Hari ini baru berkesempatan nak sambung entry yang Part 1. Hari kedua berada di Vietnam. Bangun subuh macam pening sikit sebab tengok macam dah cerah, jam Malaysia 7.00 pagi di Vietnam 6.00 pagi. Memasing kelam kabut bangun solat subuh. 😁
Ikut tentatif kul 8.00 pagi berkumpul di lobi, so pas solat dan bersiap kami naik ke tingkat 5 untuk sarapan. Menu sarapan ada macam-macam tapi akak cuma pilih roti bakar dan kopi panas. Jadi la
untuk buat alas perut.
Baru lepas breakfast dan menunggu tour guide sampai.
Sesak dengan motor
Tol di Vietnam
Kat sini pun ada sawah, kehijauan je. Tour guide arini adalah Mawi (non Muslim) die kata, di tengah-tengah sawah ni kebanyakkannya ada kubur.
Sebelum ke Sungai Mekong dulu, kami singgah ke Kedai Hawa ini. Shopping dulu katanya tapi akak tengok macam mahal jugak la. Kalau beli banyak baru murah. Akak cuma beli baju kebaya cotton je sehelai. Lagi pun sejam je peruntukan masa kat sini, itu pun dah lebih, maklum la orang pompuan kalau bershoping. 😀
Selfie dulu sementara menunggu giliran naik bot.
Dalam bot diberikan kelapa sorang sebiji..sambil menikmati angin sambil minum air kelapa. Perghhhhh. 😉
Takut jugak naik bot ni.
Memasing sibuk menikmati pemandangan.
Sungai Mekong
Pit stop yang pertama adalah Kilang Gula-gula kelapa.
Mawi tengah ceritakan cara-cara membuat gula-gula kelapa. 1st kelapa diparut guna mesin ni.
Kedua selepas diparut, kelapa tu diperah untuk mendapatkan santannya.
Proses ini menggunakan mesin perah santan
Ketiga, santan tersebut dimasak
Dibakar menggunakan tempurung kelapa. Jimat.
Proses memotong dan membalut gula-gula.
Inilah rupa gula-gula kelapa tu. Bagi akak biasa-biasa je, tapi ada yang kata sedapppp. Terpulang kepada citarasa masin-masing.
Okay..yang ni dah siap packing. Beli 5 free 1. Tak silap akak RM6.00, kalau silap sori ye.
Okay settle di Kilang Gula-gula kelapa ini, kami bergerak pula ke destinasi seterusnya iaitu Eco Bee Farm. Naik semula bot untuk ke situ. Sampai je sini memasing cari toilet dulu. Tapi biasala toiletnye, so so je.😏
Mek tam dan cik lela
Selfie je la sendiri, nak harap kan orang lain amik gambar, takde la pulak.
Kalau sesape nak bergambar sambil pegang lebah ni dipersilakan. Tapi akak malas la. 😉
Ni bekas membela lebah tu.
Kami dihidangkan dengan teh madu
Pisang bersalut madu
Sedap jugak teh madu ni.
Ade juga royal jelly dijual di sini.
Sape berani bole la pegang ular ni.
Selesai di Bee Farm, masing-masing dah kelaparan.
Ni tempat makan tengahari kami
Cantik view kat sini
Menu harini kari ikan. Kari die memang terbaik la. Macam kari mak masak.
Semua dorang tanam sendiri.
Selepas makan tengahari, kami di bawa ke tempat lain. Tapi dah lupa pulak nama tempatnye.
Disini kami dihidangkan dengan buah-buahan
Bahan kraftangan orang tempatan
Selesai di sini, kami akan dibawa menaiki sampan.
Selesai sudah part 2..nanti ade masa akak update ye.
Best 👍🏻
ReplyDeleteHahahaha sian kena selfie sdri 😂😂
hahahah..yang lain sume tak nak tolong.
Delete