Setiap ibu mesti mengimpikan anak yang comel, putih, gebu, bijak dan semua yang baik-baik kan. Sebab tu si ibu ni sanggup telan macam-macam ubat, berjenis-jenis produk dan macam-macam petua yang diamalkan untuk baby yang dikandung. Oleh itu, ibu perlulah rajin untuk makan makanan yang berkhasiat dan ambil tahu zat yang patut diambil ye. Ini penting supaya ibu kekal sihat sepanjang kehamilan dan anak dalam kandungan juga terhindar daripada risiko kecacatan.
Antara amalan mengandung yang disarankan oleh agama islam:
1. Banyakkan bertaubat
Memohon ampun akan dosa-dosa yang telah kita lakukan sebelum ini, semoga anak yang bakal lahir itu nanti menjadi anak yang bertaqwa.
2. Menutup aurat
Sentiasa menutup aurat sesuai dengan ketentuan ajaran Islam. Agar hidup mendapat keberkatan.
3. Banyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Quran seperti:
- Surah Al-Fatihah dan ayat kursi
- Surah Yaasin
- Surah Taubat
- Surah Maryam (untuk mudah bersalin, anak soleh dan taat)
- Surah Yusof (untuk memperoleh anak yang cantik, kacak, sihat dan sempurna)
- Surah Luqman (untuk mendapat anak yang taat)
- Surah An-Nahl ayat 78
- Surah Al-'Araaf ayat 189
Selain itu, ibu hamil juga boleh jadikan ini sebagai panduan makanan:
1. Asid folic
Setelah berjaya hamil, anda perlu terus mengambil folic sehingga usia kandungan mencecah 12 minggu. Ini kerana sepanjang tempoh hamil tulang belakang bayi masih dalam proses pembentukannya. Selain itu, asid folic membantu membina DNA bayi. Sebenarnya, asid folic ini boleh juga diambil sebelum kehamilan bagi sesiapa yang ingin hamil.
2. Kalsium
Kalsium yang digabungkan bersama vitamin D dan magnesium adalah sangat penting untuk perkembangan dan pertumbuhan tulang bayi. Makanan yang mengandungi banyak kalsium adalah seperti yogurt, keju dan ikan salmon. Vitamin D diperlukan untuk membantu tubuh anda menyerap kalsium. Sumber ini boleh anda dapatkan daripada ikan berminyak, hati, minyak ikan kod dan produk tenusu. Antara lain, kebanyakan makanan seperti marjerin dan bijirin sarapan pagi diperkaya dengan vitamin D. Cara paling senang ialah dengan mendedahkan tubuh kepada cahaya matahari pagi.
3. Zat besi
Kira-kira 10-15% wanita hamil biasa mengalami masalah anemia disebabkan oleh kekurangan zat besi dalam tubuh. Oleh itu, ibu perlu prihatin tentang soal pemakanan seharian. Ibu memerlukan zat besi mencukupi ketika hamil untuk memenuhi keperluan diri sendiri dan bayi yang dikandungi juga. Sama juga halnya dengan uri anda. Ia juga memerlukan zat besi yang mencukupi. Untuk itu, dapatkan suplemen zat besi yang bersesuaian yang tidak mempunyai bahan pewarna yang terlampau. Ibu juga boleh menambah darah dengan mengambil makanan seperti daging tanpa lemak, sayuran berdaun hijau, kerang, hati, jambu batu, buah-buahan kering dan kekacang.
4. Iodin
Kekurangan iodin adalah penyebab utama yang boleh masalah terencat akal dan kerosakan otak bayi dalam kandungan. Untuk ibu pula, masalah kekurangan iodin boleh meyebabkan keguguran, kelahiran mati dan beberapa komplikasi yang lain. Bagi memastikan diri mendapat sumber iodin mencukupi, anda perlu mengambil beberapa jenis makanan seperti susu lembu, rumpai laut, yogurt rendah lemak dan telur.
5. Zinc
Sama seperti zinc yang penting untuk kesuburan dan pembiakan orang dewasa, ia turut penting untuk pembentukan DNA bayi dalam kandungan. Jadi, terus amalkan pemakanan yang kaya dengan kandungan zinc. Namun elakan pengambilan tiram terutamanya yang masih mentah kerana dikhuatiri ia mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan anda jatuh sakit ketika hamil memandangkan sistem imunisasi yang makin menurun ketika ini jika tahap kesihatan tidak dipantau sebaik-baiknya. Lagipun lebih elok kita makan, makanan yang telah dimasak daripada yang mentah.
6. Vitamin C
Vitamin C memang penting untuk memperkukuhkan sistem imunisasi tubuh. Jadi, ketika hamil pengambilan vitamin C mencukupi sama pentingnya seperti sebelum hamil. Anda memerlukannya untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik. Bukan untuk diri sendiri sahaja malah untuk bayi juga. Sebiji tablet vitamin C shaklee bersamaan dengan 7 biji oren. Sanggupkah anda nak telan 7 biji oren sekaligus?
7. Omega 3
Asid lemak omega 3 penting untuk bayi yang dikandungi. Malah asid lemak ini mengandungi DHA yang sangat manfaat untuk perkembangan otak dan saraf bayi. Ikan salmon, flaxseed, kacang walnut dan sardin merupakan antara sumber baik yang mengandungi banyak asid lemak omega 3. Omega ini juga amat sesuai untuk semua peringkat umur.
Set hamil shaklee juga menawarkan produk berkualiti. Satu set ni memenuhi keperluan nutrien ibu hamil. Sebarang pertanyaan mengenai produk ini dan set ini, anda boleh hubungi saya. Semoga anda semua diberikan kesihatan yang baik sepanjang proses kehamilan.
CALL/SMS/WHATAPPS : 012-6203284
FACEBOOK : ROZILA RAMLI
INSTAGRAM : shaklee_ela_ramli
PENGEDAR SHAKLEE AYER TAWAR
COD : AYER TAWAR/SITIAWAN/MANJUNG/LUMUT
POSTAGE : SELURUH MALAYSIA
No comments:
Post a Comment
Mohon kerjasama anda supaya membuat ulasan dengan baik. Ulasan bersifat spam tidak akan diterbitkan. Terima kasih.