Thursday 9 February 2023

TEKNIK INTERMITTENT FASTING YANG BETUL

Apa itu INTERMITTENT FASTING?






Fasting = Puasa
Intermitten fasting = Puasa secara berkala

Intermitten fasting ini lebih kepada amalan dan perubahan gaya hidup dan corak pemakanan. Ia mengehadkan tempoh waktu makan, waktu tidak makan(puasa) akan dipanjangkan dan kekerapan makan akan dikurangkan.


Tempoh IF? Terpulang kepada individu samada:

4-8 jam
12/12
14/10
16/8
18/6
Omad

Apa yang dimaksudkan dengan 12/12 atau 16/8 adalah tempoh jam berpuasa dan tempoh jam waktu makan. Contohnya:
12 jam berpuasa dan 12 jam dibenarkan waktu makan.
Maksud berpuasa adalah puasa makan tapi boleh minum air kosong dan air tiada gula.
Masa berpuasa pula bergantung pada pilihan sendiri mengikut rutin harian. Waktu puasa termasuk waktu tidur, jika waktu makan malam anda adalah pukul 8 selepas anda makan dikira waktu anda berpuasa. Anda dibenarkan minum sahaja selepas waktu itu.

Bagi yang ingin memulakan Intermittent Fasting ini disarankan untuk bermula dengan 12/12. 12 jam puasa dan 12 jam makan. Cuba selama dua minggu dan seterusnya tingkatkan jam kepada 14/10  atau 16/8.

"Apa yang saya perlu makan semasa berbuka puasa?"



Ramai yang susah hati bila time berbuka puasa, sebenarnya anda boleh makan apa sahaja dalam tempoh makan tersebut. Cumanya anda perlu pandai sesuaikan dengan keperluan badan kerana ada juga pengamal IF bila mereka berbuka puasa, mereka menjadi terlalu lapar dan akan makan tanpa henti. Jadi untuk mengelakkan keadaan ini berlaku, disarankan anda memulakan dengan makanan ringan seperti buah, biskut, telur, sayur kemudian baru makanan yang berat. Makan dengan tenang dan jangan gelojoh.

Ada juga yang sambil ber IF mereka mengamalkan eat clean dan DSSS(diet suku suku separuh). Maksudnya semasa berbuka puasa mereka mengambil protein, sayur, kurang carbo atau tinggalkan carbo terus dan semestinya cut gula. Pada permulaan mungkin badan akan mengalami sedikit perubahan seperti keletihan bila kita tidak mengambil gula, tapi percayalah bila badan dah selesa tanpa gula kita akan rasa lebih sihat dan badan lebih ringan.

Bagaimana menahan diri dengan Intermittent Fasting?




  1. Minum air dengan secukupnya. 
  2. Kawal diri semasa berbuka, jangan makan ikut nafsu.
  3. Tetapkan matlamat dan kawal rutin harian sesuai dengan IF
  4. Elakkan makanan fast food, bergoreng dan gula.
  5. Sibukkan diri dengan aktiviti harian tanpa memikirkan tentang makanan.
  6. Pastikan tidur mencukupi
  7. Pilih makanan yang lebih sihat.





Kebaikan mengamalkan Intermittent Fasting.
  • Menurunkan paras gula dalam darah dan memperbaiki fungsi insulin
  • Membantu mengaktifkan proses detoksifikasi
  • Menukarkan badan menjadi mesin 'pembakaran lemak' yang efektif
  • Meningkatkan metabolisme
  • Membantu mengawal rasa lapar
  • Mengurangkan inflamasi dan risiko penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, pengakit jantung
  • Memperbaiki fungsi otak dan meningkatkan daya ingatan
  • Memperbaiki kesihatan usus
  • Meningkatkan sistem imun
  • Mencantikkan kulit

Bagaimana Intermittent Fasting membantu menurunkan berat badan?




Obesiti adalah masalah hormon. Insulin yang tinggi dan tidak berfungsi menyebabkan lebih banyak lemak disimpan didalam badan. Ini adalah faktor utama yang perlu diambil kira dalam menangani obesiti. Lebih kerap kita makan, lebih tinggi insulin dan lebih banyak lemak akan disimpan.

Oleh itu, dengan berpuasa akan merendahkan dan menstabilkan paras insulin, dan seterusnya menukarkan penggunaan sumber tenaga badan dan glukosa kepada pembakaran lemak yang lebih efektif.

Keberkesanan IF ini adalah subjektif, ada yang mampu dan tidak mampu, yang penting jangan stress. Fokus utamanya adalah PUASA, keduanya CUT GULA, ketiga KUANTITI  makanan dan keempat adalah APA YANG KITA MAKAN.

Jika kita berjaya kawal semuanya, makanya IF ini berjaya dan bonusnya kita akan dapat kesihatan yang lebih baik dan badan yang lebih sihat. Nak lebih best dan lebih berkesan dalam penurunan berat badan, anda boleh seiringkan dengan senaman.

Untuk pengetahuan, shaklee ada supplement yang dapat membantu proses intermittent fasting ini berjalan lancar. Nanti saya ceritakan di entry yang seterusnya. Insyaallah.

Boleh rujuk artikel ini juga berkaitan INTERMITTENT FASTING.

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleemanjung




No comments:

Post a Comment

Mohon kerjasama anda supaya membuat ulasan dengan baik. Ulasan bersifat spam tidak akan diterbitkan. Terima kasih.

KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TAK TAHU

Wahhh dah kurus!!! Bestnya!!!  Bagi laa tips. "Saya buat diet Intermittent Fasting je" "Saya buat diet Keto" "Saya ...