Tuesday 18 September 2018

Proses Cepatkan Bersalin, Mitos dan Kebenaran


Sakit sangat tau. Nanti masa nak push tu tarik nafas panjang-panjang tau. 
Macam-macam nasihat yang diberikan kepada ibu hamil yang menunggu hari nak bersalin untuk mempercepatkan proses bersalin. Bagi yang hamil anak pertama mesti gemuruhnya lain macam, dan bagi ibu yang hamil anak kedua, ketiga dan seterusnya mungkin sudah berpengalaman tetapi setiap kehamilan mempunyai pengalaman yang berbeza-beza.

bersalin normal




Disini saya kongsikan Mitos dan Kebenaran tentang kesakitan semasa proses bersalin.


bersalin normal

Mitos 1 : Proses bersalin merupakan pengalaman yang amat menyakitkan

Kebenaran : Terdapat kajian yang mengatakan bahawa hanya 20% wanita berkata bahawa proses bersalin merupakan pengalaman yang amat menyakitkan. 20% lain mengatakan bahawa tahap kesakitan proses bersalin tidaklah begitu sakit dan 60% yang lain mengatakan bahawa tahap kesakitan hanyalah sederhana. Petanda fizikal bahawa wanita terasa kesakitan yang tinggi adalah jikalau pernah mengalami keguguran, pengguguran ataupun masalah haid. Petanda emosional termasuk tidak menerima kehamilannya, perasaan yang tidak stabil ddan mempunyai isu psikologi pada masa lalu. Manakala, petanda sosial pula termasuk usia yang muda, kehamilan pertama kali, suami yang mepunyai pandangan negatif atau tidak peduli semasa kehamilan serta tidak mempunyai pengetahuan yang tinggi.



Mitos 2 : Anda harus mempunyai daya ketahanan yang tinggi

Kebenaran : Daya ketahanan adalah berbeza untuk setiap orang dan kelas pra-kelahiran boleh membantu wanita untuk bersedia menghadapi waktu kelahiran si bayi yang ditunggu-tunggukan. Perkara terpenting untuk seorang wanita menangani proses bersalinnya bukanlah mempunyai daya ketahanan yang tinggi tetapi keyakinan diri. Interaksi bersama wanita hamil yang lain (dan bukan daya ketahanan yang tinggi) semasa menghadiri kelas pra-kelahiran membantu wanita hamil untuk berasa yakin dengan proses bersalin yang bakal menjelma.



Mitos 3 : Hanya ubat-ubatan sahaja yang boleh membantu dalam proses bersalin

Kebenaran : Walaupun ubat-ubatan dapat membantu wanita dalam menangani kesakitan semasa proses bersalin, ia boleh memberikan kesan yang dijangkakan. Terdapat pelbagai cara untuk menangani kesakitan proses bersalin yang tidak melibatkan ubat-ubatan, seperti doula. Menggunakan doula bukan sahaja boleh mengurangkan kesakitan tetapi ia boleh mengurangkan penggunaan forsep dan pembedahan Caesarean.



Mitos 4 : Menghilangkan kesakitan bermaksud mempunyai pengalaman bersalin yang lebih baik.

Kebenaran : Menurut kajian, wanita yang telah melalui proses bersalin yang indah bukanlah datang daripada wanita yang tidak terasa sakit semasa proses bersalinnya. Wanita yang menggunakan epidural (sesuatu ubat yang boleh mengurangkan rasa sakit) tidak mempunyai perasaan positif yang tinggi dalam pengalaman bersalinnya. Ini berbeza daripada wanita yang tidak menggunakan apa-apa ubat-ubatan kerana tahap kesakitan yang kurang tidak memberikan kesan kegembiraan semasa proses bersalin. Mempunyai kawalan terhadap keputusan yang dibuat adalah lebih penting daripada inginkan proses bersalin yang bebas daripada kesakitan.

info: panduankehamilan mamiBaby
=================================================

Testimoni 

[PENGALAMAN MANIS BERPANTANG ANAK KETIGA DENGAN SET BERPANTANG SHAKLEE]

.

Assalamualaikum. Saya Nurul Suwana Bt Abu Bakar berumur 31 tahun seorang ibu dan mempunyai 3 orang anak.
.

Sue ingin kongsikan pengalaman berpantang anak ketiga dengan set berpantang shaklee..bermulanya tahu diri hamil sue dah ambil set hamil setiap hari sehingga la bersalin..
.

kalau dulu bila tahu mengandung sue hanya ambil ubat yang klinik bekalkan. Bila makan jadi pening nak muntah mungkin tak sesuai dgn sue dan bila tak makan tekanan darah rendah..asyik kena marah dengan nurse sebab hb low nanti effect kepada baby. Sue juga ada masalah sembelit yg teruk dan selalu kejang kaki semasa kehamilan sebelum.
.

Tetapi berbeza dengan kehamilan ketiga ini..Sue amalkan set hamil shaklee, Pernah juga ada masalah hb low diawal kehamilan..itu pun disebabkan alahan tak boleh bau makanan..makan muntah, tapi tak lama kandungan masuk ke usia 4 bulan semuanya kembali normal.
.

sepanjang kehamilan ke 3 kurangnya kejang kaki kurang masalah sembelit dan hb kembali cantik..yang best nya hamil kali ni sue bebas kena kencing manis..anak yang dulu sue kena kencing manis sehingga terpaksa cucuk insulin..
.

sepanjang tempoh bersalin alhamdulillah tidak mengalami kontraksi yang lama, tiada koyakan bersalin, dan cepat discaj..sebelum masuk ke labour room sue mengambil 6 biji pil ostematrix untuk mengurangkan kontraksi.
.

selepas dibenarkan discaj sepanjang tempoh rawatan susulan jaundis anak diklinik tiada masalah dan kali ini tiada lg episod berkampung didalam wad seperti abang-abang yang lain.
.

Berpantang sendiri bersama dengan 2 orang hero sangat mencabar, nasib la sue ambil set pantang yg ada b complex membantu sue daripada stress dan meroyan dan lecithin mengurangkan bengkak susu.
.

selain daripada kekal bertenaga dengan set berpantang bonus yang sue dapat alhamdulillah susu meriah, sehingga kini awliya sudah berumur 1 tahun 2 bulan masih lagi menyusu badan berbanding abang-abang nya sebelum ini hanya sampai usia empat bulan sahaja.
.

set berpantang terbaik

Tiada lagi mimpi ngeri sembelit ketika berpantang. set berpantang yang sue ambil ialah vitalea, vitamin c, b complex, ostematrix, esp dan alfafa....Alhamdulillah sue yakin dgn pilihan sue kerana produk shaklee ini dijamin selamat , semulajadi dan berkesan.
.

Jika ibu-ibu tercari-cari set berpantang sue syorkan ibu-ibu mencuba set berpantang shaklee kerana sue sendiri dapat kesan positif yang sangat berbeza ketika berpantang sebelum ini..

ini lah shaklee effect Sue.



set berpantang



Ela Ramli 
(Shaklee ID 1096765) 

 012-6203284 whatsapp / sms / call) 

 r_rozila@yahoo.com (email) 

 COD Shaklee : Ayer Tawar, Sitiawan, Manjung, Lumut 

PENGEPOSAN KE SELURUH MALAYSIA TERMASUK SABAH & SARAWAK

No comments:

Post a Comment

Mohon kerjasama anda supaya membuat ulasan dengan baik. Ulasan bersifat spam tidak akan diterbitkan. Terima kasih.

KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TAK TAHU

Wahhh dah kurus!!! Bestnya!!!  Bagi laa tips. "Saya buat diet Intermittent Fasting je" "Saya buat diet Keto" "Saya ...