TIP KEKAL CANTIK
- Berpuasa bukanlah alasan untuk anda tampil layu sepanjang hari. Anda haruslah tampil cantik, segar dan bertenaga agar orang sekeliling berasa yakin dengan anda. Untuk tampil berkeyakinan, anda boleh kenakan sedikit solekan yang ringkas dan nipis di wajah supaya anda kekal menawan.
- Oleh sebab tubuh kekurangan air, maka kulit mudah menjadi kering. Maka pastikan anda memberikan rawatan ekstra kepada kulit muka. Segarkan wajah dengan memakai masker untuk memberi vitamin pada kulit. Pilih masker yang bersesuaian dan semulajadi supaya ia tidak memberikan kesan negatif pada wajah.
- Lakukan rawatan dari dalam dengan memperbanyakkan mengambil buah-buahan serta vitamin bagi memenuhi keperluan nutrisi badan. Amalkan ketika bersahur dan berbuka serta tingkatkan pengambilan air kosong bagi mengelakkan berlakunya dehidrasi.
- Langkah terakhir untuk cantik adalah dengan senyum selalu. Walaupun kekurangan tenaga dan penat kerana berpuasa, senyum dapat memberikan aura terbaik buat anda untuk tampil segar dan beryakinan.
TIP NAFAS SEGAR
Bau mulut ketika berpuasa adalah perkara biasa di bulan Ramadhan. Ini terjadi kerana kurangnya cairan dalam mulut dan saluranpencernaan yang kosong. Mulut yang kering mengakibatkan bakteria mudah membiak sekali gus mengundang masalah bau mulut.
- Gosok gigi : Rajinkan diri untuk menggosok gigi selepas waktu bersahur. Gosok gigi dengan cara yang betul.
- Pembersih lidah : Bakteria mudah membiak pada lidah, lelangit dan pada dinding mulut. Atasinya dengan menggunakan pembersih lidah yang lembut.
- Dental floss atau benang pembersih gigi : Ia sangat berguna bagi menghilangkan sisa makanan yang melekat di celah gigi.
- Cairan pembersih mulut : Penggunaan cecair pembersih mulut mampu mengatasi masalah nafas berbau. Pilihlah pembersih mulut antiseptik tanpa kandungan alkohol.
Semoga tip ini memberi sedikit manfaat kepada anda semua.
Dapatkan produk shaklee dan konsultasi secara percuma. Insyaallah yang terbaik dari Kak Yang. Sila klik ikon dibawah untuk membeli SET PUASA ini.
PM / Facebook : Rozila Ramli
Page : Vitaminku Sihat
Call / SMS / Whatsapp : 012-6203284
Emel : r_rozila@yahoo.com
PENGEDAR SHAKLEE PERAK
PENGEDAR SHAKLEE MANJUNG
PENGEDAR SHAKLEE LUMUT
PENGEDAR SHAKLEE SITIAWAN
PENGEDAR SHAKLEE AYER TAWAR
Puasa tak menghalang kita utk kekal cergaskan.
ReplyDelete