Monday, 21 November 2016

PERCUTIAN TAJAAN YANG MENJADI IDAMANKU

Assalamualaikum.

Apa kabar semua? Sihat ke? 
Lagi seminggu cuti sekolah akan bermula, apa planing korang? 
Saya bercuti kat rumah je...

Arini saya nak cerita tentang percutian super duper upline saya yang mendapat tajaan secara percuma ke Langkawi. 
Percutian ini adalah hasil kerja keras mereka pada cycle yang lepas. 
Tajaan sepenuhnya oleh Shaklee ini diberikan kepada semua yang telah berjaya tak kira apa rank mereka.

Tajaan kali ini Shaklee sediakan percutian ke Langkawi. Penginapan di The Westin Langkawi Resort & Spa ini memberikan percutian 6****** kepada semua peserta yang layak. Kalau ikutkan review, selalu nya VVIP je yang check in hotel ni alamklumla rate nya dalam RM1k++ semalam. Perghhhh tengok harga pun dah pikir banyak kali nak book ke tak nak. Tapi kalau dah dapat free, rugi la nak menolakkan dan  layanan yang diberikan amat-amat mengkagumkan kami yang tak pergi ini..sob sob sob. 

Persediakan sebelum pergi bercuti, Shaklee telah sediakan duit poket sebanyak RM150.00 setiap seorang. Bestttnye dapat duit...sape nak bagi kannn. Naik pulak flight dan boleh pilih nak pergi naik MAS ke, Malindo ke dan waktu nya pilihan masing-masing. Ooooomaiiigaddd....seronok sangattt.(macam die lak yang pegi kan) 
Saya teruja bila dengar dorang share pengalaman dorang ini.

Kate mereka sesampai je di hotel mereka telah di raikan dengan paluan kompang dan welcome drink. Sebanyak 7-8 bas tak silap saya yang menjemput mereka di airport Langkawi..ramai kan yang layak pergi. Kemudian mereka di berikan kunci bilik masing-masing, sebilik ditempatkan seramai 2 orang. Beg mereka pula tidak perlu dibawa kerana telah siap sedia dibawa kebilik masing-masing. Betapa beruntungnya mereka dengan layanan yang Shaklee berikan ini. Dibilik pula telah disediakan hadiah oleh Shaklee di atas katil masing-masing. 
(Berapa banyak la Shaklee ni habiskan duit kan...tapi itu la reward yang Shaklee selalu berikan kepada mereka yang telah berjaya)


Katil heavenly bed ni adalah sangat mahal.. tak percaya sila google.. dan sangatlah selesa, Kita yang pandang pun dah rasa kelembutannya...hihhihi



Makanan yang tak pernah tak banyak Shaklee sediakan.




Bestnye mandi buih...hihihih



Hadiah daripada Shaklee




Ini antara super duper upline saya yang pergi bersama pasangan masing-masing


Ini la orang-orang kesayanganku dalam Shaklee, tanpa sokongan, ilmu, tunjuk ajar saya tak kuat untuk hadapi dugaan berbisnes ini.

 Bas yang membawa geng-geng Shaklee


Mami Tini ku sayang, baru nak stat shoping la tu..



Seronok sangat bila tengok dorang ni, sapa yang tak suka kan. Saya berasa amat-amat terbakar dan tercabar apabila upline-upline ini kongsikan detik-detik dan pengalaman mereka sepanjang berada disana. Apa yang saya dapat daripada percutian mereka ini adalah segala kejayaan yang dicapai bukanla sesuatu yang mudah. Ini semua datangnye dari berkat kesabaran dan semangat yang kuat mereka untuk mencapai impian yang diidamkan.

Upline saya sentiasa mengingatkan, bahawa kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Jika inginkan kejayan seperti mereka, saya perlu kuat, tabah dan sentiasa komited serta konsisten dengan apa yang saya buat ini. Yang penting belajar, belajar dan terus belajar serta jangan putus asa. Jika jatuh jangan biarkan terlalu lama meratapi kesedihan itu, bangunlah segera dan sentiasa ingat pada NYA kerana rezeki itu semua dari Allah.

Insyaallah, saya juga akan berjaya seperti upline-upline ku sayang. Moga suatu hari nanti saya juga ada bersama mereka, bercuti dengan ditaja sepenuhnya oleh Shaklee. Doakan saya ye. 
Amiinn...




CALL/SMS/WHATAPPS : 012-6203284 

FACEBOOK : ROZILA RAMLI 

INSTAGRAM : shaklee_ela_ramli 

 PENGEDAR SHAKLEE AYER TAWAR 

COD : AYER TAWAR/SITIAWAN/MANJUNG/LUMUT 

POSTAGE : SELURUH MALAYSIA

No comments:

Post a Comment

Mohon kerjasama anda supaya membuat ulasan dengan baik. Ulasan bersifat spam tidak akan diterbitkan. Terima kasih.

KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TAK TAHU

Wahhh dah kurus!!! Bestnya!!!  Bagi laa tips. "Saya buat diet Intermittent Fasting je" "Saya buat diet Keto" "Saya ...