Holiday...hoooreeyyyy.
Sapa tak suka bercuti kannn, memang sangat ditunggu-tunggu time bercuti ni. Cuti dari memikirkan bab kerja dan segala bab yang memeningkan kepala..hahaha. Kali ini, tempat yang dituju adalah Padang-Bukit Tinggi. Kali kedua pergi bercuti ditempat yang sama memandangkan asben Kak Yang yang suka sangat dengan Bukit Tinggi ini. Tenang dan tak serabut macam Bandung-Jakarta katanya.
Percutian ini percutian sedara mara je, maklum la makcik Kak Yang kerja di travel & tour so semua itenary semua die yang uruskan la.
Tiket flight dah di booking lebih awal tahun 2016, masa tu air asia ade buat sale. Kali ini, kami bercuti 4 hari 3 malam. 3 hari di Bukit Tinggi dan sehari di Padang. Entry ini banyak gambar ye, dulu pergi tak bergambar sangat..2ndly pegi ni, apalagi sakan ler bergambar sampai keluar la pop up suruh clear memory..hahahha
DAY 1:15.3.2017/ Rabu
Bergerak ke KLIA2 jam 3.30 pagi sebab flight jam 7.55 pagi. Jenuh nak kejut semua orang bangun pagi-pagi sepie macam ni. Sampai KLIA 2 terus chek in luggage,scan and everything. Solat subuh, breakfast McD je pagi tu RM16.++, buat alas perut kan.
Snap gambar parking sebab takut terlupa park kereta dimana.😎
Beratur nak masuk dah ni.
Muka mengantuk ke muka happy tu...hahahaha
Ehhh...merah la kita.
View tepi tingkap
Sempat lagi posing sementara tunggu yang lain. Masa ni dah sampai airport Padang.
Ni la airport Padang, nampak atap Minangkabau tu.
Persinggahan pertama di Padang.
Rumah Makan Lamun Ombak.
Perut memang tengah lapar, nak makan tengahari belum time lagi so masing-masing order makanan panas je.
Kak Yang order Nasi Goreng dan air kopi panas, kongsi dengan asben je, konon taknak membazir. Tapi tengok la ni, habis licin pinggan. Sedap jugak nasi gorengnya.
Yang lain ada yang order gado-gado, mi goreng, bihun sup dan sup sapi. Dalam banyak-banyak ni, yang Kak Yang rasa ok mi goreng dan nasi goreng je.
Kos nasi goreng dan air kopi tu dalam RM7.00 la.
Lepas makan kami sambung semula perjalanan.
Tempat kedua persinggahan ialah Lembah Anai Air Mancur.
Disini terkenal dengan air terjunnya. Untuk masuk dikenakan bayaran tapi kami dah termasuk dalam pakej. Hati-hati ye disini batunya licin. Jangan nanti sibuk bergambar, ada pulak yang tercedera. View kat sini memang cantik dan bolehla nak amik gambar banyak-banyak, Di sini juga ada yang menyediakan khidmat untuk diambil gambar kosnya RM10 sekeping.
Nampak tak air terjun tu.
Selfie sendiri je, jimat kos..hihihi
My cousin Nurul, happy die ni berjalan sesaja.
Persinggahan ketiga ialah Rumah Minangkabau.
Rumah Minangkabau
Posing sebelum start penerangan.
Mendengar penerangan mengenai Rumah Minang@Rumah Gadang. Sejuk je rumah minang ni, rumah ni bentuknya senget sedikit. Katanya ia dibuat begitu supaya tidak rosak bila berlakunya gempa. Rumah Minang ini juga dibina tanpa menggunakan paku. Kukuh tau. Sebenarnya ada macam-macam info tentang rumah gadang ni tapi dah lupa la pula. Takut nanti tersilap info, tak ke naya.😊😊
Rumah kecik di tepi rumah gadang ini digunakan untuk menyimpan padi.
Di rumah gadang ni, disediakan perkhidmatan menyewa baju-baju minang. So boleh la berangan bergambar di sekitar rumah gadang ni dengan memakai baju minang. Ala-ala pengantin kannn.
Persinggahan keempat ialah tempat makan tengahari, Rumah Makan & Restaurant Pak Datuk. Kat sini Kak Yang tak sempat nak ambil gambar, sebabnya perut dah berkeroncong dan makanan pun dah terhidang so makan je la. Menunya makanan minang.
Boleh sedekah untuk orang yang mainkan muzik ini.
Selepas makan, bermula lah perjalanan kami ke tempat-tempat shoping..hahaha.
Sepanjang perjalanan memang view hijau saje, tenang je.
Kalau nak beli baju sulam, di Kedai Linduangan Bulan ni best. Kena pandai tawar-menawar dan kali ini kami memborong lagi baju raya untuk satu family. Kain memang cantik dan berkualiti.
Selain tu di Pantai Sikek pun murah jugak, nama kedai tu Satu Karya. Lupa pula nak ambil gambar.
Makan malam kami ialah set Ayam Penyet. Ingat kan setnya macam biasa, rupanya ada extra lauk. Ada sup sayur, telur dadar, sambal kerang, ikan sweet sour. Sedapppp, puas hati makan kat Wong Semarang ni.
Adoiii...tak larat pulak nak tulis lagi. Nanti Kak Yang sambung hari ke2, ke3 dan ke4 ye.
CALL/SMS/WHATAPPS : 012-6203284
FACEBOOK : ROZILA RAMLI
INSTAGRAM : shaklee_ela_ramli
PENGEDAR SHAKLEE AYER TAWAR
PENGEDAR SHAKLEE MANJUNG
PENGEDAR SHAKLEE SITIAWAN
PENGEDAR SHAKLEE LUMUT
COD : AYER TAWAR/SITIAWAN/MANJUNG/LUMUT
POSTAGE : SELURUH MALAYSIA