Setiap kali tengok iklan produk kecantikan kat tv, dalam hati mesti berdetik 'Bestnye dapat kulit camtu, putih, bersih, mulus, gebu dan bebas jerawat. Cantik betul model ni, dah la kulit cantik, badan pun solid molid. Bila la aku nak dapat kulit macam tuuu.' Ini la yang selalu bermain kat fikiran kita, terutamanya kaum wanita. Tambah-tambah kalau usia dah meningkat macam saya ni, tanda-tanda penuaan dah mula muncul. Kalau tak percaya cuba tengok garis halus di bahagian mata, tepi bibir dan dahi. Setiap hari bila tengok kat cermin, mesti nampak kan. Semakin meningkat usia, kulit jugak semakin berubah. Saya kongsikan beberapa tips untuk kekal awet muda.
1. Bersihkan wajah dengan sempurna.
Ramai yang mengambil mudah soal pembersihan kulit. Mereka membersihkan kulit secara cincai hingga mendatangkan pelbagai masalah. Kulit yang tidak bersih akan mudah ditumbuhi jerawat. Lantaran, cara terbaik untuk memiliki kulit yang sihat dan cantik adalah penelitian ketika membersihkan wajah. Bagi korang yang gemar bersolek, pastikan wajah dibersihkan dengan penanggal solekan. Kemudian, barulah bersihkan kulit wajah dengan pencuci yang tepat. Macam saya, saya gunakan set Nutriwhite Shaklee.
2. Rawat kulit dari awal.
Jaga kulit wajah dari awal. Usia remaja adalah permulaan terbaik untuk anda mengenali jenis kulit dan menggunakan produk penjagaan yang sesuai. Dapatkan bantuan pakar untuk membantu anda memilih produk yang tepat. Penjagaan dari awal akan membuatkan kulit wajah kekal remaja.
3.Jaga kecantikan dalaman.
Harus diakui ada wanita yang mengabaikan penjagaan dalaman. Golongan ini hanya memfokuskan kepada penjagaan luaran seperti merawat wajah dan tubuh. Untuk tampil anggun dan awet muda, wanita mesti menjaga kecantikan dalaman. Amalkan mengambil jamu atau herba sejak dari zaman anak dara. Bagi yang tidak gemar cara tradisional, anda boleh mengambil suplemen. Pastikan anda membuat pilihan suplemen berasas bahan alami dan mengikut keperluan diri.Saya pula adalah pengamal tegar suplemen Shaklee yang selamat, semulajadi dan berkesan.
4. Rehat dan tidur mencukupi.
Tubuh dan wajah yang kurang rehat akan kelihatan lesu dan kusam. Agar wajah tampak segar dan tubuh bertenaga, pastikan anda mendapat rehat yang mencukupi. Usah bebankan diri dengan kerja yang keterlaluan, luangkan masa berehat selepas berpenat lelah. Selain itu, anda mesti bersidiplin menjaga waktu tidur. Tidur yang berkualiti akan membuatkan tubuh dan wajah tampak berseri. Ketika tidur, tubuh, minda dan wajah berehat. Ia juga membantu membaharui sel kulit. Hasilnya anda tampak muda dan ceria.
5. Masker tegangkan kulit.
Bagi yang tidak suka berkunjungke spa, cukup sekadar mengamalkan rejim kecantikan di rumah. Pastikan anda membersihkan wajah dengan sempurna, menggunakan penyegar dan mengoles wajah dengan pelembap. Agar kulit kelihatan tegang, cerah dan menawan, amalan penggunaan masker sekurang-kurangnya seminggu sekali. Masker boleh dibeli di pusat kecantikan atau farmasi atau anda juga boleh membuat sendiri di rumah dengan menggunakan bahan dari dapur seperti masker tomato, putih telur atau yogurt. Lumurkan pada wajah, biarkan kering kemudian bilas dengan air bersih. Saya pula lebih suka membuat masker menggunakan suplemen Shaklee, sambil makan sambil bermasker. Contohnya, setiap pagi saya akan minum ESP sebagai sarapan dan malam pula saya akan bermasker menggunakannya. Lebih jimat dan mudah.
6. Manja diri di spa.
Rawat tubuh dan wajah di spa, usah lolek untuk berbuat demikian. Tubuh yang letih perlu dirawat dengan baik. Anda boleh melakukan sauna herba, urutan dan skrub tubuh agar kulit menjadi halus menawan. Selain itu, lakukan perawatan wajah sebulan sekali di spa. Perawatan lengkap dengan persekitaran yang selesa adalah terapi untuk wanita kembali anggun.
Inginkan supplemen dan mengetahui lebih lanjut tentang supplemen Shaklee, boleh hubungi saya Rozila 012-6203284.
Klik sini untuk ketahui jenis-jenis kulit muka
Inginkan supplemen dan mengetahui lebih lanjut tentang supplemen Shaklee, boleh hubungi saya Rozila 012-6203284.
PENGEDAR SHAKLEE PERAK
PENGEDAR SHAKLEE MANJUNG
PENGEDAR SHAKLEE SITIAWAN
PENGEDAR SHAKLEE AYER TAWAR
PENGEDAR SHAKLEE LUMUT
No comments:
Post a Comment
Mohon kerjasama anda supaya membuat ulasan dengan baik. Ulasan bersifat spam tidak akan diterbitkan. Terima kasih.