Saturday, 6 October 2018

Percutian Di Vietnam- Day 3


Hai semua, arini baru ada kesempatan untuk sambung entry Percutian Vietnam Day 3. Boleh klik sini untuk tengok Day 1 dan Day 2 . Tapi banyak gambar la ye, ittenary yang penuh macam dah lupa-lupa sikit.

Day 3- Chu Chi Tunnel
Selepas sarapan pagi, kami semua berkumpul di lobi untuk penerangan perjalanan hari ini. Tempat yang dituju adalah Chu Chi Tunnel iaitu terowong bawah tanah. Terowong ii digunakan sewaktu perang Vietnam oleh penduduk tempatan dan juga dikenali sebagi simbol keberanian warga Vietnam.



Menunggu giliran untuk masuk ke kawasan Chu Chi Tunnel. Ni luar kawasan, tapi kat sini macam muzim sikit la ada senapang, peluru dan senjata-senjata api.















Ini adalah tempat masuk persembunyian askar Vietnam, laluan ini bersambung-sambung dan ngam-ngam je sorang boleh masuk. Nampak macam kecik tapi boleh muat, cuma yang berbadan besar memang tak lepas la. Sebab tu orang Vietnam semuanya standard saiz tiada yang besar-besar.

Ini adalah contoh pakaian perisik lelaki dan wanita.









Jerangkap samar, dibawah tu ada cerucuk besi yang tajam. Bila musuh terpijak memang gerenti mati la. 




Ini contoh binaan semula 


Busut?
Kata Mawi busut ini bertujuan untuk sumber oksigen bagi orang didalam terowong itu. Jadi musuh tak tahu yang ada orang dibawah. Busut ini terdapat lubang-lubang kecil.

Ini antara lubang-lubang laluan untuk masuk ke terowong.



Contoh pakaian askar Vietnam



Kereta kebal, masing-masing nak bergambar. Boleh naik kereta kebal tu tapi semuanya malu.






Ini pun jerangkap samar, pandai dorang ini.





Ini kawasan menembak, sesiapa yang ingin merasai menembak menggunakan peluru sebenar boleh la cuba. Bayarannya dah lupa la pula, kami tak try pun. Tapi punya la bising berdentum dentam bunyi tembakan. Ada sorang pelancong mat salih, mencuba mesingun..pergghhh truuuutttttttttttt bunyinya.hahaha.










Ini pula tempat askar Vietnam membuat kasut, kiranya ini bahagian pertukangan kasut la.



Antara kasut untuk jualan kepada pelancong.



Yang ini pula adalah rumah sakit






Ok kami nak masuk terowong ni. Mula-mula taknak masuk, takutttt. Tapi setelah diberi penerangan, yang laluannya pendek sahaja dan boleh berhenti di setiap pitt stop. Jika mampu boleh teruskan sampai habis. Kami memilih 10m sahaja, tak silap la..masuk didalam ni hanya boleh merangkak dan membongkok kerana laluannya memang sempit, muat hanya seorang je. Semput juga la dan lenguh sebab membongkok. Pengalaman dan anda patut cuba bila dah sampai disini.



Dah settle, nak keluar terowong ni. perrrgghhh. Penat weiii, cair mekap makk.hahhaha




\







Last port adalah tempat makan. Disini kami disajikan dengan makanan yang askar Vietnam makan di zaman peperangan iaitu ubi kayu dan juga teh. Rasa ubi kayu biasa la, kat Malaysia pun ada kan..dah dorang hidangkan kita makan je la.

Ok settle di Chu Chi Tunnel, kami bergerak untuk makan tengahari restoran Kampung Pandan. Ingat kat kuala lumpur je ada kat Kampung Pandan, kat sini pun ada tau...hahahahah.
Sampai je sini, duduk dan makanan terus dihidangkan. Menunya tomyam campur memang terbaik, sedap gilerrrr. Ikan tilapia 3 rasa (akak tak makan ikan darat, so pass kat geng meja sebelah yang makan), ayam goreng, kangkung goreng, telur dadar, sup sayur, buah tembikai dan air teh o ais. Masa makan semua diam, nampak sangat kelaparan geng kitorang ni.








Alhamdulillah, kekenyang semuanya. Selepas ini kami ke suatu tempat yang sangat-sangat membuatkan kami kesedihan dan terasa kejamnya manusia bila dikuasai sifat ketidakperimanusian terlalu tebal. Nantikan sambungannya.





1 comment:

Mohon kerjasama anda supaya membuat ulasan dengan baik. Ulasan bersifat spam tidak akan diterbitkan. Terima kasih.

KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TAK TAHU

Wahhh dah kurus!!! Bestnya!!!  Bagi laa tips. "Saya buat diet Intermittent Fasting je" "Saya buat diet Keto" "Saya ...