Buasir atau dipanggil Haemorrhoids disebabkan oleh salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur. Apabila keadaan abnormal ini berlaku, ia akan membawa masalah apabila terjadinya radang atau bengkak. Pembahagian buasir terjadi di luar dan dalam dan mempunyai simptom yang berbeza.
Buasir Dalaman
Salur darah vena yang bengkak di lapisan dalam rektum. Ibu akan mengadu terdapat darah selepas membuang najis tanpa kesakitan. Ada juga ibu akan terasa seperti daging yang terkeluar dari dubur selepas membuang air besar. Daging ini mungkin hilang sendiri atau ada juga yang perlu menolak balik ke dalam.
Buasir Luaran
Salur darah vena di bahagian bawah kulit luar dari dubur. Pesakit akan mengadu sakit, berdarah, gatal atau bengkak semasa membuang air besar. Kesakitan yang akan dirasai oleh seseorang itu adalah berbeza. Ada ibu yang mungkin merasa sedikit tidak selesa, tetapi ada juga yang merasa panas atau amat pedih. Sakit yang kuat mngkin berlaku akibat salur darah yang tersumbat oleh darah beku.
Punca Buasir Terjadi
1. Masalah bengkak urat pada bahagian dubur. Penghidap akan merasa tidak selesa sepanjang
masa.
2. Buasir memang sering terjadi semasa hamil. Sesetengah ibu mengalami masalah ini ketika hamil
buat pertama kali. Jika ibu pernah mengalaminya ketika belum hamil, besar kemungkinan
masalah ini akan berulang semasa hamil.
3. Ibu cenderung untuk mendapat buasir akibat pengaruh hormon semasa hamil. Dinding dan injap
urat yang berada di sekitar dubur menjadi tegang pngaliran darah menjadi perlahan lalu
mengakibatkan urat saraf bengkak dan berdenyut.
4. Saiz kandungan yang semakin membesar turut menjadi penyumbang kepada masalah ini.
Tekanan yang diberi oleh kandungan terhadap saraf-saraf pelvik menyebabkan pengaliran darah
menjadi perlahan.
5. Akibatnya lazim yang dialami oleh ibu hamil akan rasa penuh pada bahagian dubur, gatal, sakit
ketika membuka dubur dan ada kalanya berdarah.
Cara Elak Buasir
1. Letakkan pek ais (yang lembut) pada bahagian yang bermasalah beberapa kali sehari. Ais
dipercayai dapat membantu menghilangkan bengkak dan rasa tidak selesa.
2. Rendam punggung ibu dalam iar suam.
3. Bersihkan kawasan yang bermasalah dengan tisu lembut tanpa haruman. Ibu juga boleh
menggunakan tisu pelembat atau tisu berubat yang dibuat khas untuk masalah buasir.
4. Ibu juga boleh mendapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor.
5. Makan makanan yang kaya serat untuk mengelakkan sembelit.
6. Semasa mengembangkan usus, cubalah untuk bertenang dan jangan meneran.
7. Kerap lakukan senaman pelvik untuk membantu meningkatkan peredaran darah pada kawasan
tersebut.
8. Minum iar dengan banyak untuk mengelakkan sembelit dan membantu najis menjadi lembut.
9. Baring secara mengiring semasa tidur, membaca ataupun semasa menonton untuk mengurangkan tekanan pada bahagian usus dan meningkatkan peredaran darah pada bahagian bawah badan.
10. Jangan duduk terlalu lama. Jika ditempat kerja, berehat seketika dengan berjalan-jalan selepasa
duduk untuk satu tempoh masa yang lama.
info: CatatanKehamilanMW
HUBUNGI
Ela Ramli
(Shaklee ID 1096765)
012-6203284
(whatsapp / sms / call)
FB : Rozila Ramli
COD Shaklee : Ayer Tawar, Sitiawan, Manjung, Lumut
PENGEPOSAN KE SELURUH MALAYSIA TERMASUK SABAH & SARAWAK
No comments:
Post a Comment
Mohon kerjasama anda supaya membuat ulasan dengan baik. Ulasan bersifat spam tidak akan diterbitkan. Terima kasih.