TERSEDU.
Siapa yang tak pernah alaminya? Keadaan yang merimaskan, menyeksakan dan memenatkan. Betul tak?? Jenuh pelbagai cara nak menghilangkan sedu ini.
Keadaan ini bukan sahaja berlaku pada bayi dan kanak-kanak, orang dewasa juga menghadapinya. Kalau berlaku kepada bayi, kata orang tua-tua bayi tersebut hendak membesar. Adakah relevan kata-kata orang tua, jika tersedu ini berlaku kepada orang dewasa?? Pikir-pikir kan lah.😊
Tersedu berlaku disebabkan oleh angin yang menyerang badan. Dari sudut kesihatan, ia berlaku apabila pengecutan otot diafragma secara berulang kali. Sekaligus menyebabkan udara berebut-rebut masuk, melanggar kotak suara dan menghasilkan bunyi sedu yang memalukan.
PUNCA BERLAKUNYA SEDU
- Makan terlalu banyak dan gelojoh
- Minum alkohol/bikarbonat berlebihan
- Menelan udara
- Stress
CARA MENGHILANGKAN SEDUT
- Tahan nafas anda dalam beberapa saat dalam keadaan yang tenang.
- Lakukan urutan pada lelangit dalam mulut. Ia berbunyi agak pelik, tetapi ini banyak membantu. Ia merangsang saraf vagus, yang akan menundukkan kekejangan diafragma dan menghilang rasa sedu bagi sesetengah orang.
- Minum segelas besar air sejuk dengan cepat. Kaedah ini akan menghilangkan rasa tersedu tersebut.
- Bernafas ke dalam beg kertas ataupun plastik beg untuk beberapa minit. Cara ini dapat meningkatkan kandungan karbon dioksida dalam badan dan membantu menghilangkan sedu dengan cepat.(cara ini memang berkesan sebab memang saya sudah lakukan, tak percaya cubalah)
- Makan satu sudu gula. Satu kajian dalam New England Journal of Medicine mendapati bahawa makan sesudu gula boleh membantu orang ramai dalam menyingkirkan masalah. Hanya meletakkan satu sudu teh gula di belakang lidah anda dan menikmatinya.
Ini antara cara-cara yang dikatakan oleh orang ramai dan ia terpulang kepada individu ingin mencuba ataupun tidak. Yang ingin mencuba, Selamat maju jaya. Entry ini dibuat pun disebabkan suami Kak Yang yang mengalami masalah sedu ini. Segala cara telah dicuba dan akhirnya cara yang ke4 sahaja memberi kesan kepada beliau. Syukur alhamdulillah.
Jika anda inginkan produk shaklee dan konsultasi secara percuma. Insyaallah yang terbaik dari Kak Yang.
PM / Facebook : Rozila Ramli
Page : Vitaminku Sihat
Call / SMS / Whatsapp : 012-6203284
Emel : r_rozila@yahoo.com
PENGEDAR SHAKLEE PERAK
PENGEDAR SHAKLEE MANJUNG
PENGEDAR SHAKLEE LUMUT
PENGEDAR SHAKLEE SITIAWAN
PENGEDAR SHAKLEE AYER TAWAR
bagus berkesan dgn tarik nafas pastu tahan nafas dlm 7second.ulang 3@4x.tq info bagus
ReplyDeletewelcome. semoga bermanfaat untuk semua orang.
Deletebagus berkesan dgn tarik nafas pastu tahan nafas dlm 7second.ulang 3@4x.tq info bagus
ReplyDeletealhamdulillah. syukur dapat membantu.
DeleteBernafas ke dalam beg kertas ataupun plastik beg untuk beberapa minit. Cara ini dapat meningkatkan kandungan karbon dioksida dalam badan dan membantu menghilangkan sedu dengan cepat.(cara ini memang berkesan sebab memang saya sudah lakukan, tak percaya cubalah)
ReplyDeleteyg nie jadi . alhamdulillah
alhamdulillah
Deletecucuk dalam mulut,biar muntah
ReplyDeletemenakutkan je nak cucuk sampai muntah.
ReplyDeleteSangat berguna menggunakan beg kertas
ReplyDelete