Sunday 4 September 2016

GLA BANTU CYST MENGECUT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini saya nak share macam mana saya mula jatuh cinta dengan vitamin Shaklee ini dan bagaimana ia boleh mengubah kehidupan saya. Vitamin pertama yang saya makan ialah GLA Complex. Kenapa saya pilih ini? Mesti la kerana period saya yang tidak teratur sejak dari dulu lagi. Masa tu saya tidak ambil port sangat sebab belum berkahwin lagi kan,tapi bila dah berkahwin baru tersedar.


CYST MENGECUT

Untuk pengetahuan, saya pernah mengandung dulu tapi kandungan tidak dapat diselamatkan pada usia 6 bulan kandungan. Selepas itu bermulalah rutin saya dengan hospital gomen. Check up setiap 6 bulan sekali dan pada masa ini doktor sudah scan memang saya ada cyst. Setiap kali rawatan doktor akan berikan clomid tapi tiada kesan. Naikkan lagi dos clomid tapi still macam tu juga. Clomid ini tidak boleh makan secara berterusan ye, ia hanya boleh diambil dengan pengawasan doktor sahaja. Saya juga ada mendapatkan rawatan di klinik pakar private dan disahkan PCOS. Doktor berikan metformin, kesannya saya cirit birit, loya, lesu dan lemah badan. Metformin ini adalah sejenis ubat untuk pesakit kencing manis. Setelah berpikir semasak-masaknya, saya telah membuat keputusan untuk stop segala jenis ubat yang doktor berikan kerana saya ingin mencuba sesuatu yang lebih selamat. Setelah di'google', jawapan yang diberikan oleh pakcik google ini ialah GLA Complex keluaran Shaklee. Kebetulan kawan sekerja yang kini merupakan upline Shaklee saya Mami Tinie Badri  adalah agen Shaklee boleh la saya bertanya serba sedikit tentang GLA ini. Dalam pencarian "google" mengenai GLA ini, ramai juga yang memberikan feedback yang baik. Fungsinya juga menyeluruh dan bukan hanya untuk membetulkan period.


GLA KECUTKAN CYST


Niat saya pada mulanya hanya untuk membetulkan hormon period supaya menjadi lebih teratur. Seingat saya dalam 3 botol pengambilan GLA ini secara konsisten mengikut panduan yang diberikan. Panduan ini penting kerana panduan yang betul baru dapat kesan yang terbaik. Pada 16 April 2015, treatment yang keberapa kali pun saya tak tahu la. Kalini doktor scan perut dan keputusannya CYST TIADA dan keputusan pap smear pun ok. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi dengan berita ini. Betapa gembiranya saya dan suami bila doktor memaklumkan berita ini.  Saya juga ada memberitahu bahawa selama ni saya mengamalkan GLA dan doktor mencadangkan kalau ia bagus untuk saya, teruskan lah.


GLA MENGECUTKAN CYST


GLA KECUTKAN CYST


Tak sangka kesan GLA memberi sinar harapan kepada saya. Niat hanya untuk membetulkan period tapi bonusnya cyst yang mengecut. Sejak dari itu saya terus jatuh cinta dengan kesemua vitamin shaklee. Kini kesemua produk Shaklee telah saya gunakan dan bukan saya sahaja tetapi seluruh family saya juga. Pilihan saya adalah untuk mencari yang lebih selamat dan semulajadi. Kini saya masih teruskan usaha untuk mendapatkan zuriat dengan mengamalkan VIVIX. 

InsyaAllah semoga dengan izinNya saya akan mengandung lagi. Jika ada yang nak share tentang masalah yang sama macam saya atau ingin dapatkan produk ini, boleh hubungi saya ye. 



CALL/SMS/WHATAPPS : 012-6203284
FACEBOOK : ROZILA RAMLI
INSTAGRAM : shaklee_ela_ramli

PENGEDAR SHAKLEE AYER TAWAR
COD : AYER TAWAR/SITIAWAN/MANJUNG/LUMUT
POSTAGE : SELURUH MALAYSIA



No comments:

Post a Comment

Mohon kerjasama anda supaya membuat ulasan dengan baik. Ulasan bersifat spam tidak akan diterbitkan. Terima kasih.

KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TAK TAHU

Wahhh dah kurus!!! Bestnya!!!  Bagi laa tips. "Saya buat diet Intermittent Fasting je" "Saya buat diet Keto" "Saya ...