Wednesday 19 April 2017

TIPS KEKAL BERTENAGA SEPANJANG BERPUASA

Siang malam siang malam,kejap saja masa berlalu. Sekarang ni bulan Rejab,pastu Syaaban,pastu Ramadhan. Bulan Ramadhan,bulan yang memang dinanti-nantikan. Betul tak? Siapa yang tak suka kan, bulan yang penuh keberkatan.Tetapi bila tiba bulan puasa ni, bermacam-macam benda jugak akan terjadi. Tetiba gastrik la, mengantuk sesangat la, lemah longlai la dan tak bermaya.

tip kekal cergas dibulan puasa



Jadi apa persediaan korang menyambut bulan puasa ni?  Bagi Kak Yang persediaan yang paling sesuai adalah berpuasa sunat Isnin dan Khamis. Kita ajar sikit perut supaya takda la terkejut nanti kan.


Disini Kak Yang nak kongsikan pemakanan yang sesuai untuk memberi tenaga kepada kita sepanjang berpuasa.


  • Banyakkan minum air kosong dan elakkan air manis, air berkarbonat dan ais kerana ia akan membuatkan kita lagi letih.

tips kekal bertenaga di bulan puasa
  • Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Kurangkan makanan berminyak ataupun tinggalkan terus makanan berminyak dan bergoreng.
  • Makan makanan yang lengkap dengan gizi makanan. Contohnya, karbohidrat, protein, serat. Kerana jika kita kurang serat boleh menyebabkan sembelit, maklumla bulan puasa kurang air.
makanan sihat dibulan puasa

  • Makanlah kurma kerana ia sangat baik untuk perut. Ia akan membuatkan kita sentiasa kenyang, sebab tu Rasullullah sukakannya.
  • Ambil makanan tambahan seperti vitamin kerana ia sangat perlu untuk melengkapkan keperluan nutrien badan kita.


Kak Yang sangat mengesyorkan makanan tambahan ini kerana ia akan memberikan tenaga berpanjangan pada bulan puasa nanti. Ye la...nanti takda la melepek je sepanjang hari berpuasa,sampai tak boleh nak buat apa-apa kan. Nak tidur je kerjanya,tu dah makruh tau. Sambil-sambil tu, bagi yang inginkan bentuk badan idaman  boleh la berpuasa dan menjaga makan dengan baik-baik ye. Jika tidak, ada pulak yang menambah berat badan di bulan puasa nanti.


tips kekal cergas dibulan puasa 



tips kekal bertenaga dibulan puasa




cara kekalkan tenaga sepanjang berpuasa 




tips bertenaga dibulan puasa



Sepatutnya bulan puasa ni la masa kita menambah pahala. Aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang bulan puasa.


  1. Banyakkan membaca Al-quran. Lagi banyak kita baca,lagi tajam pemikiran kita.
  2. Banyakkan berselawat. Puji-pujian kepada Allah dan Rasul.
  3. Banyakkan bersedekah. Lagi banyak bersedekah,lagi murah rezeki kita.
  4. Jaga mata,lidah,tangan,kaki dan seluruh anggota badan.
  5. Tinggalkan perkara yang lagha.
  6. Berbaik sesama kita.
  7. Bertarawikh 
  8. Banyakkan solat tahajud,hajat dan solat sunat.

Insyaallah,semoga bulan Ramadhan memberi seribu kerahmatan kepada kita.

Jika anda inginkan vitamin-vitamin ini, boleh hubungi nombor dibawah.



CALL/SMS/WHATAPPS : 012-6203284 

 FACEBOOK : ROZILA RAMLI 

 INSTAGRAM : shaklee_ela_ramli 

 PENGEDAR SHAKLEE AYER TAWAR 
 PENGEDAR SHAKLEE MANJUNG 
 PENGEDAR SHAKLEE SITIAWAN 
 PENGEDAR SHAKLEE LUMUT 

 COD : AYER TAWAR/SITIAWAN/MANJUNG/LUMUT 

 POSTAGE : SELURUH MALAYSIA

No comments:

Post a Comment

Mohon kerjasama anda supaya membuat ulasan dengan baik. Ulasan bersifat spam tidak akan diterbitkan. Terima kasih.

KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TAK TAHU

Wahhh dah kurus!!! Bestnya!!!  Bagi laa tips. "Saya buat diet Intermittent Fasting je" "Saya buat diet Keto" "Saya ...