Tuesday, 22 November 2016

VOUCHER FREE, MENGINAP DI SWISS GARDEN DAMAI LAUT

Bulan September aritu, saya dapat call dari Swiss Garden Vacation Group yang mengatakan nama saya tersenarai untuk mendapat voucher penginapan percuma di Swiss Garden. Saya diberi pilihan untuk menginap di Swiss Garden Damai Laut Lumut @ Swiss Garden Kuala Lumpur Swiss Garden Gambang Pahang selama 3H2M. Voucher tersebut valid selama 3 bulan dan pilihan boleh dibuat 2 minggu sebelum bercuti. Tapi sebelum diberi voucher tersebut, kami perlu mendengar taklimat mereka, lebih kurang sejam jugak la bergantung pada banyak mana pertanyaan yang ditanya. 



swiss garden damai laut



Selepas berbincang, kami sepakat untuk memilih bercuti di Swiss Garden Kuala Lumpur sebabnya kami nak jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Tapi bila nak book asyik full je, tencen pun ade. Kemudian saya saja la tukar nak pilih di Pahang pulak, tapi tetap full. Macam komplot taknak bagi kami pergi je, tak pun memang pilihan yang kosong di Damai Laut Lumut je. Emmmm....jadi la, dah free amik je la kan..lagipun bukan jauh dari rumah (sebab tu kami tak pilih ni dari awal, sebab dekat dengan rumah...hahahah). Cukup la intro ni kan...

19.11.2016, tarikh yang kami pilih untuk bercuti. Bercuti pun bukan berdua, saya bawak sekali mak, abah, adik, kakak dan anak-anak buah. Ramai baru meriah lagipun dekat so senang sume nak pergi.




swiss garden damai laut



swiss garden damai laut




swiss garden damai laut

Ni semua gambar dari pintu masuk Swiss Garden tu. Awas!!!! Monyet banyak disepanjang jalan masuk. Ada sesetengah orang ramai yang berhentikan kereta dan memberi monyet ini makan, tapi saya takut...huhuhu


swiss garden damai laut

Sapa nak main golf boleh la pegi try, masa ni ade tournament kot sebab banyak kete kat Kelab Golf ni.

swiss garden damai laut

Yeayyy...dah sampai lobi apartment dan nak check in. Lupa pulak nak amik gambar kat lobi ni. Masa daftar ni kena bayar deposit RM100.00 ye. 


swiss garden damai laut


Saya dapat Blok D, hujung sekali...jauh pulak tu dari swimming pool. Kalau boleh reqeust, korang pilih Blok A @ B ye.

swiss garden damai laut

Yang ni pulak gambar nak ke Blok D..sunyi je sebab hujung kannn.

swiss garden damai laut


Kami dapat bilik D-01-03, kena naik satu tingkat dan bilik kami depan tangga.


swiss garden damai laut

Ni la apartmentnya, luas jugak kan.


swiss garden damai laut

Balkoninye kecik je...huhuhu

swiss garden damai laut

Permandangan luar balkoni. Hijau sangat dan ia elok untuk mata cerah....hihihi


swiss garden damai laut

TV dah boleh masuk kategori antik.


swiss garden damai laut

Tak pernah pegi mana-mana hotel@apartment yang ada macam ni. Ada gam lalat dan pemukul lalat..peringatan lalat ada disini. Nasib la kami tak bukak tingkap sangat.


swiss garden damai laut

Katilnya agak selesa jugak, lagipun kami berdua je yang tidur disini. Family yang lain balik tidur di rumah. Aircond dah tak brape function, kena letak tisu bagi kipas nya tegak...kalau tak letak, kipas nya asyik kebawah saja.

swiss garden damai laut

Ada peti ais, bukan mini tapi besar punye. Sape yang bawak makanan boleh letak dalam ni.

swiss garden damai laut

Ada dapur elektrik, kettle, pingan , mangkuk, pan , sudip. Sesape aang nak masak boleh la bawak bahan-bahan basah ye. Kami pulak bawak nasi, lauk pauk dari rumah je..malas nak masak.hihihi.


swiss garden damai laut

Bilik air bersih, tu towel pas mandi kolam...sangkut situ je. 


swiss garden damai laut

Arah kiblat, nasib kami bawak sejadah. 

swiss garden damai laut

Glamer beg hijau tu.

swiss garden damai laut


swiss garden damai laut

swiss garden damai laut

swiss garden damai laut

swiss garden damai laut

Kolam die besar dan dalam, untuk orang yang kategori comel macam saya ni bahaya la. Lagipun saya ni tak pandai berenang, sapa nak tolong kan.. Saya dan kakak mandi kat tempat budak-budak je..hahaha. Tu pun pegi kat tempat orang dewasa berendam kat tangga je...takut weehhh.


swiss garden damai laut

Nak bersauna boleh la pegi ye.

swiss garden damai laut

Nak main ping-pong ade disediakan tempatnya.

Ini antara tempat menarik di apartment. Biliknya boleh dikatakan ok la. Kalau sesapa yang nak buat family day boleh jugak sebab disini ada disediakan tempat BBQ, padang kalau nak buat aktiviti, playground untuk kanak-kanak. Cuma yang susah bab makan la, kalau boleh bawak bekalan makanan siap-siap dan untuk pengetahuan kedai amatlah jauh. 



Sebelum check out, kami sesaja pergi ke Hotel Swiss Garden pulak. Orang kate cantik view kat situ, kalau korang nak pergi cuma perlu terus ikut signboard tak jauh dari apartment tu.

swiss garden damai laut

Ini view dari tempat parking kereta.

swiss garden damai laut



swiss garden damai laut


swiss garden damai laut

View dari kiri kanan laluan ke lobi.

swiss garden damai laut

Laluan ke lobi. 


swiss garden damai laut


swiss garden damai laut

Cantikkan view dari hotel ni, tak sempat nak turun sebab asben dah ajak balik, dia lapar sangat.

swiss garden damai laut


swiss garden damai laut


swiss garden damai laut

swiss garden damai laut

swiss garden damai laut


swiss garden damai laut


swiss garden damai laut


swiss garden damai laut

Itu saja la review yang bole saya buat, kalau nak yang lebih selesa pilih la hotel dan kalau nak bajet boleh pilih apartment sahaja. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan cuma kami sahaja yang tidak sempat dan kesuntukan masa. Sebab banyak habiskan masa main pool je sebenarnya..hahaha. Dengan ini kami bagi 3*** untuk penginapan apartment disini.




18 comments:

  1. Akk selalu dpt call dr dorang ni tau..ingatkan spam..so mmg xmo layan.

    ReplyDelete
  2. pasni kalau ada orang call, akak layan dulu ye.hihihi

    ReplyDelete
  3. rm 100 dposit tu
    dpat balik x?

    ReplyDelete
  4. rm 100 dposit tu
    dpat balik x?

    ReplyDelete
  5. ingatkan spam. tapi keahlian riban2 tu ngeri jek dengor. baru kene kol by mereka ni.tu yang jumpe review blog sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu pun same saya pikir ni spam, tapi bila abg ipar dah pegi tu yang berani amik voucher tu.

      Delete
  6. Assalamualaikum. saya nak tanya..macam mana nak tebus voucher tu? Sbb saya pun dapat jugak. Boleh ajar tak cara dia ?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum. saya nak tanya..macam mana nak tebus voucher tu? Sbb saya pun dapat jugak. Boleh ajar tak cara dia ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam cik.
      Cik kena call dulu untuk booking tarikh dan tempat yang dipilih. Call nombor pada voucher tersebut.

      Delete
  8. Mmg free ke kak, sy pon dpt voucher tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye dik..memang free. Cuba la try call dorang untuk booking. Tapi jangan termakan godaan dengan offer dorang pulak.hihi

      Delete
  9. Baru dapat call dari swiss garden tadi..biasa dia bagi penerangan tu ramai2 ke sorang2? apa yang dia terangkan sampai 1 jam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penerangan sorang2. Dia akan terangkan faedah pakej dorang tu, tapi takde la sampai sejam. Kalau kita banyak tanya dan interested mungkin akan amik masa lama la. Kalau kaki travel dan suka bercuti mungkin sesuai kot. ;)

      Delete
  10. nak tanya..ada kena masuk ahli apa2x tak dari situ. mmg free ke.. tanpa bayar apa2x pun ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya sebelum dorang pagi voucher ni, dorang akan offer pakej percutian. Kalau cik berminat boleh la accept, kalau tak berminat cik bole je tolak dan just amik voucher tu. Cik cume perlu bayar deposit RM100 tu je.

      Delete
  11. Ms nak ambik voucher kena dgr taklimat ke? Kalau kita x setuju nk nk ambik apa2 pakej kita still dapat x pakej free ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai siti. Masa nak pegi amik voucher ni memang kita kene dengar taklimat dulu. Memang itu tujuan die bagi voucher ni.hihihi

      Kalau kita tak nak terima pakej ni pun takde masalah, dia akan bagi jugak voucher tu.

      Delete

Mohon kerjasama anda supaya membuat ulasan dengan baik. Ulasan bersifat spam tidak akan diterbitkan. Terima kasih.

KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TAK TAHU

Wahhh dah kurus!!! Bestnya!!!  Bagi laa tips. "Saya buat diet Intermittent Fasting je" "Saya buat diet Keto" "Saya ...