Setiap orang mesti menginginkan kulit yang putih, cantik, licin dan mulus.
Mereka sanggup melakukan bermacam-macam cara untuk dapatkan hasil yang diingini dan bukan sahaja kaum wanita bahkan kaum lelaki zaman sekarang pun mementingkan kecantikan wajah. Tetapi kecantikan wajah bukan hanya perlukan rawatan dari luar, ia juga perlu dijaga dari dalam. Sebab itu, pengambilan nutrisi dari makanan dan amalan yang betul akan mendapatkan kulit yang sihat.
1. AIR
- Air menjaga akar kulit agar sentiasa lembap, mengurangi garis-garis halus dan kerutan pada kulit, membantu sel untuk menyerap nutrisi dengan lebih baik dan mengeluarkan racun. Selain itu, air juga dapat membantu melancarkan aliran darah dan menjaga kulit agar tetap segar dan berseri.
2. SELENIUM
- Selenium merupakan mineral yang membantu melindungi sel-sel kulit dari radikal bebas. Selain itu, mineral ini juga berfungsi mencegah kanser. Anda boleh mendapatkan selenium dari makanan seperti kacang Brazil, udang, daging, ikan kod, tuna, salmon, kerangn, sardin dan tak kurang juga dari pasta gandum putih.
3. COENZYME Q10 (CoQ10)
- Coenzyme Q10 atau Coq10 merupakan antioksidan kuat yang dihasilkan di dalam tubuh secara semula jadi. Antioksidan ini melindungi kulit dan sel-sel tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas. Selain itu, ia juga terlibat di dalam penghasilan tenaga dan fungsi sistem kekebalan tubuh. Ia boleh didapati dari makanan seperti salmon, tuna, organ dalaman seperti hati serta bijirin penuh.
4. ANTIOKSIDAN UNTUK SEL SIHAT
- Antioksidan mencegah atau melambatkan kerosakan sel akibat radikal bebas. Kerosakan ini akan menyebabkan tanda-tanda penuaan seperti kerutan pada kulit dan kulit menjadi kering. Antioksidan boleh didapati dari semua jenis makanan khususnya buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna seperti pelbagai jenis beri, tomato, aprikot, labu, bayam, ubi jalar, cili, kacang soya dan limau.
5. VITAMIN A
- Ingin kulit yang cerah dan halus? Hanya tambahkan pengambilan makanan seperti limau atau lobak merah. Buah dan sayuran ini kaya dengan vitamin A yang membantu memelihara kelembapan lapisan kulit bawah. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan vitamin A dari sayuran hijau, telur dan produk susu rendah lemak seperti keju dan susu.
6. VITAMIN C
- Vitamin C membantu melindungi kulit dari sinar matahari. Selain itu, ia juga membantu memperbaiki kerosakan akibat radikal bebas. Radikal bebas umumnya merosakkan serat kulit seperti kolagen dan elastin. Vitamin ini juga boleh didapati dari makan seperti paprika merah dan buah sitrus, betik, kiwi dan sayuran hijau.
7. VITAMIN E
- Vitamin E merupakan antioksidan lain yang boleh mencegah kerosakan kulit akibat sinar matahari. Vitamin ini juga berperanan sebagai anti-peradangan dan menguatkan sistem kekebalan tubuh. Ia boleh didapati dari minyak sayur, kacang-kacangan, biji-bijian, buah zaitun, bayam, asparagus dan sayuran hijau.
8. ASID LEMAK ESSENSIAL
- Asid lemak esensial seperti omega-3 dan omega-6 membantu menghasilkan lapisan minyak pelindung semulajadi kulit serta mencegah timbulnya jerawat. Anda boleh mendapatkan minyak esensial ini dari minyak zaitun, minyak canola, biji rami serta jenis ikan seperti salmon, sardin dan makarel.
9. MINYAK SIHAT
- Antara jenis minyak yang lebih kaya asid lemak esensial dibandingkan dengan minyak komersial yang lain adalah seperti minyak zaitun muda. Minyak ini membantu melembapkan kulit dan menjga kulit agar kulit kelihatan lebih sihat dan berseri.
sumber: MINGGUAN WANITA BIL1381
Ini pula tips wajah sihat.
Jika anda inginkan produk seperti diatas, anda boleh KLIK ICON BELI SEKARANG.
CALL/SMS/WHATAPPS : 012-6203284
FACEBOOK : ROZILA RAMLI
INSTAGRAM : shaklee_ela_ramli
PENGEDAR SHAKLEE AYER TAWAR
PENGEDAR SHAKLEE MANJUNG
PENGEDAR SHAKLEE SITIAWAN
PENGEDAR SHAKLEE LUMUT
COD : AYER TAWAR/SITIAWAN/MANJUNG/LUMUT
POSTAGE : SELURUH MALAYSIA
No comments:
Post a Comment
Mohon kerjasama anda supaya membuat ulasan dengan baik. Ulasan bersifat spam tidak akan diterbitkan. Terima kasih.