Saturday 3 June 2017

TIP KAWAL EMOSI KETIKA DI BULAN PUASA

Wanita dan emosi tidak dapat dipisahkan. Hidup wanita dipenuhi pelbagai emosi, kadangkala baik dan kadangkala ribut taufan. Wanita mempunyai emosi yang kurang stabil berbanding lelaki yang lebih stabil. Perkara ini terjadi disebabkan perubahan hormon dan faktor-faktor persekitaran.


tip kawal emosi

tip kawal emosi

TIP MENGAWAL EMOSI


  • BERTENANG DAN MENDIAMKAN DIRI : Jika kita berada dalam keadaan yang beremosi, disarankan supaya kita mendiamkan diri bagi mengelakkan diri daripada melafazkan atau melakukan perkara yang tidak wajar. Mendiamkan diri dan bertenang mampu mengurangkan emosi dan ketika itu, fikiran kita akan kembali tenang dan menjadi lebih rasional dalam menangani emosi tersebut.

  • KAWAL PERNAFASAN : Mungkin ia kedengaran pelik tetapi ia adalah satu terapi diri. Contohnya jika kita berada dalam emosi marah, kadar denyutan jantung dan tekanan darah akan meningkat. Kadangkala emosi ini akan memberikan kita penyakit yang membawa kepada kematian. Seeloknya cuba bernafas secara normal, tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung dan lepaskan melalui mulut. Buat berulang kali sehingga anda berasa tenang.

  • KAWAL TINGKAH LAKU : Sewaktu berpuasalah kita banyak diuji dengan pelbagai dugaan. Sebab itu kita digalakkan untuk menjaga tingkah laku dan pertuturan agar ibadah puasa menjadi lebih afdal. Oleh itu, cuba didik diri untuk menjadi seorang yang penyabar dalam mengendalikan emosi.

  • LUAHKAN PERASAAN KEPADA ORANG YANG DIPERCAYAI : Jangan terlalu menyimpan perasaan atau memendamnya seorang diri. Cuba cari seseorang yang dipercayai dan luahkan kepadanya apa yang anda rasa. Sekurang-kurangnya cara ini akan membebaskan diri anda daripada perasaan yang membebani diri sendiri.

  • FIKIRKAN PERKARA YANG MENGEMBIRAKAN : Cari sesuatu yang melucukan supaya ia boleh menukarkan emosi anda kepada sesuatu yang menggembirakan. Cara ini cukup berkesan untuk mengembalikan ketenangan ke dalam diri.

  • AMBIL WUDUK DAN SOLAT : Bagi yang beragama Islam, ini adalah jalan terbaik untuk kita mengawal emosi. Jika kita berada dalam keadaan marah, cepat-cepat ambil wuduk. Marah dikaitkan dengan api dan api hanya boleh dipadamkan dengan air. Oleh itu, ambil wuduk dan tunaikan solat sunat 2 rakaat. InsyaAllah, anda akan rasa perasaan setenang-tenangnya.
Oleh itu, sayangilah diri anda dengan mengawal emosi yang bertandang dalam jiwa. Gunakanlah bulan Ramadhan ini untuk mendidik dan menundukkan segala nafsu yang menjelma dalam diri agar amal ibadat kita mendapat keredhaanNya.



Dapatkan produk shaklee dan konsultasi secara percuma. Insyaallah yang terbaik dari Kak Yang. Sila klik ikon dibawah untuk membeli SET KAWAL EMOSI ini. 


PM / Facebook : Rozila Ramli 
Page : Vitaminku Sihat 
Call / SMS / Whatsapp : 012-6203284 
Emel : r_rozila@yahoo.com 

 PENGEDAR SHAKLEE PERAK 
PENGEDAR SHAKLEE MANJUNG 
PENGEDAR SHAKLEE LUMUT 
PENGEDAR SHAKLEE SITIAWAN 
PENGEDAR SHAKLEE AYER TAWAR

No comments:

Post a Comment

Mohon kerjasama anda supaya membuat ulasan dengan baik. Ulasan bersifat spam tidak akan diterbitkan. Terima kasih.

KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TAK TAHU

Wahhh dah kurus!!! Bestnya!!!  Bagi laa tips. "Saya buat diet Intermittent Fasting je" "Saya buat diet Keto" "Saya ...