAMLI
INSTAGRAM : shaklee_ela_ramli
PENGEDAR SHAKLEE AYER TAWAR
PENGEDAR SHAKLEE MANJUNG
PENGEDAR SHAKLEE SITIAWAN
PENGEDAR SHAKLEE LUMUT
COD : AYER TAWAR/SITIAWAN/MANJUNG/LUMUT
POSTAGE : SELURUH MALAYSIA
Tuesday, 20 December 2016
BOTAK, APAKAH PENYELESAIANNYA?
Rambut semakin menipis membuatkan keyakinan diri juga semakin menipis. Betul dak? Masalah keguguran rambut merupakan mimpi ngeri kepada sesiapa yang menghadapinya, tak kira lelaki atau perempuan, terutamanya golongan muda yang gemarkan gaya terkini.
Thursday, 24 November 2016
DULU TAKUT MAKAN UBAT,SEKARANG PENGGUNA TEGAR
Assalamualaikum....
Arini saya nak share vitamin-vitamin yang menjadi feveret saya sejak berkenalan dengan dunia vitamin. Sebelum tu saya nak ceritakan kisah saya dan ubat.
Dulu, saya ini adalah seorang yang susah untuk makan ubat atau vitamin. Memang saya dikenali sebagai budak yang penakut makan ubat.
Masih teringat lagi macam mana abah dan mak susah payah nak bagi saya makan ubat. Abah akan kepit tangan dan kaki, mak pulak akan pegang muka supaya bukak mulut.
Bila dah masukkan ubat tu, saya tak telan pun..kadang saya luahkan balik.
Sebelum tu dah menjerit-jerit, sampai satu taman dah kenal.hahaha. Saya sanggup tahan sakit berhari-hari atau berminggu-minggu sebab taknak makan ubat.
Kalau dulu bila abah sebut je klinik, mesti dah nages..tapi sekarang kalau pegi klinik pun sebab nak MC je, makan ubat tak pun.
Tragis sungguh penangan ubat...uwaaaa.
Sunday, 13 November 2016
6 CARA KEKAL AWET MUDA
Setiap kali tengok iklan produk kecantikan kat tv, dalam hati mesti berdetik 'Bestnye dapat kulit camtu, putih, bersih, mulus, gebu dan bebas jerawat. Cantik betul model ni, dah la kulit cantik, badan pun solid molid. Bila la aku nak dapat kulit macam tuuu.' Ini la yang selalu bermain kat fikiran kita, terutamanya kaum wanita. Tambah-tambah kalau usia dah meningkat macam saya ni, tanda-tanda penuaan dah mula muncul. Kalau tak percaya cuba tengok garis halus di bahagian mata, tepi bibir dan dahi. Setiap hari bila tengok kat cermin, mesti nampak kan. Semakin meningkat usia, kulit jugak semakin berubah. Saya kongsikan beberapa tips untuk kekal awet muda.
Wednesday, 14 September 2016
TIPS DAPAT ANAK CANTIK, PUTIH, GEBU MENGIKUT CARA ISLAM DAN MODEN
Setiap ibu mesti mengimpikan anak yang comel, putih, gebu, bijak dan semua yang baik-baik kan. Sebab tu si ibu ni sanggup telan macam-macam ubat, berjenis-jenis produk dan macam-macam petua yang diamalkan untuk baby yang dikandung. Oleh itu, ibu perlulah rajin untuk makan makanan yang berkhasiat dan ambil tahu zat yang patut diambil ye. Ini penting supaya ibu kekal sihat sepanjang kehamilan dan anak dalam kandungan juga terhindar daripada risiko kecacatan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TAK TAHU
Wahhh dah kurus!!! Bestnya!!! Bagi laa tips. "Saya buat diet Intermittent Fasting je" "Saya buat diet Keto" "Saya ...

-
Hujung-hujung tahun ni biasalah, mesti ada jamuan akhir tahun kan. Bila dah ada jamuan, mesti la bertema-tema dan mestila nak havoc kan. So ...
-
Holiday...hoooreeyyyy. Sapa tak suka bercuti kannn, memang sangat ditunggu-tunggu time bercuti ni. Cuti dari memikirkan bab kerja dan se...
-
Bulan September aritu, saya dapat call dari Swiss Garden Vacation Group yang mengatakan nama saya tersenarai untuk mendapat voucher pengina...