Sunday, 7 October 2018

CARA MENGATASI MASALAH KEPUTIHAN YANG KRONIK

KEPUTIHAN??

Satu masalah yang sering melanda kaum wanita tak kira muda, tua, bujang dan berkahwin. Masalah  keputihan yang kronik ini membuatkan kaum wanita sentiasa berasa rendah diri dan tiada keyakinan diri. Jika yang sudah berkahwin, perkara ini boleh menggangu proses persenyawaan ovum dan sperma.

keputihan kronik




Apa itu KEPUTIHAN??


Keputihan adalah satu keadaan dimana keluarnya cecair dari faraj selain dari darah haid. Rembesan ini berwarna putih, kadang-kadang sedikit kekuningan dan jika terlalu kronik ia berwarna kehijauan. Warna cecair ini menunjukkan kronik ataupun tidak, masalah keputihan yang dialami oleh seseorang wanita.

Berbahaya ke KEPUTIHAN ini??


Cairan keputihan ini adalah normal jika ia berwarna jernih. Cairan ini berfungsi untuk melindungi faraj dari dijangkiti bakteria tetapi jika cairan ini terlampau banyak dan berwarna kehijauan, anda perlu mendapatkan rawatan daripada doktor.

Bagaimana KEPUTIHAN terjadi??


Keputihan ini biasanya berlaku disebabkan jangkitan bakteria dan kulat. Keputihan disebabkan jangkitan bakteria berwarna kuning, berbau hamis dan gatal pada kemaluan. Rasa gatal yang melampau dan aktiviti menggaru akan menyebabkan kemaluan membengkak serta menjadi merah.

Siapa yang berisiko mengalami KEPUTIHAN??



1. Wanita hamil 

  • disebabkan perubahan fisiologi yang berlaku ketika hamil, dimana hormon estrogen yang tinggi dan kelembapan meningkat pada bahagian vagina menggalakkan pembiakkan candida (kulat).
2. Setiap wanita
  • setiap wanita berisiko mengalami keputihan jika tidak mengamalkan langkah-langkah kebersihan.

Cara mengatasi masalah KEPUTIHAN


1. Sentiasa memastikan bahagian faraj dalam keadaan bersih dan kering.

2. Elakkan penggunaan pembersih farah yang mengganggu kestabilanPH atau menyebabkan kegatalan.

3. Gunakan pelapk seluar dalam(panty liner) pada saat yang diperlukan sahaja. Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan berfabrik satin.

4. Jangan guna sebaran produk wangian seperti bedak atau ubat sembut pada bahagan faraj.

5. Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.

6. Kurangkan pengambilan makan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.

7. Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seoran.

8. Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.

9. Basuh bahagian sulit dengan air bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.

10. Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina jika ada tanda keputihan yang melampau.

===========================================================

Disini saya kongsikan kisah Puan Siti Noriza Saleh yang mengalami masalah keputihan teruk dan berbau bertahun-tahun lamanya.


KEPUTIHAN. Sejak zaman anak dara lagi dah ada masalah keputihan ni. Tapi tak tahulah ia makin lama makin teruk bila dibiarkan. Lagi lagi masa sekolah menengah dulu, aktif dengan badan beruniform. Hari hari ada latihan kawad kaki, belum dikira ber”camping” lagi. Bab kebersihan memanglah tak jaga sangat.  Masa tu pula, takdelah didedahkan pasal masalah yang boleh dihidapi di tempat sulit macam sekarang ni. Dulu bab bab tu semua disembunyikan. Ia jadi isu yang memalukan.
.

Keputihan adalah perkara normal bagi setiap wanita. Keputihan dianggap normal jika cecair yang keluar adalah jernih, tak berwarna, tak berbau dan tak berasa gatal-gatal .. Keputihan menjadi bermasalah atau boleh juga dianggap berpenyakit jika cecair berwarna pekat, warna putih kekuningan , berbau , bergumpal dan berasa gatal.
Keputihan ni mulalah sedikit, tapi lama lama ia menjadi teruk bila semakin gatal saat berpeluh. Sehinggakan terpaksa memakai pad pantyliner setiap hari untuk elakkan gatal semakin menjadi jadi. Tapi, tak tahu nak bertanyakan pada siapa untuk elak macamana keputihan tu. Sampaikan, kerap sangat basuh di bahagian tersebut setiap kali gatal, atau membuang air besar. Ke hulu hilir bawa “femine wash” untuk pastikan bahagian tersebut di basuh bersih.
.

Masa mengandung, masalah keputihan semakin menjadi jadi dan bila diajukan pada doktor dan nurse semasa “check up” bulanan, diaorang kata memang itu masalah biasa untuk ibu hamil. Lagi jadi masalah bila perut semakin membesar dan ia menjadi jadi semakin gatal. Ada orang suruh basuh bahagian tersebut dengan air sirih yang direbus dan letakkan daun sirih di bahagian tersebut. Kak Ct buat juga. Tapi sekejap je hilang gatalnya. Esok lusa, ia datang balik.
.

Pernah berjumpa doktor dan doktor pun sahkan masalah keputihan Kak Ct sangat teruk. Jadi doktor masukkan sejenis ubat untuk mengelakkan bakteria merebak ke dalam organ organ dalaman. Ambil juga ubat yang diberikan oleh doktor, tapi hanya seminggu atau selagi makan ubat yang diberikan. Bila tak makan ubat, ia datang balik. Doktor sendiri tak bagi kak ct makan ubat yang dose lebih tinggi sebab masa tu tengah mengandung.
.

Akhirnya, selepas bersalinkan Zafran, dan mencari maklumat berkenaan suplemen penyusuan, terjumpa artikel berkenaan merawat masalah keputihan juga. Macam best, nak cuba juga. Jadi belilah set penyusuan ( ALFALFA, ESP, SR VITAMIN C, B COMPLEX, VITALEA, OSTEMATRIK) dan add on garlic untuk elakkan bakteria semakin merebak dan bantu matikan kulat dibahagian tersebut.
.

Tak sangka, selepas 2 3 bulan konsisten ambil alfalfa dan garlic, masalah keputihan dapat diatasi. Bermula dengan kurang rasa gatal walaupun berpeluh, sehingga dah kurang bau, suami juga akhirnya menegur akan kurangnya masalah keputihan tersebut. Kalau tak, sebelum ni, dia juga komplen akan masalah yang kak ct hadapi. Lama lama, kak ct juga yang malu sendiri dengan keadaan begitu. Ianya, waktu “bersama” adalah waktu yang seronok, tapi ia jadi sebaliknya dengan bau yang tidak sedap dan akhirnya, keinginan itu terus mati disitu. Sedih sangat
.

Tapi kini, Alhamdulillah, walaupun ia tak 100% hilang, ia tidak lagi berbau teruk dan keputihan pun pada tahap yang baik dan hanya datang sebelum 2 3 hari nak haid saja. Pantyliner pun dah lama tak guna. Nak bergerak aktif pun dah tak risau akan berpeluh banyak dan mula gatal gatal. Seronok sangatlah. Garlic dan alfalfa, 2 suplemen wajib yang kak ct ambil hari hari. KITA ENJOYS!!!

cara mengatasi masalah keputihan

.

Bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah. Manakala alfalfa pula adalah sejenis herba dan sangat diakui dalam keberkesanan untuk kesihatan dalaman wanita. Alfalfa bertindak sebagai kacip fatimah buat isteri. Kacip Fatimah?? Tau tau jelah apa manfaat nya kan? Yang itu pun kak ct dapat manfaatnya. Buat suami tersenyummm saja. opss

*********************************

PEMBELIAN SECARA ONLINE, KLIK SINI

***************************************


Hubungi Ela Ramli
(Shaklee ID 1096765)

012-6203284
(whatapps/call/sms)

FB : Rozila Ramli

COD area:
Ayer Tawar, Sitiawan, Manjung, Lumut

PENGEPOSAN KE SELURUH MALAYSIA TERMASUK SABAH & SARAWAK



No comments:

Post a Comment

Mohon kerjasama anda supaya membuat ulasan dengan baik. Ulasan bersifat spam tidak akan diterbitkan. Terima kasih.

KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TAK TAHU

Wahhh dah kurus!!! Bestnya!!!  Bagi laa tips. "Saya buat diet Intermittent Fasting je" "Saya buat diet Keto" "Saya ...