Teruja apabila anda bakal menjadi seorang ibu, tambah-tambah bila nampak pakaian bayi. Terasa keseronokannya dan anda semakin ghairah membeli-belah pakaian si kecil. Anda mulai rambang mata melihatkan pakaian yang pelbagai rekaan dan warna. Jika turutkan hati, semuanya ingin dibeli. Betul tak?
Bagaimana anda memilih untuk bayi, mesti masa yang lama perlu diambil. Adakah ini sesuai? Warna, jenis kain, gaya dan harga menjadi masalah pemilihan. Berikut beberapa tip yang boleh membantu dalam menentukan pakaian baru yang tepat untuk buah hati anda:
Bagaimana anda memilih untuk bayi, mesti masa yang lama perlu diambil. Adakah ini sesuai? Warna, jenis kain, gaya dan harga menjadi masalah pemilihan. Berikut beberapa tip yang boleh membantu dalam menentukan pakaian baru yang tepat untuk buah hati anda:
- Elak membeli pakaian dari bahan sintetik seperti nilon dan poliester kerana bahan-bahan tersebut tidak mudah menyerap peluh. Ini boleh menyebabkan timbul bau badan bayi. Sebaiknya pilih bahan yang diperbuat daripada kapas kerana lebih mesra bayi.
- Cari pakaian longgar bagi memungkinkan" anak bebas bergerak. Ini kerana pakaian yang terlalu mengikut saiz tubuh akan menyebabkan luka atau iritasi apabila bergesel dengn kulit. Kulit bayi masih nipis, belum sempuna, tiada lapisan lemak tebal seperti orang dewasa. Bahkan pada usia setahun, lapisan kulit luar bayi 20 hingga 30 peratus lebih tipis berbanding dewasa. Selain itu, baju yang ketat akan membuat bayi sukar bergerak.
- Pilih pakaian yang mudah ditanggalkan semasa menukar lampin. Baju dengan butang di depan atau zip di bahagian belakang. Ini keranan pada usia tiga bulan bayi belum boleh meniarap, selain boleh menyakitkan tubuh bayi.
- Jangan memilih pakaian berkolar tebal dan keras yang membuat kulit leher bayi gatal. Pakaina seperti ini menyebabkan bayi berpeluh berlebihan. Namun begitu, ia boleh dipakai ketika udara sejuk.
- Elak memilih pakaian yang penuh kerutan dibahagian dada. Ini kerana jika terlalu sempit, kerutan akan menekan bahagian dada bayi sehingga bayi sesak nafas. Jika ada menyukai rekaan ini, pilih model kerutan yang agak longgar di dada.
- Memastikan pakaian dengan getah elastik di bahagian pinggang, lengan, paha dan pergelangan tangan yang tidak terlalu ketat. Selain berbekas pada kulit bayi dan menyakitkan, ia juga mengganggu aliran darah bayi.
- Sebaiknya hindari pakaian dengan aksesori butang, reben dan manik. Dikhuatiri bayi akan menarik atau tertelan.
- Basuh pakaian sebelum digunakan. Ini dapat mengurangkan tahap kandungan toksik yang selalunya terdapat pada pakaian baru.
- Elakkan daripada membeli pakaian bayi yang mempunyai corak huruf daripada bahan getah kerana dikhuatiri mengandungi bahan kimia phthalates.
- Memastikan bayi tidak memegang atau menghisap corak huruf getah pada pakaian.
- Carilah pakaian yang mempunyai eco-label.
HUBUNGI
Ela Ramli
(Shaklee ID 1096765)
012-6203284
(whatsapp / sms / call)
FB : Rozila Ramli
COD Shaklee : Ayer Tawar, Sitiawan, Manjung, Lumut
PENGEPOSAN KE SELURUH MALAYSIA TERMASUK SABAH & SARAWAK
No comments:
Post a Comment
Mohon kerjasama anda supaya membuat ulasan dengan baik. Ulasan bersifat spam tidak akan diterbitkan. Terima kasih.