Monday, 15 October 2018

Kanser Payudara-9 cara semulajadi hindarinya


Mendengar perkataan kanser saja dah cukup menakutkan kerana akibatnya mungkin boleh berakhir dengan penderitaan dan kematian. Akan tetapi hakikat sebenarnya penyakit ini amat dekat sekali dengan wanita. Malah kanser payudara menjadi pembunuh utama wanita di negara ini.

kanser payudara


kanser payudara




Sebaiknya ambil langkah untuk menghindarinya sebelum terlewat. Selain usaha mengambil suplemen, bertemu doktor dan sebagainya ada juga cara semula jadi untuk menghindarinya. 9 cara berikut untuk anda praktikkan.

1. Bersenamlah


kanser payudara
  • Kajian menunjukkan bahawa seiring dengan peningkatan aktiviti, maka risiko kanser payudara akan berkurang. 
  • Bersenam akan menurunkan kadar estrogen yang dihasilkan tubuh sehingga mengurangkan risiko kanser payudara.

2. Kurangi Lemak


lemak tepu
  • Anda tentu sering mendengar pertentangan pendapat mengenai hubungan antara kanser payudara dengan makanan berlemak. Beberapa kajian menunjukkan bahawa diet rendah lemak membantu mencegah kanser payudara.
  • Jenis lemak yang membawa kepada kanser payudara adalah lemak tepu dalam daging, mentega, makanan yang mengandungi susu penuh krim dan asid lemak dalam marjerin.

3. Perhatikan cara memasak


kanser payudara
  • Cara anda memasak daging terutamanya akan mempengaruhi risiko kanser payudara.
  • Daging-daging yang dimasak atau dipanggang menghasilkan bahan karsinogenik (amino heterosiklik). 
  • Semakin lama dimasak, semakin banyak ia terbentuk.
  • Amino heterosiklik paling banyak terdapat dalam daging bakar yang lapisan luarnya keras dan hitam.

4. Makan lebih banyak buah dan sayuran


kanser payudara

  • Semakin banyak buah dan sayuran yang dimakan, semakin kurang risiko untuk semua kanser termasuk kanser payudara.
  • Makanan dari tumbuh-tumbuhan mengandungi antioksidan yang tinggi, antaranya vitamin A, C, E dan mineral selenium, dapat mencega kerosakan sel yang menjadi penyebab terjadinya kanser.
  • National Cancer Institute (NCI) menyarankan pengambilan buah dan sayuran paling tidak lima kali dalam sehari.

5. Ambil suplemen antioksidan
  • Suplemen tidak dapat menggantikan buah dan sayuran, tetapi suatu formula antioksidan boleh dijadikan makanan tambahan yang dapat mencegah kanser payudara.

6. Makan banyak serat

  • Selain berfungsi sebagai antioksidan, buah dan sayuran juga mengandungi banyak serat. 
  • Makanan berserat akan mengikat estrogen dalam saluran pencernaan, sehingga kadarnya dalam darah akan berkurang.

7. Jaga berat badan


kanser payudara
  • Kenaikan berat badan setiap paun setelah usia 18 tahun akan menambah risiko kanser payudara.
  • Ini disebabkan seiring dengan bertambahnya lemak tubuh, maka kadar estrogen sebagai hormon punca kanser payudara dalam darah pun akan meningkat.

8. Jangan merokok



  • Merokok akan meningkatkan risiko kanser payudara malah kanser yang lain juga penyakit kronik yang lain.

9. Menyusui


kanser payudara
  • Untuk alasan yang masih belum jelas, menyusukan bayi ada hubungannya dengan berkurangnya risiko kanser payudara sebelum menopaus.
info:infosihatMingguanWanita


===========================================================

Baca kisah "Sembuh dari kanser payudara setelah 6 tahun berikhtiar"

Baca kisah "Cara wanita ini hilangkan ketulan pada payudara"



Suplemen Antioksidan Jenama Shaklee


kanser payudara


kanser payudara


kanser payudara


kanser payudara


kanser payudara


kanser payudara


suplemen antioksidan


suplemen antioksidan



HUBUNGI Ela Ramli 
(Shaklee ID 1096765) 

 012-6203284 (whatsapp / sms / call) 

 FB : Rozila Ramli 

 COD Shaklee : Ayer Tawar, Sitiawan, Manjung, Lumut 

 PENGEPOSAN KE SELURUH MALAYSIA TERMASUK SABAH & SARAWAK

No comments:

Post a Comment

Mohon kerjasama anda supaya membuat ulasan dengan baik. Ulasan bersifat spam tidak akan diterbitkan. Terima kasih.

KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TAK TAHU

Wahhh dah kurus!!! Bestnya!!!  Bagi laa tips. "Saya buat diet Intermittent Fasting je" "Saya buat diet Keto" "Saya ...