Sunday 21 October 2018

Makanan Penting Untuk Ibu Hamil

Apakah makanan yang sesuai untuk ibu hamil? Jenis pemakana yang bagaimana sesuai untuk diamalkan? Untuk ibu hamil, pemakanan amat penting kerana apa yang anda makan akan mencerminkan anak anda yang bakal lahir nanti. Ketahui beberapa jenis zat terpenting yang sangat diperlukan semasa hamil.

makanan untuk ibu hamil


1. ASID FOLIK

  • Asid folik dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga dan pembentukan sel darah merah.
  • Dapat menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih.
  • Ia berfungsi sebagai ko enzim dalam sintesis DNA & RNA, ia penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat.
  • Zat ini juga boleh membantu dalam depresi dan kegelisahan.
  • Ia juga membantu mengatur pembentukan sel saraf embrio dan janin yang amat penting untuk tembesaran yang normal.
  • Asid folik sangat berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C. Pengambilan sebanyak 600mg sehari amat digalakkan untuk ibu hamil.

Sumber : Barli, daging lembu, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, sayuan berubi, ikan salmon, tuna, gandum dan bijirin.



2. ASID LEMAK OMEGA 3

  • Omega 3 diketahui merangsang otak. 
  • Omega 3 dan DHA sangat diperlukan dalam pembentukan sistem saraf pusat janin.
  • Kajian menunjukkan bahawa gangliosida berpengaruh pada struktur otak terutama fungsi belajar dan mengingat.
  • Ada kajian menunjukkan byi yang menjalani ujian perkembangna mental mendapat skor yang tinggi apabila ibunya makan telur yang mengandungi banyak omega 3 semasa kehamilan

Sumber : Ikan, minyak ikan, bijirin dan telur omega 3 serta susu yang diperkaya dengan omega 3.


3. PROTEIN

  • Ketika hamil, badan anda bekerja keras untuk membentuk sel-sel otak bayi. Jadi ia memerlukan tambahan protein.
  • Ibu hamil memerlukan protein yang lebih banyak pada masa hamil.
  • Ini kerana ia aamt penting untuk pertumbuhan jaringan pada janin. 
  • Ibu hamil memerlukan sekitar 75g protein iaitu lebih 25g berbanding biasa.

Sumber : Sumber haiwan seperti daging, ayam, ikan, telur, dan produk tenusu. Manakala sumber protein ialah kekacang, soya dan produk soya, biji-bijian dan sayuran hijau.


4. ZAT BESI

  • Zat besi memainkan peranan penting dalam pengangkutan oksigen daripada paru-paru ke tisu.
  • Zat besi bergabung dengan oksigen di dalam paru-paru dan melepaskan oksigen dalam tisu-tisu yang memerlukan.
  • Ia digunakan dalam pembuatan hemoglobin dan berperanan penting dalam fungsi normal imuniti.
  • Sepanjang kehamilan, penggunaan zat besi akan bertambah 2x ganda untuk memenuhi keprluan ibu dan bayi. Jika tidak, ibu akan mudah penat dan mudah mendapat jangkitan penyakit.
  • Risiko melahirkan bayi tidak cukup bulan dn kurang berat turu berlaku.
  • Keperluan zat besi ibu hamil ialah 27mg sehari.

Sumber : Hati, tiram, kerang, buah pinggang, daging tanpa lema, ayam/itik dan ikan. Manakala kekacang dansayur yang dikeringkan adalah sumber zat besi yang baik daripada tumbuhan. Pil vitamin mengandungi zat besi atau sarapan pagi yang diperkaya dengan zat besi turut membantu.


5. KALSIUM

  • Kalsium adalah mineral yang terbanyak erdapat dalam badan kita iaitu lebih daripada 90% bahan kerasa dalam tulang dan gigi.
  • Ia diperlukan untuk pembentukan dan bagi mengekalkan tulang yang kuat serta gigi yang sihat.
  • Ia juga untuk pembekuan darah, penghatan gerak balas saraf, dan kontraksi otot.
  • Kalsium amat penting untuk mencegah osteoporosis.
  • Sewaktu hamil, janin akan mengambil sekitar 25g-30g sehari daripada ibunya. Pengambilan tertinggi adalah pada trimester ketiha kehamilan.
  • Jika bekalan kalsium tidak mencukupi, janin akan mengambil kalsium daripada tulang ibu. Sebab itu, ibu perlu memastikan yang pengambilan sumber kalsiumnya mencukupi untuk menampung keperluannya sekitar 1000mg.

Sumber : Produk tenusu seperti yogurt, keju, sayuran hijau dan bijirin seperti soya.


info : eskklusifPa&Ma mac 2011



Cadangan Set Hamil Shaklee untuk ibu hamil.



nutrisi ibu hamil


nutrisi ibu hamil



nutrisi ibu hamil



nutrisi ibu hamil



Klik sini untuk pembelian secara online

atau


HUBUNGI Ela Ramli 
(Shaklee ID 1096765) 

 012-6203284 (whatsapp / sms / call) 

 FB : Rozila Ramli 

 COD Shaklee : Ayer Tawar, Sitiawan, Manjung, Lumut 

 PENGEPOSAN KE SELURUH MALAYSIA TERMASUK SABAH & SARAWAK

No comments:

Post a Comment

Mohon kerjasama anda supaya membuat ulasan dengan baik. Ulasan bersifat spam tidak akan diterbitkan. Terima kasih.

KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TAK TAHU

Wahhh dah kurus!!! Bestnya!!!  Bagi laa tips. "Saya buat diet Intermittent Fasting je" "Saya buat diet Keto" "Saya ...