• Air garam

Kaedah tradisional ini amat popular dan telah dilaksanakan sejak zaman dahulu lagi. Anda boleh berkumur dengan air garam dua atau tiga kali sehari bagi mengurangkan kesakitan atau mematikan kuman yang mengakibatkan ulser. Anda juga boleh meletakkan sedikit garam di atas ulser tersebut, tetapi anda harus kuat kerana ia sangat pedih tetapi ia mendatangkan hasil. 
tips ubati ulser mulut

  • Air kelapa

Kenaikan suhu tubuh manusia juga merupakan salah satu penyebab berlaku ulser. Oleh yang demikian, adalah penting bagi seseorang itu minum air mencukupi atau amalkan minum air kelapa untuk mengimbangi suhu badan.
tips ubati ulser mulut


  • Marjerin

Mungkin ramai tidak tahu marjerin berupaya menyembuhkan ulser mulut. Anda hanya perlu letakkan marjerin di sekitar kawasan terkena ulser dan ulangi sehingga ulser betul-betul sembuh. Petua ini sesuai bagi kanak-kanak kerana tidak menyakitkan.

tips ubati ulser mulut

  • Madu

Umum mengetahui kebaikan dan manfaat madu terhadap kesihatan. Agen pembunuh bakteria yang terkandung dalam madu mampu menyembuhkan luka dan jangkitan dengan cepat. Begitu juga ulser, madu mampu merawat penyakit tersebut dengan berkesan.
tips ubati ulser mulut

  • Soda penaik

Soda penaik dipercayai mampu menyembuhkan luka termasuk ulser. Dengan campuran bersama sedikit air suam, ia boleh di letakkan di bahagian yang dijangkiti ulser untuk penyembuhan pantas.

tips ubati ulser mulut