KUKU.
Sesetengah orang mengambil remeh soal penjagaan kuku. Mereka beranggapan bahagian ini tidak berapa penting seperti muka. Walhal bahagian ini adalah pintu masuk ke dalam badan kita. Kalau kuku panjang dan kotor, sudah tentu ia membawa berjuta-juta kuman dan bakteria.
3 PETUA PENJAGAAN KUKU
- MAYONESE : Masukkan jari ke dalam semangkuk mayones sekerap yang boleh. Biarkan jari-jari terendam di dalam mayones itu selama 5 minit. Selepas itu bilas dengan air suam.
- CUKA : Lembutkan terlebih dahulu kuku jari tangan dan kaki dengan merendamnya di dalam semangkuk cuka selama 5 minit. Setelah itu barulah disusuli dengan rawatan manikur.
- LEMON : Ambil sebiji lemon dan belah dua. Perahkan jus lemon ke dalam sebekas air dan rendamkan jari-jari ke dalam air tersebut. Jangan dibuat selalu kerana ia boleh menipiskan kuku.
6 TIPS PENJAGAAN KUKU
- Gunakanlah losen yang mengandungi pelembap atau minyak zaitun ke seluruh tubuh khususnya lengan, telapak kaki dan tangan. Ia akan membuat kulit, telapak tangan dan kaki menjadi halus serta melancarkan perjalanan darah.
- Pada waktu senggang, rendamlah telapak kaki ke dalam besen yang mengandungi air hangat yang dilarutkan dengan garam. Gosok secara perlahan-lahan pada bahagian telapak kaki dan celah-celah jari . Setelah itu bilas dengan air baru.
- Jika anda adalah pemakai sarung tangan ketika melakukan aktiviti, berikan ia udara dalam 30minit sekali. Setelah sarung tangan dibuka, lap atau cuci tangan menggunakan sabun hingga bersih dan keringkan sebelum memakai semula sarung tangan tersebut.
- Jangan memakai kasut yang ketat ataupun saiznya terlalu kecil, kerana ia boleh merosakkan kuku kaki. Selain itu, kasut yang ketat akan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan pada kaki.
- Potong kuku dengan betul. Seeloknya potong kuku selepas mandi kerana ketika itu kuku lebih lembut dan mudah dipotong.
- Pengambilan vitamin. Vitamin amat penting untuk tubuh badan kerana ia membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan.
3 VITAMIN UNTUK KUKU YANG SIHAT
- Vitamin yang mengandungi zat besi.Kuku rapuh boleh menjadi tanda kekurangan zat besi. Pengambilan makanan tambahan besi atau mengambil lebih banyak kacang, daging merah tanpa lemak dan hijau, sayur-sayuran berdaun. Ini semua mengandungi vitamin untuk kuku.
2. Vitamin B : kuku berlebihan, kering dan gelap bermakna anda tidak mendapat vitamin yang mencukupi.
3. Zink: Peningkatan bintik putih pada kuku adalah tanda anda perlu menambah lebih zink untuk diet anda. Jika anda tidak mahu mengambil makanan tambahan zink, sesetengah makanan yang tinggi kandungan zink termasuk coklat gelap, kacang tanah dan ayam belanda.
Dapatkan produk shaklee dan konsultasi secara percuma. Insyaallah yang terbaik dari Kak Yang. Sila klik ikon dibawah untuk membeli SET KUKU ini.
PM / Facebook : Rozila Ramli
Page : Vitaminku Sihat
Call / SMS / Whatsapp : 012-6203284
Emel : r_rozila@yahoo.com
PENGEDAR SHAKLEE PERAK
PENGEDAR SHAKLEE MANJUNG
PENGEDAR SHAKLEE LUMUT
PENGEDAR SHAKLEE SITIAWAN
PENGEDAR SHAKLEE AYER TAWAR
No comments:
Post a Comment
Mohon kerjasama anda supaya membuat ulasan dengan baik. Ulasan bersifat spam tidak akan diterbitkan. Terima kasih.