Tuesday, 4 September 2018

"Sampah" inilah yang memberi kami sinar

"Sampah" bagi sesetengah orang yang tak suka tapi amat bernilai bagi yang tau menghargainya. Sebab tu orang selalu cakap, jangan menilai dari luran tanpa kita tau isi dalamnya dahulu.


 Di sini saya kongsikan kisah yang hanya orang yang mengalaminya sahaja yang tau perit lelah menghadapi ujian ni...same seperti saya juga.



Ya. Betul dah tu. Produk Shaklee memang sampah utk korang yang tidak memerlukan. Tapi berbeza perspektif utk golongan *memerlukan seperti kami.



Pakteh bagi contoh yang terjadi pada Pakteh dan Makteh la.

Kami dah 4 tahun nikah. Ketika itu, masih belum sampai rezeki utk mengandung. Berbeza dengan korang. Nikah nikah ja. Sedar tak sedar. Dah berjaya. Alhamdulillah.

Ya. Kami cuba usaha bermacam macam cara. Kami dah pergi berurut. Masa urut dekat sini. Orang tu cakap rahim bawah @ jatuh. So dia tolak kasi naik balik. Makteh cakap sakit la juga. Kemudian, ada org suggest pula. Urut dengan sekian orang. Orang tu pula kata rahim tinggi sangat. Dia tolak kssi ke bawah balik. Dah dua kali sakit kat situ.


Still result masih tak sampai lagi rezeki.


Orang keliling dah kata macam macam.


"Tak mo amik anak angkat ke? Mana tau berkat dr anak angkat tu. Boleh lekat. Lagi pun dah 4 tahun kan menunggu?"


"Tu lah tak jaga makan. Kan susah lekat"


"Kau tak mo kawen lain ke?"


"Makteh dah cek ke kesuburan? Siapa yang tak subur sebenarnya?"


"Ni sampai bila nak enjoy ni? Bila nak ada anak?"


"Jangan buat gini gini, tu sebab lah susah nak dapat anak"


"Pergi buang semua kucing kucing ni. Ni semua punca tak dapat anak. Sibuk nak jaga kucing ja"


Haih.


Banyak lagi lah kami dapat. Tapi ada juga yang support kami. Doakan kami. Kami hargai. Terima kasih.

Usaha kami tak berhenti kat situ.

Kami tanya kawan kawan doktor kami. Ramai suggest suruh pergi HKL. So, kami pun pergi HKL.

Semua prosedur dia kami buat. Ya. Korang memang rasa biasa la kan. Nak baik. Nak dapat. Kena usaha.

Tapi korang tak dapat rasa perasaan bila orang tengok kami masuk bilik khas utk dapat kan sperm. Nak masuk pun tengok kiri kanan. Nak keluar pun usha lagi sekali.

Kemudian, cek punya cek. Rupanya prolaktin Makteh tinggi. Tapi doktor pakar tu dari UPM. Sebulan sekali ja dia ada. Kami kena follow up dengan dia selama 5 - 6 bulan utk consult sahaja.

Doktor bagi ubat bromocriptine. Untuk surutkan prolaktin tu. Efek dia. Malam malam Makteh macam nak pecah kepala. Tahan sakit. Selama sebulan.


Next appointment. Doktor cakap paras prolaktin masih tinggi. Dia doublekan dose. Nah. Kau boleh bayangkan perasaan suami. Bila tengok isteri dia menangis sebab sakit kepala semata mata usaha untuk pregnant? Kau pernah rasa?


Kami dirujuk ke bahagian neurologi. Sebab suspek tumor. Nah. Satu lagi perasaan down. Tuhan je tahu bila tengok wajah Makteh masa tu. Usaha utk TTC. Tapi jumpa benda lain. Pakteh cuma mampu duduk sama sama dengan Makteh ja. Bagi kekuatan. Takde siapa pun tahu situasi kami. Even family or sahabat or anak bisnes.


Bila result keluar selepas beberapa bulan. Alhamdulillah. Bukan tumor. Kami happy. Cuma Doktor cakap.


 "Prolaktin masih tinggi. Kami tak galakkan puan mengandung. Kalau berjaya sekalipun. Selalunya kami suggest gugurkan. Sebab bahaya kan ibunya. Takut kelenjar prolaktin tu lebih kembang dari biasa. Boleh pecah dan kena stroke"


Nah!


Kau nak usaha apa lagi? Bila doktor pakar sendiri cakap macam tu.



Kami ok. Kami steady.




Awal tahun hari tu. Shaklee launch produk Coqtrol. Masa seminar produk, pakar nutrisi Shaklee cakap. Coqtrol ni bagus utk kilang sperma. Bagi tenaga. Bagi kekuatan.



Pakteh terus decide utk makan Coqtrol. Makteh minum ViVix dan detox. Jaga pemakanan semua. Alhamdulillah. Sebulan lepas tu, doktor yang sama. Sahkan Makteh pregnant.



Sekarang ni. Kami kena folo up dengan 3 klinik. 2 klinik di semenyih. Satu di HKL. Check benda yang sama. Cuma di HKL kami ditunjukkan pada doktor pelatih kot. Sebab kes kami sangat rare. Jarang berlaku. Kami ok saja share journey kami dengan doktor doktor muda tu.



Jadi, produk sampah ni memang sampah pada orang yang tidak memerlukan.



Tapi produk Shaklee tidak sampah pada kami. Ya. Kami usaha dengan semua cara. Ubat doktor pun sudah. Ubat kampung pun sudah. Segala petua yg bagus pun kami amalkan.



Andaikata ada yang cakap. Sudah sampai rezeki kami untuk dapat anak. Bukan nya sebab Shaklee pun. Sila belajar lagi tentang Qada & Qadar. Usaha & Tawakal.



Kami yakin. Gabungan usaha usaha kami yang menjadi asbab semua ini. Lagi 2 bulan. InsyaAllah,Baby kami akan lahir. Kami faham kenapa ada orang sanggup perabis duit ribu ribu utk beranak di private hospital. Kami faham juga kenapa ada artis ambil CL puluh puluh ribu utk berpantang.



Sedangkan kami yang 4 tahun menunggu pun exited tak habis. Bayangkan mereka yang tunggu lebih tahun dari kami.



Tu sebab juga kami sentiasa senyum bila ada org cakap Shaklee produk sampah. Anda masih tidak memerlukan nya. Syukurlah anda tidak perlukan nya. Tapi jangan nafikan hak kami yang sangat memerlukannya.



Kalau pernah terlintas dihati. Menuduh kami agent Shaklee menjual utk penuhkan poket kami. Check semula diri sendiri. Korang kerja 12jam sehari tak termasuk OT tu utk apa? Gaji korang yang RM20 000 sebulan tu korang bagi kat jiran ka?


Semoga perkongsian ini memberi info kepada anda semua. Terima kasih.



HUBUNGI Ela Ramli 
(Shaklee ID 1096765)


 012-6203284 (whatsapp / sms / call)

 r_rozila@yahoo.com (email)

 COD Shaklee : Ayer Tawar, Sitiawan, Manjung, Lumut

PENGEPOSAN KE SELURUH MALAYSIA TERMASUK SABAH & SARAWAK

No comments:

Post a Comment

Mohon kerjasama anda supaya membuat ulasan dengan baik. Ulasan bersifat spam tidak akan diterbitkan. Terima kasih.

KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TAK TAHU

Wahhh dah kurus!!! Bestnya!!!  Bagi laa tips. "Saya buat diet Intermittent Fasting je" "Saya buat diet Keto" "Saya ...