Wednesday, 17 October 2018

Punca Lelaki Tidak Subur

Ketidaksuburan berlaku pada lebih kurang satu dalam 10 pasangan. Sekiranya masalah berlaku kepada pasangan lelaki, ia disebut sebagai MALE INFERTILITY dan terjadi dalam keseluruhan masalah kesuburan.




Segelintir daripada masalah kesuburan di kalangan kaum lelaki diketahui sebabnya seperti Hypospadias di mana penis tidak terbentuk secara normal, testis tidak turun dan kegagalan ereksi tetapi kebanyak daripadanya agak sukar dijelaskan faktornya.

Ia selalu dikaitkan dengan sperma yang tidak normal, tempoh hidup sperma yang terlalu singkat atau terdapat masalah dengan ejakulasi. Faktor ketidaknormalan ini berlaku mungkin kerana:

  • Terdapat radang pada testis
  • Terdapat maslah salur darah vena yang membengkak pada testis
  • Testis yang tidak membentuk dengan normal


  • Faktor sperma terlalu sedikit atau tiada sperma langsung mungkin berkaitan dengan  masalah berikut:

  1. Terdapat unsur genetik tidak normal
  2. Kegunaan alkohol dan dadah
  3. Pernah menghidap penyakit beguk
  4. Hormon yang tidak normal
  5. Terdedah kepada bahan kimia beracun
  6. Terdedah kepada radiasi yang berlebihan
  7. Salur testis tersumbat disebabkan jangkitan kuman 
  8. Memakai seluar yang terlalu ketat
  9. Masalah ini juga mungkin boleh berlaku sekiranya lelaki mempunyai masalah dengab ejakulasi yang menghalang sperma ke dalam faraj wanita
  10. Ejakulasi tidak matang-ejakulasi berlaku terlalu cepat
  11. Ejakulasi terbalik -air mani masuk semula ke dalam pundi kencing
  12. Masalah ereksi
  13. Komplikasi dari pembedahan atau radiasi

Mereka yang di diagnosis mengalami Male Interferlity, selalunya akan ditanya tentang sejarah perubatan yang ada kaitan ketidaksuburan ini.

Ujian-ujian yang dilakukan adalah :

  1. Ujian analisis air mani
  2. Uian darah untuk melihat tanda jangkitan dan masalah hormon
  3. Kultur cecair dari penis untuk melihat sebarang unsur infeksi

Rawatan


Bergantung kepada faktor sebenar ketidasuburan kepada lelaki. Terdapat beberapa jenis rawatan yang boleh disarankan. Antara rawatan itu dengan ubatan namun setakat ini rawatan ubat tidak memberikan hasil yang memuaskan.

Rawatan yang lain adalah Intrauterin Insemination (IUI). IUI adalah prosedur di mana air mani diproses untuk mendapatkan kepekatan sperma yang tinggi dan dimasukkan ke dalam rahim melalui serviks semasa ovulasi berlaku.

Dalam masa yang sama, wanita diberikan ubat untuk memberi stimulasi kepada ovari supaya menghasilkan telur lebih dari satu supaya peluang persenyawaan menjadi tinggi. Bagi lelaki yang mempunyai masalah kesuburan, kadar kejayaan adalah dalam lingkungan 7-8% berbanding 2-3% tanpa rawatan langsung.

Satu lagi kaedah rawatan adalah Intracytoplasmic Insemination (ICSI). Ia adalah satu prosedur tabung uji di mana satu sperma akan disuntik terus ke dalam telur untuk mensenyawakannya. Ia sesuai kepada mereka yangmempunyai sperma yang sangat kurang. Bagi mereka yang tiada sperma langsung, doktor akan mengambil sedikit tisu dari testis untuk mendapatkan sperma. ICSI adalah sangat mahal dan mempunyai kadar kejayaan 15-20% sahaja.


(info:kliniklelakiMW)



Ingin berikhtiar dengan SET KESUBURAN LELAKI SHAKLEE, boleh hubungi seperti dibawah untuk keterangan lanjut.





HUBUNGI Ela Ramli 
(Shaklee ID 1096765) 

 012-6203284 (whatsapp / sms / call)

 FB : Rozila Ramli 

 COD Shaklee : Ayer Tawar, Sitiawan, Manjung, Lumut

 PENGEPOSAN KE SELURUH MALAYSIA TERMASUK SABAH & SARAWAK

No comments:

Post a Comment

Mohon kerjasama anda supaya membuat ulasan dengan baik. Ulasan bersifat spam tidak akan diterbitkan. Terima kasih.

KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TAK TAHU

Wahhh dah kurus!!! Bestnya!!!  Bagi laa tips. "Saya buat diet Intermittent Fasting je" "Saya buat diet Keto" "Saya ...