7 Kesilapan Pengurusan Kewangan (Tiada Simpanan)
1. KESILAPAN : GAGAL MERANCANG
- Ramai yang tidak merancang kewangan. Sikap sambil lewa dan acuh tak acuh, menyebabkan kedudukan wang tersasar.
- Contoh : selalu membayar cukai yang tinggi, membiarkan pelaburan tidak berkembang dalam tempoh yang lama atau tidak bijak memilih produk pelaburan atau kewangan yang sesuai.
- Walaupun anda tergolong dalam golongan yang berpendapatan rendah, tabiat merancang kewangan perlu ada supaya anda menjadi orang yang berjaya mengumpul kewangan pada masa akan datang.
2. KESILAPAN : BERBELANJA MELEBIHI KEMAMPUAN
- Ini adalah kesilapan yang selalu orang lakukan, belanja tak ikut had atau belanja tak ukur badan sendiri.
- Bila ada saja jualan murah dihujung minggu, mulalah berbelanja tak ingat dunia. Kadang tu ada yang sanggup menghabiskan duit semata-mata mengikut trend terkini, kerana tak nak dianggap ketinggalan zaman.
- Akibatnya, baki yang tinggal sangat-sangatlah mampu bernafas setelah ditolak pinjaman rumah, kereta, kad kredit, bil-bil dan sebagainya.
3. KESILAPAN : BERBELANJA MENGGUNAKAN KAD KREDIT
- Tabiat menggunakan kredit kad ni adalah perkara biasa, dan kebanyakkan orang mempunyai kad kredit.
- Walaupun kad kredit ini adalah kemudahan tetapi ada yang menyalahgunakannya untuk bebas berbelanja dengan sewenang-wenangnya.
- Dengan bayaran minima setiap bulan, ramai yang berpotensi untuk terus berbelanja dan lama-kelamaan ia akan menjadi hutang yang menggunung di kemudian hari. Tidak mustahil ada yang menjadi muflis akibat tabiat ini.
- Oleh itu, pastikan anda menggunakan kad kredit secara berhemat. Dengan pembayaran secara minimum setiap bulan, anda mungkin boleh terus berbelanja tetapi harus diingat bahawa ia menyebabkan anda mengalami kerugian besar di belakang hari.
4. KESILAPAN : LEWAT MENABUNG UNTUK HARI TUA
- Untuk memulakan persaraan, anda harus memastikan bahawa anda mempunyai wang yang mencukupi untuk menampung gaya hidup yang diinginkan selepas bersara.
- Namun kebanyakkan ada yang masih bergelut untuk membuat simpanan semakin tiba hari persaraan.
- Setiap kali gaji naik, seharusnya jumlah simpanan juga naik tetapi ini berbeza, perbelanjaan pula yang naik. Contoh: pengubahsuaian rumah, membeli kerata baru dan sebagainya.
- Perbelanjaan sebegini yang membuatkan anda sukar menabung.
5. KESILAPAN : MELABUR DALAM PRODUK YANG TIDAK BERSESUAIAN
- Terdapat pelbagai produk pelaburan di pasaran. Untuk pastikan anda melabur dalam produk pelaburan yang betul dan memberikan ganjaran yang diingini, anda perlu mempunyai ilmu pengetahuan dan selok belok pelaburan itu.
- Jangan bergantung kepada kata-kata penasihat kewangan kerana ada juga yang mempunyai agenda tersendiri dan adakalanya mereka cuma ingin meningkatkan komisen dalam jualan mereka.
- Pastikan anda sudah meneliti segala-galanya sebelum membuat pelaburan.
6. KESILAPAN : TIDAK MENABUNG UNTUK WAKTU KECEMASAN
- Sesetengah orang menganggap pembelian insuran adalah pembaziran, tetapi ia amat perlu untuk masa hadapan jika berlaku sesuatu yang tidak diingini sehingga menyebabkan anda kehilangan pendapatan atau pekerjaan.
- Tanpa insuran atau wang simpanan, seluruh keluarga akanmerana dan ketika itu juga agak terlambat untuk memikirkan bagaimana ingn menambah sumber pendapatan yang lain dengan kadar segera.
7. KESILAPAN : TERLAMPAU MEMIKIRKAN WANG
- Dalam usaha memupuk tabiat ini, anda janganlah terlalu taksub mengumpul kekayaan tanpa memikirkan perkara lain yang amat bermakna dalam hidup anda seperti keluarga, kesihatan, kepuasan berkarier serta kawan-kawan.
- Tanpa ini, hidup tidak akan bermakna walaupun anda ada berjuta-juta ringgit dalam simpanan.
info: ringgit & sen MW
HUBUNGI
Ela Ramli
(Shaklee ID 1096765)
012-6203284
(whatsapp / sms / call)
FB : Rozila Ramli
COD Shaklee : Ayer Tawar, Sitiawan, Manjung, Lumut
PENGEPOSAN KE SELURUH MALAYSIA TERMASUK SABAH & SARAWAK
No comments:
Post a Comment
Mohon kerjasama anda supaya membuat ulasan dengan baik. Ulasan bersifat spam tidak akan diterbitkan. Terima kasih.