Thursday 25 October 2018

Wanita Berisiko Diserang Penyakit Kelamin

Penyakit kelamin?? Adakah anda berisiko?? Bagaimana ia terjadi?? Bermacam-macam soalan timbul di pikiran setiap wanita jika isu ini dibangkitkan. Anda mungkin menghidap penyakit kelamin tapi tidak menyedarinya. Ini kerana ada antara penyakit jangkitan kelamin seperti gonorea  memiliki gejala-gejala yang sering dikelirukan dengan tanda-tanda jangkitan pundi. Manakala penyakit jangkitan kelamin seperti klamidia tidak memiliki sebaran gejala-gejala sepenuhnya.





Berikut adalah 5 penyakit kelamin yang dialami wanita yang perlu diketahui.


1. KLAMIDIA


  • Penyakit jangkitan kelamin yang biasa berlaku pada wanita berusia 15 hingga 24 tahun

Gejala-gejala

  • Ada wanita yang menghidap klamidia tidak mengalami sebarang gejala-gejala. Bagi mereka yang memilikigajala-gejala pula boleh menyedari kehadiran cecair yang luar biasa pada vagina, rasa pedih ketika kencing adan ada tompokan antara haid

Gejala-gejala VS waktu pendedahan

  • Jika gejala-gejala ini muncul, biasanya ia muncul antara 1 hingga 3 mnggu selepas pendedahan.

Penyebaran 

  • Klamidia boleh disebarkan melalui vagina, anal atau seks oral. Ia juga boleh disebarkan daripada ibu kepada bayi semasa kelahiran.

Rawatan

  • Klamidia boleh dirawat denan antibiotik. Biasanya dengan satu dos azithromycin atau seminggu rawatan denan doxycucline.

Kesan jika tidak dirawat

  • Penyakit ini boleh merebak ke dalam uterus atau saluran fallopian dan menyebabkan penyakit keradangan pelvik (PID) yan gamat sukar untuk dirawat.
  • PID boelh menyebabkan kerosakkan kekal pada saluran fallopian dan uterus sekaligus mengakibatkan sakit pelviks kronik, ketidaksuburan danpotensi untuk kehamilan ektopik yang membawa maut. 
  • Ia juga boleh disebarkan daripada ibu yang dijangkiti kepada bayi semasa kelahiran.

2. GONOREA

  • Penyakit ini disebabkan oleh bakteria nisseria gonorrhoeae

Gejala-gejala

  • Sering disalah anggap seperti jangkitan pundi termasuklah sakit atau pedih semasa kencing, keluarnya cairan berwarna kekuningan atau berdarah, sakit pada bahagian petu, aliran haid banyak dan tompokan antara haid.

Gejala-gejala VS Waktu pendedahan

  • Jarang sekali gejala-gejala akan muncul, Jika muncul biasanya antara 10hari jangkitan berlaku.

Penyebaran 

  • Gonorea disebarkan melalui vagina, anal atau seks oral. Ia juga boleh disebarkan daripada ibu kepada bayi sewaktu kelahirannya.

Rawatan

  • Antibiotik boleh merawat jangkitan tetapi ia tidak akan memperbaiki sebarang kerosakan kekal yang telah dilakukan oleh penyakit ini kepada tubuh.

Kesan jika tidak dirawat

  • Gonorea boleh membawa kepada PID, sakit pelviks kronik, kehamilan ektopik, ketidaksuburan danjangkitanyang oleh merosakkan sendi dan tisu jantung.
  • Gonorea juga boleh meningkatkan risiko mendapat HIV jika anda terdedah pada virus tersebut.

3. HERPES KEMALUAN

  • Gejala-gejala Herpes boleh datang dan pergi. Tetapi virus itu akantinggal di dalam sel-sel saraf tubuh wapupun apabila anda tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda.

Gejala-gejala

  • Kebanyakkan orang tidak akan memiliki luka atau gejala-gejala minima. Tetapi semasa ia tercetus, wanita yang mengalami herpes kemaluan akanmerasai benjolanmerah kecil, lepuhan atau luka terbuka pada kawasan berhampiran atau pada vagina.
  • Ia disertai  dengan keluarnya cairan dari vagina, demam, sakit kepala, sakit otot, sakit ketika kencing dan rasa gatal, pedih atau lelenjar membengkak pada kawasan kemaluan.
  • Luka akan sembuh selepas dua hingga empat minggu dan kebanyakkan gejala-gejala akan hilang. Tetapi gejala-gejala boleh muncul semula. Kadangkala dalam masa beberapa minggu atau bulan selepas kali terakhir anda mengalaminya.
  • Biasanya apabila anda berada dalam keadaan tertekan ia akan menyerang.

Gejala-gejala VS Waktu pendedahan

  • Gejala-gejala biaanya bermula antara dua minggu penyebaran

Penyebaran

  • Herpes kerap disebarkan melalui perhubungan seksual. 
  • Ia juga akan merebak melalui luka.
  • Jika pasangan seksual anda memiliki keadaan ini, makan anda juga boleh mendapat herpes ini

Rawatan 

  • Tidak ada rawatan untuk herpes kemaluan kerana virus ini akan sentiasa berada dalam tubuh.
  • Tetapi ada ubat yang boleh memendekkan masa ia dicetus, menjadikan ia kurang teruk atau mencegah ia daripada muncul.

Kesan jika tidak dirawat

  • Wanita hamil boleh menyebarkan virus kepada anak semasa kelahiran. 
  • Jangkitan herpes semasa kelahiran adalah satu penyebab utama kebutaan pada bayi yang baru lahir.

4. HPV DAN KETUAT KEMALUAN

  • Daripada 100 strain virus Virus human papiloma (HPV), terdapat kira-kira 40 strain HPV kemaluan.

Gejala-gejala

  • Bagi meereka yang memiliki gejala-gejala mungkin memiliki ketuan  dalam kawasan genital atau bahagian dalam paha dan lesi pada serviks atau dalam vagina.
  • Ada strain yang tidak menyebabkan gejala-gejala boleh meningkatkan risiko kanser serviks.

Gejala-gejalan VS Waktu pendedahan

  • Apabila ketua muncul, ia boleh terbentuk di sebaran tempat selama berminggu-minggu malah bertahun selepas bersentuh dengang orang yang dijangkiti.

Penyebaran

  • Strain jangkitan kelamin HPV disebarkan melalui vagina, anal dan berkemungkina seks oral. 
  • Ia juga boleh disebarkan melalui sentuhan dari kulit ke kulit dalam kawasan kemaluan.

Rawatan

  • Tidak ada rawatan untuk HPV, tetapi ada vaksin untuk mencegah jangkitan HPV yang boleh diambil oleh wanita berumur 9-26 tahun.

Kesan jika tidak dirawat

  • Bagi sesetengah strain, tidak ada masalah kesihatan yang utama. Tetapi bagi yang berkaitan dengan kanser serviks, terdapat risiko tinggi mendapat penyakit ini.

5. TRICHOMONIASIS

  • Trichomoniasis disebabkan oleh parasit yang disebarkan semasa hubungan seksual.

Gejala-gejala

  • Gejalanya termasuklah cairan berwarna kuning, hijau atau kelabu yang berbau busuk, rasa tidak selesa ketika kencing, sakit ketika melakukan hubungan seksual dan rasa gatal dan rengsa pada kawasan kemaluan.

Gejala-gejala VS Waktu Pendedahan

  • Gejala biasanya muncul lima hingga 28 hari selepas pendedahan.

Penyebaran

  • Parasit yang menyebabkan trichomoniasis biasanya disebarkan melalui perhubungan seksual. tidak kiralah samada melalui penis, vagina atau daripada vulva.
  • Trichomoniasis juga boleh disebarkan melalui sentuhan kemaluan dengan objek lembap seperti tuala, pakaian basah atau tempat duduk tandas. 
  • Parasit Trichomoniasis boleh hidup di luar tubuh sehingga 45 minit.

Rawatan 

  • Trichomoniasis dirawat dengan ubat yang dipreskripsi oleh doktor.

Kesan jika tidak dirawat

  • Trichomoniasis meningkatkan peluang untuk mendapat HIV.
  • Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang menghidap trichomoniasis boleh dilahirkan awal atau berat kurang daripada 5.5 paun sewaktu dilahirkan.
info: mwKesihatan













HUBUNGI Ela Ramli

 (Shaklee ID 1096765)

 012-6203284 (whatsapp / sms / call)

 FB : Rozila Ramli 

 COD Shaklee : Ayer Tawar, Sitiawan, Manjung, Lumut 

 PENGEPOSAN KE SELURUH MALAYSIA TERMASUK SABAH & SARAWAK

No comments:

Post a Comment

Mohon kerjasama anda supaya membuat ulasan dengan baik. Ulasan bersifat spam tidak akan diterbitkan. Terima kasih.

KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TAK TAHU

Wahhh dah kurus!!! Bestnya!!!  Bagi laa tips. "Saya buat diet Intermittent Fasting je" "Saya buat diet Keto" "Saya ...