Senggugut dan keputihan adalah gabungan penyakit yang dihadapi oleh sesetengah wanita. Bagi wanita yang telah berkahwin, masalah ini menyebabkan mereka sukar hamil dan bagi wanita yang belum berkahwin, ini menakutkan mereka.
Senggugut adalah kekejangan yang menyakitkan semasa haid. Lebih separuh daripada semua kanak-kanak perempuan dan wanita mengalami senggugut, sakit berdenyut-denyut pada bawah pusat, belakang pinggang dan paha. Mungkin kesakitan ini dipandang ringan bagi sesetengah wanita, tetapi bagi yang mengalaminya ia memberikan ketidakselesaan yang teruk kerana ia boleh mengganggu aktiviti harian selama beberapa hari pada setiap bulan.
Keputihan pula merujuk kepada rembesan dari faraj. Ia mempunyai beberapa jenis seperti tebal, pucat dan nipis, putih, kuning dan hijau serta tidak berbau ataupun berbau. Keputihan ini menyebabkan kulit faraj berasa gatal-gatal yang melampau dan jika tidak dirawat boleh memberikan infeksi.
Assalammualaikum. Saya Farah Qurratun Aini mama kepada 2 orang cahaya mata. Kisah saya dengan Shaklee bermula apabila saya mencari vitamin untuk meredakan sakit senggugut dan keputihan yang teruk sejak dari bangku sekolah lagi.
Dulu setiap kali datang bulan, senggugut pun akan datang juga sampai tahap tak boleh buat apa-apa aktiviti pon. Masa zaman sekolah dulu kawan-kawan cakap kalau senggugut angkat kaki sandarkan ke dinding boleh meredakan sakit sengugut tu. Masa zaman sekolah dulu takde ambil ubat atau sebarang vitamin cuma mampu menahan sakit sahaja.
Bila dah masuk kolej, baru lah belajar ambil ubat tahan sakit warna pink tu..itu pon sebab nak elak dari ponteng kelas..dan kalau time senggugut menyerang dan dalam masa yang sama ada kuiz, test, dengan assignment yang nak disiapkan kemudian time exam mestilah ubat tahan sakit tu menjadi penyelamat. Bila dah cuba-cuba maka jadi lah amalan. Memang tak pernah terputus stok ubat pink tu sehingga lah masuk kerja dan kahwin. Bila dah kerja memang terpaksa lah ambil MC setiap bulan. Menganggu jugak prestasi kerja masa tu.
Dan saya perasan yang keputihan juga makin teruk bila meningkat remaja. Pantyliner pon tak boleh terputus bekalan. Kena pakai dan kena sentiasa ada dalam beg. Semua ni memang rasa sangat-sangat terganggu. Bila buat aktiviti yang mengeluarkan peluh lagi meriah la keputihan tu keluar sampai kadang-kadang jadi gatal.
Alhamdulilah selepas konsisten mkn GLA Complex dan Alfalfa Complex selama 2bulan, sengugut dah takde, keputihan juga makin berkurang dan period datang pon cantik aje. Maksud nya kitaran period tu tetap setiap bulan. Bila kitaran haid dah tetap mudah untuk cari waktu subur dan peluang untuk hamil tu tinggi.
Inilah Shaklee Effect saya. Terima Allah Terima kasih Shaklee.
TESTIMONI 32: FARAH QURRATUN AINI
Dapatkan produk shaklee dan konsultasi secara percuma. Insyaallah yang terbaik dari Kak Yang. Sila klik ikon BELI SEKARANG untuk membeli SET SENGGUGUT ini.
Page : Vitaminku Sihat
Call / SMS / Whatsapp : 012-6203284
Emel : r_rozila@yahoo.com
PENGEDAR SHAKLEE PERAK
PENGEDAR SHAKLEE MANJUNG
PENGEDAR SHAKLEE LUMUT
PENGEDAR SHAKLEE SITIAWAN
PENGEDAR SHAKLEE AYER TAWAR
No comments:
Post a Comment
Mohon kerjasama anda supaya membuat ulasan dengan baik. Ulasan bersifat spam tidak akan diterbitkan. Terima kasih.