Wednesday 31 May 2017

ADAKAH IBU HAMIL DIBOLEHKAN PERGI BERCUTI?

Bermacam-macam pendapat mengenai percutian yang disertai oleh golongan ibu yang hamil. Ada pendapat yang mengatakan golongan ini tidak boleh bercuti. Mereka harus duduk berehat sahaja dirumah. 
Adakah anda berpendapat sebegitu juga?
Sebenarnya tanggapan ini perlu dibetulkan dengan berkongsi tips merancang percutian yang selamat dan selesa.

percutian ibu hamil

SEBELUM BERCUTI
  • BERTANYA DOKTOR : Biarpun anda rasa percutian itu selamat, tetapi tak salah kalau anda dapatkan pendapat dari doktor untuk lebih kepastian. Mungkin doktor akan memberikan beberapa pesanan 'penaja' kerana beliau lebih arif tentang kesihatan anda.
sesuaikah ibu hamil bercuti

  • MENEMPAH TIKET : Apabila menempah tiket, pilih yang lebih dekat dengan tandas dan duduk di bahagian laluan supaya anda lebih mudah untuk keluar dan masuk ke tandas.
sesuaikah ibu hamil bercuti


  • BAWA BUKU REKOD KESIHATAN BERSAMA : Pastikan buku rekod sentiada ada bersama supaya sebarang kes kecemasan dapat dipermudahkan.
sesuaikah ibu hamil bercuti

  • JIKA MENAIKI KAPAL TERBANG : Pastikan polisi penerbangan membenarkan ibu hamil menaiki kapal terbang. Ini kerana syarikat penerbangan mungkin ada menetapkan syarat tertentu kepada pelanggan yang hamil. Kebiasaannya, ibu hamil tidak dibenarkan menaiki kapal terbang apabila usia kandungan 8 bulan keatas.

sesuaikah ibu hamil bercuti

  • BEKALAN UBAT DAN VITAMIN : Pastikan bekalan vitamin dan ubat-ubatan mencukupi. Elakkan bercuti di negara-negara yang berisiko penyakit merbahaya. Mungkin anda boleh merancang untuk bercuti di dalam negara, Malaysia lebih selamat. Klik SINI untuk mengetahui vitamin yang sesuai semasa travel.


sesuaikah wanita hamil bercuti



Itu sedikit tips sebelum pergi bercuti. Ini pulak tips semasa pergi.

  • MENAIKI KAPAL TERBANG : Jika perjalanan tersebut mengambil masa yang lama, cuba bergerak atau berjalan-jalan untuk mengelakkan lenguh, kekejangan atau sakit belakang.
  • MENAIKI KERETA : Pastikan posisi adalah yang paling selesa sepanjang perjalanan. Berhentilah dengan kerap supaya dapat lakukan sedikit regangan dan badan akan lebih selesa.

sesuaikah ibu hamil pergi bercuti.

  • PAKAI TALI PINGGANG : Samada menaiki kapal terbang ataupun kereta, pastikan anda memakai tali pinggang dengan betul supaya kekal selesa sepanjang perjalanan. Pastikan satu tali melintasi antara kedua-dua payudara, manakala satu lagi tali yang melintang ditempatkan di bawah perut anda, bukan di atas perut.

wanita hamil memakai tali pinggang

  • BAWA BEKALAN MAKANAN : Ibu hamil kebiasaannya akan mengalami rasa letih dan rasa pening atau loya sepanjang perjalanan. Oleh itu, bawalah bekalan makanan atau snek sihat supaya memberi tenaga sepanjang perjalanan. 

sesuaikah ibu hamil bercuti


Dapatkan produk shaklee dan konsultasi secara percuma. Insyaallah yang terbaik dari Kak Yang. Sila klik SET HAMIL untuk membeli.

PM / Facebook : Rozila Ramli 
Page : Vitaminku Sihat 
Call / SMS / Whatsapp : 012-6203284 
Emel : r_rozila@yahoo.com 

PENGEDAR SHAKLEE PERAK 
PENGEDAR SHAKLEE MANJUNG 
PENGEDAR SHAKLEE LUMUT 
PENGEDAR SHAKLEE SITIAWAN 
PENGEDAR SHAKLEE AYER TAWAR

No comments:

Post a Comment

Mohon kerjasama anda supaya membuat ulasan dengan baik. Ulasan bersifat spam tidak akan diterbitkan. Terima kasih.

KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TAK TAHU

Wahhh dah kurus!!! Bestnya!!!  Bagi laa tips. "Saya buat diet Intermittent Fasting je" "Saya buat diet Keto" "Saya ...