Kerap letih dan lesu sepanjang hari, walaupun tidak melakukan kerja-kerja berat. Sudah berehat dengan secukupnya tetapi tetap berasa letih dan lesu. Anda harus berwaspada, jika anda mengalami tanda-tanda itu.
Mungkin ini petanda penyakit yang anda alami.
ANEMIA
- Kekurangan zat besi
- Menyerang golongan wanita berbanding lelaki
- Wanita yang mengalami haid yang banyak dan wanita hamil adalah terdedah kepada penyakit ini
- Tandanya: mudah berasa lesu, penat, sering sakit kepala, muka kelihatan pucat dan jantung berdebar-debar
- Penyelesaiannya: lakukan pemeriksaan darah untuk mengetahui nilai kadar hemoglobin dalam badan
- Pengambilan vitamin yang mengandungi zat besi dan vitamin yang boleh menaikkan kadar hemoglobin dalam badan seperti VITALEA
HIPOTIROID
- Kekurangan hormon tiroid di dalam tubuh
- Mengakibatkan badan kekurangan metabolisme, cepat letih, sakit otot, berat badan bertambah, kulit kering dan tidak tahan pada keadaan sejuk.
- Penyelesaiannya: pengambilan zat besi yang banyak dan kerap melakukan senaman ringan untuk meningkatkan kadar metabolisme badan. Klik sini untuk cerita tentang tiriod.
DIABETES
- Jika selalu berasa letih dan lesu, itu mungkin tandanya anda menghidap diabetes. Diabetes berlaku dalam senyap, oleh itu waspada selalu.
- Tandanya: cepat berasa haus, mudah lapar, sering buang air kecil dan penurunan berat badan yang mendadak.
- Penyelesaiannya: kenal pasti dengan lebih awal supaya anda dapat mengelakkan daripada penyakit ini.
TIDUR BERDENGKUR
- Ia terjadi disebabkan adanya sumbatan aliran udara ketika bernafas sehingga menyebabkan pengambilan oksigen berkurangan.
- Mengakibatkan anda tidak dapat tidur yang berkualiti dan berasa letih pada siang hari kerana tidur yang tidak mencukupi.
PENYAKIT CELIAC
- Penyakit saluran penghadaman terutamanya pada usus kecil
- Pesakit celiac biasanya tidak mampu memproses segala bentuk protein yang berasal dari gluten. Gluten ini biasanya dijumpai didalam gandum, roti dan tepung.
- Tandanya: cepat letih, perut kembung, cirit birit, muntah dan penurunan berat badan.
- Penyelesaiannya: lebihkan pengambilan vitamin kalsium
CHRONIC FATIGUE SYNDROME
- Jika anda kerap letih, mungkin anda pengidap penyakit ini.
- Dan, jika anda masih lagi berasa letih dan lesu setelah berehat dengan secukupnya, maka sahlah anda pengidap penyakit ini.
- Penyebab penyakit ini: jangkitan virus, gangguan sistem imun dan gangguan psikologi.
- Tandanya: lesu, sakit pada bahagian otot, ganguan memori dan konsentrasi dan insomnia.
- Penyelesaiannya: dapatkan rawatan daripada doktor dahulu
KEMURUNGAN
- Adalah gejala perasaan sedih, putus asa, kehilangan minat untuk melakukan aktiviti, letih, gangguan tidur dan mempunyai fikiran untuk mencederakan diri sendiri.
- Penyelesaiannya: dapatkan rawatan doktor dengan segera.
Jika anda mengalami keletihan dan kelesuan, anda boleh melakukan ini:
- Pilih sarapan yang tepat kerana ia adalah permulaan makanan untuk kita melakukan aktiviti harian. Jangan tinggalkan sarapan kerana ia akan membuatkan kita mengambil makanan yang banyak pada waktu tengah hari.
- Bersenam secara rutin akan menjaga tubuh supaya tetap segar dan mencegah rasa letih berpanjangan. Curi masa sedikit untuk bersenam, anda boleh berjalan kaki, naik tangga ke tempat kerja, dan lakukan aktiviti ringan.
- Minum air putih secukupnya.
- Matikan gajet jika anda berasa letih dan lesu, kerana gajet membuatkan kita tidak mendapat kualiti tidur yang sepatutnya.
- Pengambilan vitamin adalah satu jalan untuk memberikan nutrien kepada tubuh badan.
Dapatkan produk shaklee dan konsultasi secara percuma. Insyaallah yang terbaik dari Kak Yang. Sila klik ikon dibawah untuk membeli SET TENAGA ini.
PM / Facebook : Rozila Ramli
Page : Vitaminku Sihat
Call / SMS / Whatsapp : 012-6203284
Emel : r_rozila@yahoo.com
PENGEDAR SHAKLEE PERAK
PENGEDAR SHAKLEE MANJUNG
PENGEDAR SHAKLEE LUMUT
PENGEDAR SHAKLEE SITIAWAN
PENGEDAR SHAKLEE AYER TAWAR
No comments:
Post a Comment
Mohon kerjasama anda supaya membuat ulasan dengan baik. Ulasan bersifat spam tidak akan diterbitkan. Terima kasih.