Sunday 26 February 2023

6 PERKARA KOMUNITI BISNES SHAKLEE BEST


SHAKLEE mungkin ada yang dah biasa dengar tentangnya. Orang biasa mungkin akan katakan ia adalah bisnes MLM seperti yang lain.
Ya mungkin benar apa yang dikatakan, bisnes MLM adalah bisnes networking dan paling mudah untuk semua orang join. Cuma ada sesetengah perkara yang boleh membezakan ia. 

APA YANG BEST TENTANG BISNES SHAKLEE?

Truely speaking, ia sangat-sangat best. Pada mulanya saya join bisnes ini bukan sekadar untuk menjual, saya JATUH CINTA DENGAN PRODUK SHAKLEE dan ia membuatkan saya ingin share tentang kebaikan produk ini kepada semua orang.Sebenarnya untuk kita memulakan sesuatu perkara, kita perlu untuk SUKA dan seterusnya barulah kita dapar menterjemahkan kepada orang lain betapa bagusnya perkara itu.

Sebenarnya Shaklee ini bukan sekadar bisnes menjual, banyak perkara lain lagi yang best dan menarik untuk anda ketahui.

  • UKHWAH HARMONI - bila kita mula join bisnes ini, kita akan dikelilingi oleh orang yang ingin berjaya bersama-sama, yang menarik kita untuk bangkit dan bersama menuju kejayaan. Bukan sekadar dunia bisnes tetapi lebih kepada satu keluarga. Tiada istilah "aku tolong dia buat apa, biar je la dia buat sendiri". NO NO NO. 

  • SALING SUPPORT - bisnes ini bukan sekadar berjaya seorang, ia adalah kejayaan bersama. Bisnes yang dibina dengan saling memberikan semangat dan kerjasama untuk berjaya. Jika seseorang berasa down kerana tiada sale, kami bukan meninggalkan dia tetapi kami memberi jalan dan idea untuk ia terus berusaha untuk mencari sale tersebut.

  • PENGISIAN ROHANI - YA, bisnes shaklee ni banyak memberikan pengisian rohani kepada saya. Komuniti shaklee ini sangat best kerana ia tergolong dari kalangan rakan-rakan yang berbeza latar belakang. Makanya ada ahli gruop yang selalu berkongsi tentang keberkatan rezeki dan siapakah pemberi rezeki yang kadangkala kita terleka ketika mengejar sale. Terlupa kepada Allah yang memberikan rahmat dan rezeki kepada kita.




  • UPGRADE KNOWLEDGE - YA, bisnes shaklee ini memerlukan kita berilmu, tapi pada permulaan mungkin kita kurang info-infonya sebab itu upline, gruop selalu membuat kelas-kelas info produk. Dengan adanya kelas-kelas ini dapatlah membantu kami untuk lebih memahami dan menjadi pengedar shaklee yang berpengetahuan. Shaklee juga ada mengadakan kelas nutrisi oleh Nutritionist Shaklee yang berkaliber.


  • IMPROVE SKILL - seetiap hari adalah hari untuk kita belajar. Dalam bisnes Shaklee ini, rejection customer bukan melemahkan kita tetapi menambahkan semangat kita. YA, kadangkala rejection ini akan membuatkan kita lemah dan down sebab itu lah komuniti shaklee ini best kerana kita akan saling share cara untuk mengatasi rejection. Kami akan selalu bercerita tentang pengalaman dan cara untuk mengatasinya dari itu kami dapat improve skill dalam menghadapi customer yang pelbagai ragam.


  • TRAVEL - siapa yang tak suka travel? Tipu laa kalau ada yang tak suka kan? Ini la yang best tentan komuniti shaklee ini. Kerana bila capat sesuatu kejayaan shaklee akan reward kita dengan percutian. Percutian yang bukan calang-calang dan bukan seorang-seorang, tetapi percutian beramai-ramai dan bersama-sama tidak mengira pangkat.


TERUJA KAN. Makanya kerana perkara-perkara inilah yang patut anda pertimbangkan dan join komuniti shaklee kami. Insyaallah kesihatan yang baik dengan produk yang berkualiti dan juga dengan circle yang terbaik untuk membina kejayaan bersama.

Hubungi :




No comments:

Post a Comment

Mohon kerjasama anda supaya membuat ulasan dengan baik. Ulasan bersifat spam tidak akan diterbitkan. Terima kasih.

KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TAK TAHU

Wahhh dah kurus!!! Bestnya!!!  Bagi laa tips. "Saya buat diet Intermittent Fasting je" "Saya buat diet Keto" "Saya ...