Rambut semakin menipis membuatkan keyakinan diri juga semakin menipis. Betul dak? Masalah keguguran rambut merupakan mimpi ngeri kepada sesiapa yang menghadapinya, tak kira lelaki atau perempuan, terutamanya golongan muda yang gemarkan gaya terkini.
Dalam penjagaan rambut, ia bukan saja dijaga dengan hanya perlu dishampu setiap hari. Sebaliknya ia perlu dijaga dari dalam dan juga dari kulit kepala. Jika kulit kepala kita bersih, automatik rambut kita juga akan tumbuh dengan sihat dan bersinar. Oleh itu, penumpuan haruslah diberikan kepada kulit kepala dengan memberikan perapian dan vitamin yang cukup untuk kekal sihat tanpa sebarang masalah seperti kegatalan, kelemumur dan jangkitan kuman.
PENYEBAB RAMBUT GUGUR
Tekanan
- Tekanan dalam kerjaya atau kehidaupan menjadi pencetus kepada masalah keguguran rambut terutamanya lelaki.
Faktor genetik
- Ia boleh diwarisi daripada sebelah ibu atau bapa dan boleh berlaku terhadap lelaki ataupun wanita.
- Ia boleh menipiskan rambut tapi tidaklah sehingga menjadi botak. Keadaan ini dikenali sebagai Androgenetic Alopeciani dan ia bermula pada usia belasan tahun.
- Masalah ini terjadi secara berperingkat-peringkat. Masalah itu bermula dari kawasan tengah kepala, dan mampu merebak hingga ke seluruh kepala.
Faktor pemakanan
- Pemakanan yang tidak seimbang,kerap mengambil makanan berminyak, fast food dan makanan yang tidak cukup nutrien.
Faktor penuaan
- Ia adalah sebagai sebab sampingan kerana semakin kita meningkat usia menjadi semakin tua, sel-sel dan hormon didalam badan juga semakin berkurangan.
Faktor lain
- Penyakit tiroid, masalah sistem imunisasi, pengambilan dadah atau ubat-ubatan tertentu, kurang penjagaan rambut, trauma dan jangkitan kulit kepala boleh menyumbang kepada keguguran rambut dan botak.
CARA MENGATASI RAMBUT GUGUR
- Amalkan pemakanan yang seimbang. Meninggalkan diet secara keterlaluan boleh menyebabkan keguguran kerana hampir 90% komponen rambut terdiri daripada protein
- Diet yang tidak sihat dan kurang mengambil protein akan menjadikan rambut lemah dan mudah gugur.
- Rutin bershampu sekurang-kurangnya dua kali seminggu dan pemilihan sikat yang sesuai mampu mengurangkan keguguran rambut.
- Pengambilan vitamin dapat membantu mengurangkan keguguran rambut.
CALL/SMS/WHATAPPS : 012-6203284
FACEBOOK : ROZILA RAMLI
INSTAGRAM : shaklee_ela_ramli
PENGEDAR SHAKLEE AYER TAWAR
PENGEDAR SHAKLEE MANJUNG
PENGEDAR SHAKLEE SITIAWAN
PENGEDAR SHAKLEE LUMUT
COD : AYER TAWAR/SITIAWAN/MANJUNG/LUMUT
POSTAGE : SELURUH MALAYSIA
No comments:
Post a Comment
Mohon kerjasama anda supaya membuat ulasan dengan baik. Ulasan bersifat spam tidak akan diterbitkan. Terima kasih.