Wednesday 24 May 2017

9 CARA MERANCANG KEHAMILAN

Ramai wanita diluar sana menghadapi masalah bagaimana untuk merancang kehamilan. Masing-masing buntu memikirkan cara yang sesuai dengan badan mereka. Ada yang takut dengan kesan-kesan sampingan daripada kaedah-kaedah yang dicadangkan oleh doktor. Disini Kak Yang berikan pilihan merancang kehamilan, mungkin ada yang sesuai untuk anda.


cara rancang kehamilan



1. PIL KONTRASEPTIF



cara merancang kehamilan

  • Ini adalah pilihan ramai wanita sebagai langkah pertama mencegah kehamilan.
  • Pil ini dikatakan dapat mencegah penyakit inflamasi pelvis dan kanser ovari dan endometrial.
  • Pil ini selamat bagi kebanyakan wanita kecuali wanita yang merokok atau yang mempunyai sejarah keluarga yang berpenyakit jantung.
  • Pil ini mengandungi hormon estrogen dan progestin atau mengandungi hanya hormon progestin.

2. SUNTIKAN PROGESTIN DAN PROGESTERON

suntikan halang kehamilan
  • Kehamilan boleh dicegah sehingga tempoh 3 bulan dengan suntikan Depo Provera.
  • Depo Provera mengandungi hormon yang hampir serupa dengan progesteron. 
  • Bagi wanita yang memilih cara ini, dianggarkan sejumlah 0.3% akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun pertama.

3. IMPLAN 'NORPLANT'

cara cegah kehamilan
  • Ini adalah hormon progestin sintetik.
  • Ia terdiri daripada 6 kapsul kecil yang fleksibel yang ditanam di bawah kulit lengan bahagian atas.
  • Ia boleh mencegah kehamilan secara berkesan selama 5 tahun.
  • Dianggarkan sejumlah 0.1% akan mengalmai kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama.

4.  ALAT INSTRAUTERIN (IUD)

cara rancang kehamilan

  • Alat berbentuk 'T' dimasukkan ke dalam uterus oleh doktor. Ia adalah alat yang fleksibel.
  • Paragard Copper T380A yang melindungi terhadap kehamilan selama 10 tahun
  • Progestasert Progesterone T yang perlu diganti setiap tahun.
  • Dianggarkan 3-5% wanita akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun pertama.

5. SPAN (SPONGE)
  • Span mengeluarkan gel spermisida dan bertindak menghalang serta membunuh sperma atau merencatkan pergerakan sperma sebelum sampai ke serviks dan masuk ke uterus.
  • Span boleh dimasukkan beberapa jam sebelum melakukan hubungan seks dan boleh dibiarkan selama 12 jam selepas seks.

6. DIAPHRAGM


cara rancang kehamilan
  • Saiz diaphragm boleh diubah oleh doktor untuk disesuaikan dengan wanita tersebut.
  • Ia berfungsi menghalang sperma daripada memasuki uterus.
  • Spermisida digunakan bersama diaphragm untuk membunuh sperma.
  • Diaphragm boleh dibiarkan selam 6jam. 
  • Dianggarkan sebanyak 6% kehamilan akan berlaku jika ia digunakan dengan betul dan konsisten.

7. PENGHALANG SERVIKS


cara rancang kehamilan

  • Ia hampir serupa dengan diaphragm yang boleh diubah saiz mengikut individu.
  • Ia boleh mencegah daripada hamil bagi tempoh 48jam dan dalam tempoh ini aktiviti seks boleh diulangi.
  • Dianggarkan sebanyak 9% kehamilan akan berlaku jika digunakan dengan konsisten dan betul.

8. SPERMISIDA VAGINA



spermisida vagina

  • Ia dijual dalam bentuk krim, aerosol atau tablet.
  • Ia mengandungi bahan kimia yang mampu membunuh, merencatkan pergerakan sperma dan mengurangkan keupayaan sperma bersenyawa dengan telur.
  • Kadar keberkesannannya adalah diragui kerana peratusan kegagalan amat tinggi. 
  • Ia mesti digunakan secara kombinasi dengan kaedah kontraseptif yang lain.

9. KAEDAH SEMULA JADI



cara tau waktu subur

  • Pasangan yang memilih kaedah ini harus memastikan tempoh kesuburan wanita.
  • Pasangan yang memilih kaedah ini tidak boleh melakukan seks pada hari-hari yang dikatakan subur.
sumber:Majalah Wanita Julai 2015



Dapatkan produk shaklee dan konsultasi secara percuma. Insyaallah yang terbaik dari Kak Yang. Klik ikon BELI SEKARANG untuk membeli GLA COMPLEX yang sesuai digunakan untuk merancang kehamilan.


 GLA






PM / Facebook : Rozila Ramli 
Page : Vitaminku Sihat 
Call / SMS / Whatsapp : 012-6203284 
Emel : r_rozila@yahoo.com 

PENGEDAR SHAKLEE PERAK 
PENGEDAR SHAKLEE MANJUNG 
PENGEDAR SHAKLEE LUMUT 
PENGEDAR SHAKLEE SITIAWAN 
PENGEDAR SHAKLEE AYER TAWAR

No comments:

Post a Comment

Mohon kerjasama anda supaya membuat ulasan dengan baik. Ulasan bersifat spam tidak akan diterbitkan. Terima kasih.

KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TAK TAHU

Wahhh dah kurus!!! Bestnya!!!  Bagi laa tips. "Saya buat diet Intermittent Fasting je" "Saya buat diet Keto" "Saya ...