Sunday 7 May 2017

PERCUTIAN KE BUKIT TINGGI-PADANG, INDONESIA DAY 2

Sambungan dari entry yang pertama tentang percutian ke Padang-Bukit Tinggi. Nak cerita banyak pun banyak yang dah lupa, so Kak Yang just share picture je eh. Selamat mencuci mata ye, memang banyak bergambar kali ini.


Hari kedua di Bukit Tinggi.








Persediaan awal sebelum memulakan perjalanan. Stok vitamin yang tak pernah tinggal, maklumlah di tempat orang lain keadaannya.


Bersama cousin yang comel-comel belako.


View di sini semuanya hijau sahaja. Sejuk mata memandang.



Pada hari kedua ini, tempat yang pertama yang dilawati adalah KEDAI SILVER. Di sini bermacam-macam aksesori berasaskan silver dijual dengan harga yang berpatutan. Sesiapa yang berminat boleh la kesini nanti. Kak Yang tak berapa suka, so kita duduk dan lihat je la.









Untuk pengetahuan, di sini dari satu tempat ke satu tempat yang lain semuanya jauh dan semuanya hanya pemandangan yang hijau sahaja. Tempat kedua persinggahan kami adalah kedai sulaman.




Kedai SULAMAN ANNISA ini adalah sebuah kedai yang menjual kain sulaman yang berkualiti. So macam biasa la harganya juga adalah sangat bersesuaian dengan nilai kualitinya. Kak Yang sempat juga la grab sehelai kain sarung, kat sini kena pandai tawar menawar ya. Nasib la my husband ni terer bab-bab macam ni, so kita serahkan pada yang arif.😊




Selepas bershoping kita teruskan perjalanan ke kilang tebu pula. 









Nampak tak dalam plastik tu? Gula tebu tu.


Yang putih tu kerepek.


Ini pula tempat proses gula tebu.


Disini proses membuat gula tebu adalah secara tradisional. Kerbau ini digunakan untuk memusingkan mesin itu dan untuk menggerakkan kerbau itu, ianya haruslah diberi makan terlebih dahulu. Nampak tak, pakcik tu sedang memberikan kerbau itu makan.


Glemer kerbau itu, semuanya nak bergambar dengan dia.hahahaha.


Sebelum memulakan kerja, mata kerbau itu perlulah ditutup dengan kain. Kata pakcik tu, kalau tak ditutup mata kerbau itu taknak bekerja kerana asyik dengan orang ramai yang memandang dia.hahaha.




Ini adalah persekitaran kilang gula tebu ini. Kilang ni takda la besar sangat. Comel je.




Ini tempat ketiga kunjungan kami. Tak ingat pulak namanya. Seriously, view sini memang cantik bangattt. Kat bawah sana tu, ada chalet kata supir tu. Walaupun cuaca panas, tapi udara sini segar dan sejuk je.


Kat sini pun ramai yang menjual. Nampak je van pelancong, terus dorang open table. Ikut hati semua nak beli, pandai-pandai korang la ye. Orang tu tengah offer telekung CT Khadijah kat makcik Kak Yang, nasib makcik tak terjebak.hihihihi


Macam-macam kedai menjual. 

Abis bergambar disini, tempat seterusnya adalah isi perut kosong la.






Makan tengah hari ini, kami makan nasi minang. Macam-macam lauk ada, semuanya sedap belaka. Dah kenyang sambung semula perjalanan kami, kali ini ke tempat shoping lagi iaitu Pasar Atas. Cadangnya nak pergi Pasar Aur Kuning, tapi Pak Supir kata disana kena berhati-hati banyak penyeluk saku dan kes pukau. Disana lebih murah kerana tempat orang memborong dalam kuantiti yang banyak.


Ini Jam Gadang di Pasar Atas.


Tu la Pasar Atas. Kak Yang shoping sakan kat sini, rasa macam semua nak beli. Amboiiiii...hahahah



Kereta kuda disediakan kalau korang nak pusing-pusing. Tapi hati-hati ye, tanya dulu tambangnya dan jangan pakai naik je. Sebenarnya tambangnya RM10 satu kepala, tapi kalau kita tak tanya dia akan caj RM50. Ingat tu.


Nak bergambar dengan kuda katanya. Muka cuak jugak tu.hahahha




Makan malam di Kawali Resto. Tempatnya memang exclusive, mewah dan cantik bangat.




Cantik kannn.


View dari atas.


Sempat kami berposing.


Habis sudah hari kedua di Bukit Tinggi, nanti Kak Yang sambung lagi untuk hari ketiga dan keempat ye. Kalau ada yang terlepas entry sebelum ini, boleh klik disini ye.

No comments:

Post a Comment

Mohon kerjasama anda supaya membuat ulasan dengan baik. Ulasan bersifat spam tidak akan diterbitkan. Terima kasih.

KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TAK TAHU

Wahhh dah kurus!!! Bestnya!!!  Bagi laa tips. "Saya buat diet Intermittent Fasting je" "Saya buat diet Keto" "Saya ...