Tuesday, 23 October 2018

Amalan Tradisional Dan Doa-Doa Untuk Mendapatkan Zuriat

Masalah kesukaran mendapatkan zuriat setelah sekian lama berkahwin adalah masalah yang sangat-sangat mengganggu emosi pasangan suami isteri tersebut. Masalah ini mungkin berpunca daripada pihak lelaki ataupun perempuan, tidak boleh hanya menyalahkan sebelah pihak sahaja.

petua mendapatkan zuriat




Terdapat pelbagai perubatan yang dilakukan untuk mendapatkan zuriat. Kali ini saya ingin kongsikan tentang perubatan secara tradisional dan doa-doa harian.

Perubatan Tradisional

Wanita

1. Akar pokok tunjuk langit dimakan bagi kemandulan yang disebabkan oleh masalah rahim
2. Secekak akar semalu kering direbus dan diminum airnya bagi mengubati perempuan yang mandul.

Lelaki

1. Campuran buah badam, susu cair, telur kuning, madu dan halba (ramuan ini dimasak, dikisar dan diminum oleh suami dan isteri)
2. Suamin dan isteri digalakkan makan tauge mentah sebagi ulam-ulaman dan seeloknya tauge yang ditanam sendiri.
3. Air ibu kunyit dicampur dengan air limau nipis dan telur kuning ayam kampung (dimakan setiap pagi)


Amalan Kerohanian

Setelah berusaha dengan perubatan moden dan tradisional, kita haruslah berdoa dan sabar dan jangan mudah tertekan jika masih belum dikurniakan zuriat.

Semasa berdoa, kita hendaklah menaruh harapan 100% kepada Allah danyakin bahawa Allah berjuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. 

Mungkinjuga amalan berikut boleh diamalkan sebagai usaha memperoleh zuriat. Semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian mendapatkan zuriat.

Amalan Pertama

Selepas Fajar ataupun solat Subuh
  • Baca Bismillah sekali
  • Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3x
  • Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101x
  • Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan (Contoh: "Ya Allah, kurniakanlah kepada hambamu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat")
  • Kemudian tutup doa tersebut deng amembaca selawat 3x
Amalkan cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.


Amalan Kedua

  • Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan) sebanyak 11x sebelum mengadakan hubungan kelamin bersama isteri.
  • Isteri hendaklah membaca "Ya Awwal" (Yang tiada permulaan adaNya) 333x setiap hari.
  • Isteri hendaklah membaca setiap hari "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11x kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum
  • Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf/Maryam setiap hari.
Amalkan dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.


Doa yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh :

1. Ayat 38, surah Al-Imran
2. Ayat 89, surah Al-Anbiya

Amalkan membaca kedua-dua doa ini bersama dalam usaha untuk mendapatkan zuriat. Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan oleh syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah Allah SWT yang hebat ini.

info: MajalahPaMa


KLIK SINI UNTUK IKHTIAR SECARA MODEN

CERITA KEDUA





Sebarang pertanyaan boleh hubungi seperti dibawah:

HUBUNGI Ela Ramli
(Shaklee ID 1096765)

 012-6203284 (whatsapp / sms / call)

 FB : Rozila Ramli

 COD Shaklee : Ayer Tawar, Sitiawan, Manjung, Lumut

 PENGEPOSAN KE SELURUH MALAYSIA TERMASUK SABAH & SARAWAK

No comments:

Post a Comment

Mohon kerjasama anda supaya membuat ulasan dengan baik. Ulasan bersifat spam tidak akan diterbitkan. Terima kasih.

KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TAK TAHU

Wahhh dah kurus!!! Bestnya!!!  Bagi laa tips. "Saya buat diet Intermittent Fasting je" "Saya buat diet Keto" "Saya ...