Monday 17 September 2018

Anemia Semasa Hamil

Maksud Anemia 

Anemia adalah masalah kekurangan sel darah merah ataupun hemoglobin. Ia terjadi apabila kandungan sel darah merah yang kurang di dalam badan. Apabila kandungan sel darah merah kurang, badan mempunyai kekurangan kandungan oksigen.

anemia semasa hamil



Wanita yang menghadapi risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri semasa dan selepas kehamilan dengan mengawasi kandungan darah mereka.


bacaan hb low


Apabila bilangan sel darah merah kurang daripada normal (<12-15mg/dl), wanita menghadapi risiko mengalmai jenis anemia paling umum iaitu anemia kekurangan zat besi.

Kemungkinan kekurangan zat besi dalam badan :

  1. Diet yang tidak cukup zat besi
  2. Kesan sampingan ubat tertentu
  3. Kehilangan darah teruk
  4. Penyerapan rendah oleh badan
  5. Keadaan genetik
  6. Kehamilan

Anemia dan Kehamilan

Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah untuk diri dan juga bayi yang dikandung iaitu kira-kira 50% lebih banyak zat besi semasa kehamilan.

Pencegahan dan Rawatan

  1. Banyakkan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi seperti ayam, sayur daun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buahan-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai dan labu, bijan dan tauhu.
  2. Doktor juga akan mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia.
  3. Untuk meningkatkan keberkesanan terapi zat besi, para ibu disyorkan agar mengambil zat besi, folat, kuprum dan zink tambahan bersama makanan untuk mengurangkan kesan rencatan.
  4. Pengambilan vitamin C tambahan bersama makanan sangat bagus untuk meningkatkan serapan zat besi.
  5. Disyorkan untk meminum teh atau kopi dua jam selepas mengambil zat besi tambahan kerana ia akan membantu menyerap zat besi.
  6. Kalsium tambahan juga harus diambl berasingan daripada zat besi seperti sebelum tidur.

HUBUNGI Ela Ramli 
(Shaklee ID 1096765) 


 012-6203284 (whatsapp / sms / call) 

 FB : Rozila Ramli

 COD Shaklee : Ayer Tawar, Sitiawan, Manjung, Lumut 

PENGEPOSAN KE SELURUH MALAYSIA TERMASUK SABAH & SARAWAK

No comments:

Post a Comment

Mohon kerjasama anda supaya membuat ulasan dengan baik. Ulasan bersifat spam tidak akan diterbitkan. Terima kasih.

KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TAK TAHU

Wahhh dah kurus!!! Bestnya!!!  Bagi laa tips. "Saya buat diet Intermittent Fasting je" "Saya buat diet Keto" "Saya ...