Tuesday 30 May 2017

PETUA KUATKAN DAN CANTIKKAN KUKU

KUKU. 
Sesetengah orang mengambil remeh soal penjagaan kuku. Mereka beranggapan bahagian ini tidak berapa penting seperti muka. Walhal bahagian ini adalah pintu masuk ke dalam badan kita. Kalau kuku panjang dan kotor, sudah tentu ia membawa berjuta-juta kuman dan bakteria.

kuku cantik dan sihat

Sebenarnya kuku adalah cerminan diri seseorang. Jika pakaian kita cantik, muka cantik tetapi bila lihat kuku kotor dan panjang, ia akan menggambarkan diri anda seorang yang pengotor. Tidak susah untuk mendapat kuku yang sihat, asalkan kita rajin menjaganya dengan betul.

PETUA KUKU CANTIK DAN SIHAT



3 PETUA PENJAGAAN KUKU
  1. MAYONESE : Masukkan jari ke dalam semangkuk mayones sekerap yang boleh. Biarkan jari-jari terendam di dalam mayones itu selama 5 minit. Selepas itu bilas dengan air suam.
  2. CUKA : Lembutkan terlebih dahulu kuku jari tangan dan kaki dengan merendamnya di dalam semangkuk cuka selama 5 minit. Setelah itu barulah disusuli dengan rawatan manikur.
  3. LEMON : Ambil sebiji lemon  dan belah dua. Perahkan jus lemon ke dalam sebekas air dan rendamkan jari-jari ke dalam air tersebut. Jangan dibuat selalu kerana ia boleh menipiskan kuku.

6 TIPS PENJAGAAN KUKU
  1. Gunakanlah losen yang mengandungi pelembap atau minyak zaitun ke seluruh tubuh khususnya lengan, telapak kaki dan tangan. Ia akan membuat kulit, telapak tangan dan kaki menjadi halus serta melancarkan perjalanan darah.
  2. Pada waktu senggang, rendamlah telapak kaki ke dalam besen yang mengandungi air hangat yang dilarutkan dengan garam. Gosok secara perlahan-lahan pada bahagian telapak kaki dan celah-celah jari . Setelah itu bilas dengan air baru.
  3. Jika anda adalah pemakai sarung tangan ketika melakukan aktiviti, berikan ia udara dalam 30minit sekali. Setelah sarung tangan dibuka, lap atau cuci tangan menggunakan sabun hingga bersih dan keringkan sebelum memakai semula sarung tangan tersebut.
  4. Jangan memakai kasut yang ketat ataupun saiznya terlalu kecil, kerana ia boleh merosakkan kuku kaki. Selain itu, kasut yang ketat akan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan pada kaki.
  5. Potong kuku dengan betul. Seeloknya potong kuku selepas mandi kerana ketika itu kuku lebih lembut dan mudah dipotong.
  6. Pengambilan vitamin. Vitamin amat penting untuk tubuh badan kerana ia membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan. 

3 VITAMIN UNTUK KUKU YANG SIHAT 

  1. Vitamin yang mengandungi zat besi.Kuku rapuh boleh menjadi tanda kekurangan zat besi. Pengambilan makanan tambahan besi atau mengambil lebih banyak kacang, daging merah tanpa lemak dan hijau, sayur-sayuran berdaun. Ini semua mengandungi vitamin untuk kuku.
zat besi


2. Vitamin B : kuku berlebihan, kering dan gelap bermakna anda tidak mendapat vitamin yang mencukupi. 

vitamin untuk kuatkan kuku

tips penjagaan kuku

3. Zink: Peningkatan bintik putih pada kuku adalah tanda anda perlu menambah lebih zink untuk diet anda. Jika anda tidak mahu mengambil makanan tambahan zink, sesetengah makanan yang tinggi kandungan zink termasuk coklat gelap, kacang tanah dan ayam belanda.


petua kuatkan kuku



Dapatkan produk shaklee dan konsultasi secara percuma. Insyaallah yang terbaik dari Kak Yang. Sila klik ikon dibawah untuk membeli SET KUKU ini. 


 SET KUKU


PM / Facebook : Rozila Ramli 
Page : Vitaminku Sihat 
Call / SMS / Whatsapp : 012-6203284 
Emel : r_rozila@yahoo.com 


PENGEDAR SHAKLEE PERAK 
PENGEDAR SHAKLEE MANJUNG 
PENGEDAR SHAKLEE LUMUT 
PENGEDAR SHAKLEE SITIAWAN 
PENGEDAR SHAKLEE AYER TAWAR

No comments:

Post a Comment

Mohon kerjasama anda supaya membuat ulasan dengan baik. Ulasan bersifat spam tidak akan diterbitkan. Terima kasih.

KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING YANG RAMAI TAK TAHU

Wahhh dah kurus!!! Bestnya!!!  Bagi laa tips. "Saya buat diet Intermittent Fasting je" "Saya buat diet Keto" "Saya ...