Wahhh...tengok tajuk pun poyo je rase. Sesaje nak letak tajuk gitu. Tak pernah terpikir pun nak buat post pasal resepi ni sebab resepi ni punya la senangkan. Tapi bila dah ade orang request, kita buat je la.hihi. Menu ni dibuat pun sebab nak mengabiskan stok daging korban yang tak abis-abis kat dalam peti ais tu. Simpan lame-lame pun tak sedap kan, baik salai siap-siap bila rasa nak masak senang sikit. Tapi maaf la gambar tak berape nak lengkap, mana yang ade je la gambarnya.
Bahan-bahan:
- daging yang telah disalai, dihiris nipis
- 20 biji cili padi ( ikut tahap kepedasan masing-masing)*
- 2 inci kunyit hidup*
- sedikit garam kasar*
- sekeping asam keping
- 1 cawan santan pekat ( ikut tahap kepekatan masing-masing)
- 1 cawan air
- 2 biji mangga muda (diracik)
Cara Menyediakan:
- Daging disalai dahulu.(gunakan arang atau bara kayu,saya guna cara tradisional).
- Selepas disalai daging itu dihiris nipis-nipis.
- Tumbuk bahan yang bertanda * (saya lebih suka menumbuk daripada menggunakan blender).
- Tumis dengan sedikit air bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga naik bau dan masak.
- Masukkan daging salai tadi dan sekatakan dengan bahan tumis tadi. Biarkan seketika sehingga daging empuk.
- Masukkan santan pekat dan kacau seketika. Masukkan air dan sehingga mendapat kepekatan yang disukai. Masukan asam keping.
- Setelah mendidih, tutup api dan masukkan mangga muda.
- Dah siap, angkat dan boleh dihidangkan bersama nasi panas.
Selamat mencuba dan menjamu selera.
Tapi ingat ye, bila dah makan daging banyak-banyak ni jangan lupa telan Lecithin supaya tak tersimpan lemak-lemak yang dimakan tadi.
Nak tau lebih lanjut, hubungi :
Ela Ramli
0126203284
PENGEDAR SHAKLEE AYER TAWAR
PENGEDAR SHAKLEE MANJUNG
FACEBOOK: ROZILA RAMLI
COD : AYER TAWAR, SITIAWAN, MANJUNG, LUMUT
POSTAGE : SELURUH MALAYSIA
No comments:
Post a Comment
Mohon kerjasama anda supaya membuat ulasan dengan baik. Ulasan bersifat spam tidak akan diterbitkan. Terima kasih.