Jika dilihat dari cerita diatas, betapa gigihnya Puan Hafza Aein dalam membantu suaminya untuk pulih seperti sediakala. Isteri mana yang tak sayang suami kan, sudah berjanji sehidup semati tak kira susah senang tetap bersama. Kalau saya ditempat beliau pun, saya akan sanggup buat apa saja dan berabis duit untuk kesihatan suami dan keluarga tersayang. Kesihatan adalah yang utama, walau berjuta pun duit simpanan kita tetapi kalau sudah sakit duit yang banyak pun tiada makna. Betul tak?? Sebab tu biarlah kita mencegah dahulu daripada merawat, walaupun semuanya dari Allah tapi tak salah kalau kita berikhtiar.
Apa yang dihadapi oleh suami Puan Hafza Aein ni boleh terjadi kepada sesiapa saja, tak kira tua muda, lelaki perempuan. Jika dilihat dari gambar, suami beliau ini muda lagi kan. Tapi kita tidak tahu apa yang berlaku sebelum beliau terkena stroke ini.
Disini saya kupaskan sedikit mengenai stroke ini.
Stroke ini adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, disamping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.
Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah atupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.
Bahagian otak itu mula mati. Anda mengalami strok. Dengan pantas dan senyap. Kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan terubah.sumber NASAM(National Stroke Association of Malaysia.
Siapa yang berisiko mendapat stroke?
- Tekanan darah tinggi yang tidak dirawat.
- Diet yang tinggi kandungan garam.
- Diabetes yang tinggi.
- Merokok.
- Tabiat minum alkohol yang kerap.
- Orang berumur di atas 55 tahun lebih berisiko.
- Lelaki lebih berisiko mengalami stroke berbanding wanita,
Apakah tanda-tanda stroke?
- Kebas secara tiba-tiba di bahagian muka, lengan atau kaki. Contohnya;muka yang meluyut, meleleh air liur, merasa lemah pada tangan atau kaki.
- Kesukaran bertutur atau memahami pertuturan atau pertuturan yang tidak jelas.
- Mengalami kekeliruan secara tiba-tiba di sebelah atau kedua-dua belah mata.
- Langkah terasa berat, pening atau hilang imbangan/koordinasi.
- Sakit kepala yang teruk secara tiba-tiba tanpa sebab yang diketahui.
- Rasa mual atau muntah
- Kadar pernafasan dan denyutan jantung mengalami perubahan.
- Lidah tidak mampu dijelir dan digerakkan.
Apakah kesan-kesan stroke?
- Kehilangan rasa di sebelah badan.
- Mudah murung dan tidak dapat mengawal emosi.
- Kesukaran bertutur dan memahami, serta membaca dan menulis.
- Tidak dapat mengawal pembuangan najis.
- Koordinasi yang lemah.
Apakah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan stroke?
- Banyakkan bersenam dan jadi lebih aktif.
- Amalkan diet yang sihat.
- Kekalkan berat badan yang sihat.
- Jangan merokok.
- Periksa tekanan darah anda.
Cara mengurangkan risiko stroke berulang.
- Pemeriksaan kesihatan yang tetap dan teratur.
- Jika anda pernah mengalami stroke, sangat lah penting untuk menjalani pemeriksaan kesihatan secara teratur supaya tekanan darah, tahap koestero dan berat bada anda dapat dawasi.
2. Ubat-ubatan
- Jangan tinggalkan bekalan ubat yang diberikan oleh doktor.
3. Vitamin
- Anda boleh berikhtiar dengan pengambilan VIVIX. VIVIX ini adalah sejenis vitamin yang membantu merawat sel-sel dalaman yang telah rosak. Ia akan membaiki dan menggantikan dengan sel-sel yang baru. Pengambilan secara konsisten adalah sangat diperlukan untuk memberi kesan yang terbaik.
CALL/SMS/WHATAPPS : 012-6203284
FACEBOOK : ROZILA RAMLI
INSTAGRAM : shaklee_ela_ramli
PENGEDAR SHAKLEE AYER TAWAR
COD : AYER TAWAR/SITIAWAN/MANJUNG/LUMUT
POSTAGE : SELURUH MALAYSIA
No comments:
Post a Comment
Mohon kerjasama anda supaya membuat ulasan dengan baik. Ulasan bersifat spam tidak akan diterbitkan. Terima kasih.