Tuesday 6 September 2016

KAD DEBIT KENA BLOCK: TAK BOLEH BUAT PEMBELIAN ONLINE

Alhamdulillah

Akhirnya dah boleh beli online sendiri, sebelum ni mintak tolong mami tinie je belikan, sebab ade masalah dengan card maybank. Padahal sebelum ni memang dah pernah beli guna card ni.


Image result for kad debit maybank


Alkisahnya,2 bulan yang lepas nak buat pembelian melalui web shaklee.  Macam biasa ikut step by step untuk pembelian barang, then bila klik button confirm, terus keluar popup " Decline-inactive card or card not authorized for card-not-present transaction" . Eh, pehal ni dan terus cuak.  Dalam otak pikir, kad aku kene hack ke?? ada orang curi duit aku ke?? Macam-macam yang dipikirkan. Pastu terus tanya mami dan mami suggest call HQ Shaklee, mane tau dorang boleh tolong.  Bila call HQ, dorang pun tak boleh nak tolong dan cadangkan untuk berurusan terus dengan pihak Maybank.

Nak pegi bank pun kena set time betul-betul.  Hari jumaat je la yang sesuai untuk pergi bank, time tu masa rehat panjang sikit kan. Alhamdulillah, orang pun tak bape ramai dan urusan pun mudah sangat. Cara penyelesaiannya cuma perlu hubungi customer service maybank dan minta mereka aktifkan kad tersebut. Mengikut kata pihak bank, mereka tidak lagi mempunyai kuasa untuk menyelesaikan masalah begini kerana HQ maybank telah menyerahkan tugas tersebut kepada customer service.  Ok la kalau macam tu kan.


Image result for customer service maybank

Call 1 300 88 6688 talian customer servise. Tak lama sangat music ringingnya, terus dilayan oleh pihak MGCC.  Macam biasa perlu jawab soalan keselamatan supaya dapat mengaktifkan kad tersebut.  Mudah dan senang prosesnya dan kad dah boleh guna untuk pembelian barang secara atas talian.

Bila call MGCC ni teringat zaman-zaman muda remaja masa tu ahkak keje kat situ. MGCC ni kat Bukit Jelutong, Shah Alam dan masa tu tinggal kat Sungai Besi. Jauh kan, tapi tu la pengalaman bekerja.  Dah melalut la pulak, moral of the story pape masalah dengan kad debit boleh call je customer service, tak payah buang minyak dan masa nak pergi bank. Pastu terkejar-kejar nak pegi lunch sebab perut dah lapar.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Tapi kalau kengkawan jenis yang bizi memanjang, sume keje terkejar-kejar.  Ahkak cadangkan supaya ambil makanan yang berat sikit masa breakfast, nanti takde la lapar sangat kan. Takpun ambil lunch yang senang sikit, jangan la drive tru je sebab tak elok fast food ni.  Baik kengkawan try ambil protein ESP masa breakfast, campur sikit dengan milo, takpun campur sunquick sedap giler. Kenyang pun kenyang, mudah pun mudah, khasiat pun khasiat.



Sempena bulan promosi, ESP ni harga murah berbaloi-baloi beli 6 canister free 1. Best kan? Kalau taknak beli 6 pun takpa, beli 1 tetap harga murah.  Kalau nak tau lebih lanjut, roger je ahkak okay.  




CALL/SMS/WHATAPPS : 012-6203284 

FACEBOOK : ROZILA RAMLI 

INSTAGRAM : shaklee_ela_ramli 

PENGEDAR SHAKLEE AYER TAWAR 

COD : AYER TAWAR/SITIAWAN/MANJUNG/LUMUT 

POSTAGE : SELURUH MALAYSIA

Monday 5 September 2016

HILANGKAN KEYAKINAN DIRI KERANA STRETCH MARKS TAK HILANG-HILANG

Walaupun stretch marks ini didalam dan tiada siapa yang tahu kewujudannya tetapi kita tetap akan ada perasaan tidak selesa dan tidak yakin kan. Sudah sifat wanita itu sukakan kecantikan, jadi kita tak boleh lari dari inginkan kesempurnaan tubuh badan. Jom kita baca pengalaman ibu ini dalam mengatasi masalah stretch mark yang hodoh dan menakutkan ini.


Perkongsian dari Puan NURUL HAZWANI HAMZAH.


Stretch marks. Ramai ibu-ibu yang mengalami masalah ini sepanjang kehamilan, terutama sekali apabila kandungan mencecah 8 bulan ke atas. Rasa stress setiap kali terpandang rekahan pada kulit yang dulu licin dan sekata.

Untuk saya, saya mengalami stretch mark jauh lebih awal. Seawal menjengah alam remaja; 13-14 tahun. Awal kan? Saya dulu, sangat kurus sewaktu di sekolah rendah. Apabila memasuki sekolah menengah, ditambah dengan perubahan hormon, (baru nak up orang kata) saya mula dapat berat seimbang.

Tapi kesannya, saya mula perasan terdapat stretch marks pada kawasan-kawasan tertentu pada tubuh saya. Gelap dan hodoh. Memang sebagai remaja, saya akui saya rasa sangat rendah diri. 
Masalah ini tidak pernah selesai, sehinggalah bertahun-tahun kemudian.


Suatu hari, kalau tak silap pada 2012, Master Hadha perkenalkan saya dengan ESP. Asalnya beliau beri saya cuba segelas di rumahnya. Kata Master Hadha, bagus untuk lapik perut sambil boleh meningkatkan metabolisme, maklumlah saya bekerja shift adakalanya makan tak menentu lagi pula letih melayan Adam Dzikri yang baru menginjak 2 tahun masa tu.

Seteguk saya rasa, mm sedap. Saya beli 1 canister ESP dengan harapan siapa tak nak kurus kan? Hehe. Pada suatu hari, lebih kurang 2 bulan selepas mengamalkan ESP, saya perasan yang garisan gelap stretch marks pada tubuh saya semakin pudar. Eh, biar benar, detik hati saya. Untuk kepastian, saya hubungi Master Hadha. Alhamdulillah, memang betul rupanya. Haruslah saya teruja dan konsisten terus minum ESP.
Rupanya boleh berkurang kesan stretch marks ni ye. Sekarang dah masuk tahun ke 4 saya mengamalkan ESP. Kesan rekahan pada kulit saya hampir- hampir tak kelihatan. Secara tak langsung keyakinan diri pun bertambah, sampaikan nak bercakap depan orang ramai pun rasa yakin je. Seronok sangat!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anda mahukan penyelesaian seperti diatas? Ingin hilangkan stretch marks yang sudah bertahun-tahun ada. Jangan malu dan segan hubungi saya, saya akan bantu anda untuk mendapatkan hanya yang terbaik. 

Kebetulan bulan September 2016 ini adalah promosi ESP, maka harganya sangat-sangatlah berbaloi untuk anda dapatkannya. 



CALL/SMS/WHATAPPS : 012-6203284 

FACEBOOK : ROZILA RAMLI 

INSTAGRAM : shaklee_ela_ramli 

PENGEDAR SHAKLEE AYER TAWAR 

COD : AYER TAWAR/SITIAWAN/MANJUNG/LUMUT 

POSTAGE : SELURUH MALAYSIA

Sunday 4 September 2016

UPSR: SEMOGA MENJAWAB DENGAN TENANG

Esok 5 September bersamaan dengan hari Isnin, bermulalah hari penting bagi murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR.  Bagi family saya, ini adalah peperiksaan bagi cucu pertama mak dan abah. Semoga Raziq bin Ahmad Hafizi dapat menjawab peperiksaan dengan tenang.


Raziq yang nak periksa tapi mamanya yang susah hati, gundah gulana dan tak tenteram. Siap telefon mak dan abah lagi petang tadi suruh doakan untuk Raziq. Kami mak-mak sedaranya pun cuak jugak, maklum la Raziq ni orang nye jenis relax je. Kalau study siap ade earphone dengar lagu, tu menurun acunya la. Pastu takleh kena marah, nanti moodnya hilang ntah kemana. Tapi makyang tahu Raziq boleh buat dengan baik masa peperiksaan nanti. 



Untuk ibu bapa yang ada anak nak menduduki peperiksaan, tak kisahlah UPSR ke , PT3 ke, SPM ke, STPM ke, cuba la berikan tips ni kepada anak anda ye. Semoga mereka tenang-tenang saja semasa menjawab kertas peperiksaan nanti.

.............................................................................................

Selain dari itu, ibubapa juga boleh berikan vitamin Omega Guard kepada anak anda. Omega Guard ini bagus untuk otak pelajar dalam mengingati segala apa yang mereka pelajari. Ia juga dapat membantu pelajar lebih fokus ketika belajar kerana ia mengandungi DHA yang berfungsi untuk otak jadi lebih sihat.  DHA penting untuk penghantaran isyarat ke otak.

omega guard untuk kanak-kanak

Okay tu je. Bagi ibu bapa yang inginkan vitamin untuk anak anda, boleh hubungi saya ye. Saya akan berikan panduan esklusif selepas pembelian dibuat.

Selamat berjaya ye adik-adik dan anak-anak sekalian.


CALL/SMS/WHATAPPS : 012-6203284 
FACEBOOK : ROZILA RAMLI 
NSTAGRAM : shaklee_ela_ramli 
 PENGEDAR SHAKLEE AYER TAWAR 
COD : AYER TAWAR/SITIAWAN/MANJUNG/LUMUT 
POSTAGE : SELURUH MALAYSIA

UBAT KRIM PENGHALANG VIRUS ZIKA

Kali ini saya nak ceritakan tentang ubat krim penghalang virus zika. Sekarang ni heboh orang bercerita tentang virus zika. Korang tau tak? Virus zika ni disebarkan oleh nyamuk Aedes yang merupakan vektor yang sama untuk penyakit demam denggi dan chikungunya. Ikutkan untuk merawat demam zika ianya seperti demam denggi dimana sehingga kini masih belum terdapat vaksin atau ubat spesifik yang boleh melawan virus Zika.

HERBAL BLEND


Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan yang tiada virus zika dikesan di negara ini, namun Malaysia mempunyai densiti nyamuk aedes iaitu nyamuk pembawa virus zika. 

Takut sangat kan dan apa yang boleh kita buat, adalah dengan melakukan perkara-perkara yang boleh menghalang dari penularan virus ini. Contohnya:
  • Buang air yang bertakung di dalam tayar-tayar buruk, alas pasu bunga, botol dan bekas yang boleh menakung air.
  • Tutup semua bekas tadahan air. Sekiranya terpaksa menadah air, masukan bahan pembunuh jentik-jentik.
  • Pastikan sampah sarap dibuang ke dalam beh sampah dan tong sampah yang bertutup rapat.
  • Pakai seluar panjang dan baju lengan panjang.
  • Gunakan repellen dan semburan aerosol serangga untuk menghalau nyamuk
  • Gunakan skrin atau langsir yang telah dirawat racun serangga nyamuk untuk menutup tingkap dan pintu.
  • Tidur di tempat yang dilindungi oleh kelambu.

HERBAL BLEND

Selain dari itu, saya ingin syorkan kepada semua supaya menggunakan krim herba penghalau nyamuk ini. Krim ini mengandungi herba-herba yang terpilih dan yang terbaik. 

HERBAL BLEND


Selalunya sebelum tidur saya dan suami akan lumurkan badan dengan krim ni,tambah-tambah kalau balik kampung, nyamuk pun dah tak nampak kami. Bukan kami saja yang tahu tentang kehebatan krim ini, kawan-kawan yang dah menggunakannya pun tahu tentangnya.

Oleh itu, saya sarankan setiap rumah wajib ade satu krim ini. Bagi saya pula, didalam setiap handbag mesti ada satu krim ni sebagai lotion tambahan pada setiap masa. Ia bukan sahaja sebagai penghalau nyamuk, ia juga sebagai krim penghilang parut dan lecur, sebab itu ia juga dikenali sebagai Krim Serbaguna.

HERBAL BLEND


Ia juga bebas paraben dan selamat digunakan untuk semua peringkat umur. Jika anda mahukan krim ini, boleh hubungi saya dan saya akan berikan panduan eksklusif selepas pembelian dibuat.


CALL/SMS/WHATAPPS : 012-6203284
FACEBOOK : ROZILA RAMLI
INSTAGRAM : shaklee_ela_ramli

PENGEDAR SHAKLEE AYER TAWAR
COD : AYER TAWAR/SITIAWAN/MANJUNG/LUMUT
POSTAGE : SELURUH MALAYSIA

GLA BANTU CYST MENGECUT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini saya nak share macam mana saya mula jatuh cinta dengan vitamin Shaklee ini dan bagaimana ia boleh mengubah kehidupan saya. Vitamin pertama yang saya makan ialah GLA Complex. Kenapa saya pilih ini? Mesti la kerana period saya yang tidak teratur sejak dari dulu lagi. Masa tu saya tidak ambil port sangat sebab belum berkahwin lagi kan,tapi bila dah berkahwin baru tersedar.


CYST MENGECUT

Untuk pengetahuan, saya pernah mengandung dulu tapi kandungan tidak dapat diselamatkan pada usia 6 bulan kandungan. Selepas itu bermulalah rutin saya dengan hospital gomen. Check up setiap 6 bulan sekali dan pada masa ini doktor sudah scan memang saya ada cyst. Setiap kali rawatan doktor akan berikan clomid tapi tiada kesan. Naikkan lagi dos clomid tapi still macam tu juga. Clomid ini tidak boleh makan secara berterusan ye, ia hanya boleh diambil dengan pengawasan doktor sahaja. Saya juga ada mendapatkan rawatan di klinik pakar private dan disahkan PCOS. Doktor berikan metformin, kesannya saya cirit birit, loya, lesu dan lemah badan. Metformin ini adalah sejenis ubat untuk pesakit kencing manis. Setelah berpikir semasak-masaknya, saya telah membuat keputusan untuk stop segala jenis ubat yang doktor berikan kerana saya ingin mencuba sesuatu yang lebih selamat. Setelah di'google', jawapan yang diberikan oleh pakcik google ini ialah GLA Complex keluaran Shaklee. Kebetulan kawan sekerja yang kini merupakan upline Shaklee saya Mami Tinie Badri  adalah agen Shaklee boleh la saya bertanya serba sedikit tentang GLA ini. Dalam pencarian "google" mengenai GLA ini, ramai juga yang memberikan feedback yang baik. Fungsinya juga menyeluruh dan bukan hanya untuk membetulkan period.


GLA KECUTKAN CYST


Niat saya pada mulanya hanya untuk membetulkan hormon period supaya menjadi lebih teratur. Seingat saya dalam 3 botol pengambilan GLA ini secara konsisten mengikut panduan yang diberikan. Panduan ini penting kerana panduan yang betul baru dapat kesan yang terbaik. Pada 16 April 2015, treatment yang keberapa kali pun saya tak tahu la. Kalini doktor scan perut dan keputusannya CYST TIADA dan keputusan pap smear pun ok. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi dengan berita ini. Betapa gembiranya saya dan suami bila doktor memaklumkan berita ini.  Saya juga ada memberitahu bahawa selama ni saya mengamalkan GLA dan doktor mencadangkan kalau ia bagus untuk saya, teruskan lah.


GLA MENGECUTKAN CYST


GLA KECUTKAN CYST


Tak sangka kesan GLA memberi sinar harapan kepada saya. Niat hanya untuk membetulkan period tapi bonusnya cyst yang mengecut. Sejak dari itu saya terus jatuh cinta dengan kesemua vitamin shaklee. Kini kesemua produk Shaklee telah saya gunakan dan bukan saya sahaja tetapi seluruh family saya juga. Pilihan saya adalah untuk mencari yang lebih selamat dan semulajadi. Kini saya masih teruskan usaha untuk mendapatkan zuriat dengan mengamalkan VIVIX. 

InsyaAllah semoga dengan izinNya saya akan mengandung lagi. Jika ada yang nak share tentang masalah yang sama macam saya atau ingin dapatkan produk ini, boleh hubungi saya ye. 



CALL/SMS/WHATAPPS : 012-6203284
FACEBOOK : ROZILA RAMLI
INSTAGRAM : shaklee_ela_ramli

PENGEDAR SHAKLEE AYER TAWAR
COD : AYER TAWAR/SITIAWAN/MANJUNG/LUMUT
POSTAGE : SELURUH MALAYSIA



Friday 2 September 2016

PENGEDAR SHAKLEE KAWASAN AYER TAWAR



Assalamualaikum.
Harini saya nak perkenalkan diri, saya Rozila Ramli adalah Pengedar Shaklee di kawasan Ayer Tawar, Sitiawan, Manjung, Lumut. Kalau sesapa yang mahukan vitamin dikawasan tersebut boleh la contact saya ye.


Pengedar Shaklee Manjung



Pengedar Shaklee Sitiawan

Saya menjadi ahli Shaklee pada tahun 2014, tetapi hanya sebagai ahli biasa yang makan vitamin untuk kegunaan sendiri. Saya mula serius dan konsisten dengan bisnes ini pada pertengahan tahun 2016. Sejak itu saya sudah mula mengorak langkah sedikit demi sedikit untuk berjaya dalam bisnes ini yang saya anggap sebagai bisnes family. Bermulanya saya dengan bisnes ini apabila saya sembuh dari cyst dan fibroid yang telah saya hidapi sekian lama. Sejak itu saya terpikir untuk berkongsi kegembiraan saya ini bersama dengan orang lain. 

InsyaAllah saya akan berikan konsultasi yang terbaik untuk customer yang memerlukan produk yang sesuai. Segala pertanyaan adalah percuma dan saya akan cuba consult anda dari hari pertama anda dapatkan produk dengan saya sehinggalah anda sihat dengan izinNya.


Whatapps/SMS/call : 012-6203284


IG : shaklee_ela_ramli

cod area : Seluruh Ayer Tawar, Sitiawan, Manjung, Lumut

poslaju ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak


Rozila Ramli Pengedar Shaklee Kawasan Ayer Tawar,Manjung No. Tel:012-6203284 Fb: Rozila Ramli IG : @ela_ramli

Thursday 1 September 2016

LIANG-LIANG PORI MENGECIL DAN PARUT JERAWAT HILANG




Assalamualaikum..

Saya ingin berkongsi pengalaman saya sepanjang mengamalkan Vitamin hebat Shaklee ini.
.

Sebelum ini saya mengambil set vitamin Shaklee untuk menghilangkan jerawat,  tetapi secara tidak langsung saya sedar parut-parut jerawat saya cepat pudar dan hilang.
.

Ini adalah antara set vitamin yang saya ambil bagi memastikan kulit saya seimbang.

✔ ESP Shaklee
✔ Vitamin C
✔ Vitamin E

Kombinasi antara Vitamin E + Vitamin C + Esp sangat-sangat superb hasilnya. Saya juga menggunakan Vitamin C sebagai masker pada waktu pagi dan Vitamin E  sebagai masker diwaktu malam.
.

Hasilnya setelah mengamalkan vitamin tersebut adalah :

✔ Liang2 pori di wajah saya yang besar dahulu akibat kesan jerawat kini semakin kecil dan tertutup.

✔ Blackhead & Whitehead berkurang

✔ Ketika saya mengenakan bedak di wajah juga kelihatan lebih rata dan flawless.

✔ Tak perlu belanja yang besar untuk mencari produk-produk yang mahal.

✔ Kini saya kurang ke mana2 spa untuk membuat facial,kerana kulit saya kini tidak seperti dahulu yang banyak dengan masalah.

✔ Kulit saya bertambah sihat dan anjal.

✔ Saya tidak lagi terpengaruh dengan lambakan produk yang merbahaya di luar sana

✔ Kulit kekal lembap dan lembut serta tidak berminyak

✔ Kurang mengenakan mekup yang tebal dan merimaskan

✔ Kulit sihat secara semulajadi

✔ Tampil lebih yakin
.

Hanya dengan vitamin Set Kecantikan Shaklee saya dapat mengembalikan kulit remaja saya yang dahulu di mana pernah dirosakkan oleh bahan-bahan kimia yang melekat di wajah saya kerana berpikiran singkat untuk tampak cepat cantik sebelum ini.
.

Apabila saya mula mengenali vitamin Shaklee baru saya sedar sebenarnya kecantikan luaran itu perlulah terlebih dahulu kita mengutamakan penjagaan dalaman .  Yakni dengan mengkonsume vitamin yang cukup mineral, antioksidan, membantu penghasilan kolagen dan reproduktif. Mencegah itu lebih baik daripada merawat
.

Sekian sahaja perkongsian dari saya,segalanya adalah asbab untuk kita berikhtiar selebihnya Allah jualah yang mengizinkan. In Sha Allah.


.

P/s ringkas : Pilihlah bahan-bahan semulajadi yang selamat digunakan.

Rozila Ramli Pengedar Shaklee Kawasan Ayer Tawar,Manjung No. Tel:012-6203284 Fb: Rozila Ramli IG : @ela_ramli

KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TAK TAHU

Wahhh dah kurus!!! Bestnya!!!  Bagi laa tips. "Saya buat diet Intermittent Fasting je" "Saya buat diet Keto" "Saya ...